IBU ELLY DI SINI

Sunday, 10 March 2019

March 10, 2019

Nak Pudarkan Jeragat Cara MUDAH?

Nak Pudarkan Jeragat Cara MUDAH?
      Assalamualaikum. Aku tanya apa khabar? Aku tanya apa khabar semua? Sihat ke korang? Dah mula musim panas membahang ni, rajin-rajin minum air masak tau.

      Jangan kerap sangat minum air manis dan ais. Sekali sekala minum air masak biasa sama.

      Masa tengah sibuk layan prospek, jiran ibuElly sebelah rumah panggil ajak membawang. Ehh menyembang. Hehehe.

      Biasa la kan waktu cuti, mesti nak release stress release tension dengan berbual-bual dengan jiran sebelah. Kita ni dah la takde kawan. Hahaha. Harapkan jiran tetangga jela. Tu pun mujur ramah boleh bawak kawan 🤣

Tudiaaa nampak sangat terdesak nye kan. Hahahaha!

      Ok jiran ni ada la tanya produk Cosmoderm untuk kulit berjeragat. Kulit dia ni gelap, mungkin kalau dari jauh memang tak nampak.

      Tapi tak semestinya tak perlu dijaga weh! Umur pun dah masuk 30-an, kenalah jaga kulit muka dari sekarang. Takkan jeragat tompok seketul besar macam tu baru nak gelabah kan?

      Jadinya dia minta ibuElly cadangkan set yang asas atau basic je dulu. Sebab low budget katanya. Nak beli full set tak mampu lagi. Tapi sebenarnya tak sampai rm200 pun kalau full set tau. Memang berbaloi sebab tahan lama, murah daripada produk lain di pasaran & halal pulak tu.

Ok ke Ok?

Haa set asas yang ini je
      IbuElly suggest la kat dia yang ini. Ni memang yang paling basic dia boleh ambil untuk pudarkan jeragat. Lepas tu senang sebab benda ni perlu pakai waktu malam je. 

      Mudah la bagi wanita bekerja macam jiran ibuElly tu haa. Sebab siang-siang mana nak sempatnya pakai macam-macam kan? 

      Malam-malam lepas dah siapkan kerja rumah barulah onz nak pakai ni semua. Hehehehe. 

Ada sebab penting kenapa korang patut cuba produk Cosmoderm siri Luminous Pearl ni tau. Jom check it out. 

🔴🔴🔴🔴🔴🔴

Active-G, Active-G, Active-G! 

Apa yang ibuElly melalut daripada tadi? Kenapa Cosmoderm warna MERAH tu je ibuElly claim boleh CERAHKAN KAWASAN BERPARUT dan BERJERAGAT? 

Kenapa, kenapa, kenapa? 

Sebab Active-G tu sebenarnya ada 👇

😱 Vitamin A
😱 Apple Stem Cells
😱 Bearberry
😱 Rosehip Oil
😱 Vitamin B3
😱 Dragon's blood
😱 Glutathione
😱 Vitamin E

Owh patut lah! Agen pemudaran parut (Vitamin E & Rosehip Oil) pun ada.

Omgg, ibu bangga! Tengah santai-santai dalam bilik pun periksa tengok ada tak agen-agen ni semua dalam produk korang pakai?

      Kalau takde, mula la cari produk-produk yang ada kandungan macam ni. Kalau malas, kau tekan je 0175604426 ni haa dia akan terus tunjukkan jalan yang benar!

🔴🔴🔴🔴🔴🔴

Benda-benda ni semua jangan risau, in shaa Allah tak datangkan kesan sampingan pada masa akan datang. Sebab Cosmoderm ni CEO dia hanya guna bahan semulajadi & halal je. Jadi jangan risau. 

      Nak tengok testimoni lain tak? 

Fresh from microwave

Tahan 5 bulan weh! 

      Testimoni lain kalau nak tengok haa kau terjah la instagram ibuElly, cosmoderm_personalcare ataupun kat page facebook, Cosmoderm IPOH boleh? 

Nak cantik kena rajin tau. Jangan malas! 





Thursday, 28 February 2019

February 28, 2019

Tips penjual online!

Tips penjual online!
      Assalamualaikum korang! Sihat ke? Cuaca panas sangat sekarang ni weh. Minum air banyak dan kalau boleh, kurangkan aktiviti luar eik.

Anak ibuElly pun dari Isnin tak sihat. IbuElly pun baru baik demam je ni. Dah 3 hari kelas asyik bertangguh. Nak buat macam mana kan. Kang berjangkit pulak dengan anak-anak pelajar.

      Sakit, sakit jugak. Tapi marketing tetap jalan. Yela, selain buat biz hometuition, ibuElly buat biz Cosmoderm jugak. Korang tahu kan? Hehehehe.

      Korang pernah dengar COPYWRITING? Apa tu? Tahu ke tak? Copywriting ni ayat iklan berbentuk penceritaan. Instead of kita layurkan gambar pastu minta orang pm kita, kita buat cerita pastu post kat media sosial. Cerita kita tu berkaitan dengan produk yang kita jual tu la. Di akhir penceritaan, kita selitkan sekali produk kita jual tu. 

      Sebabnya media sosial ni tempat kita berinteraksi, berkongsi cerita, berkongsi pengalaman, dan macam-macam lagi berkaitan hidup dan aktiviti harian kita.

      Kalau kita asyik post iklan menjual je, orang akan bosan dan lama-lama scroll iklan kita macam tu je. So apa kita nak buat untuk tarik minat pembaca? Dengan storytelling la. Hehehehe.

◾◾◾

Contoh hardsell :

Awak, kita jual produk kecutkan jerawat sepantas 2 saat. Jom la cuba!

Contoh softsell :

Alamak, esok nak pergi temuduga dan-dan lah tumbuh jerawat! Bukan satu, tiga pulak tu! Arghhhhhh!

Mengapa ini berlaku? Apa dosaku?

Ehh, rileks la. Buat apa nak gelabah? Kan ada ubat jerawat Anti Blemish Express Cosmoderm dalam laci.

Dah lama tak pakai sebab jerawat jarang-jarang datang melawat. Tapi kenapa la dalam banyak-banyak hari, hari ini jugak dia nak datang! 😞

Dah la. Baik sapu nipis-nipis ubat jerawat ni sebelum tidur. Esok licin lah tu!

◾◾◾

      Nampak tak beza hardsell dan softsell? Softsell lebih kepada memujuk, kita tarik perhatian pembaca untuk terus membaca cerita berunsur iklan kita tu.

      Maksudnya pembaca tak sedar pun yang story tu sebenarnya iklan. Tapi kalau hardsell, memang kita campak iklan sebiji-sebiji kat muka diorang. Hahaha.

      Maksudnya diorang memang tahu yang ayat tu iklan.

      Jadi, selama ni korang jenis yang nacam mana? Hehehehe.

Ni ibuElly nak share buku copywriting yang best. Ada 176 contoh ayat iklan storytelling dalam ni yang korang boleh copy, edit dan paste ke media sosial korang. Tak susah pun. Tapi syarat dia WAJIB rajin la.

Ni ebook tau. So lepas beli korang boleh print sendiri. 

      Penulis ni (hafiz mansor) memang ada ramai followers di fb. Memang terkenal dengan skill copywriting dia yang power dan kelakar. Hihihi. 

      Korang nak try ubah skill korang? Bosan la asyik-asyik ayat menjual yang sama je kan. Ce ubah sikit. 

      Kalau korang serius nak berubah, klik link ni : ebook copywriting

In shaa Allah, korang boleh baca penerangan yang ada kat situ dan boleh terus beli! 

Selamat mengulangkaji! 

Friday, 22 February 2019

February 22, 2019

Nak pudarkan parut cara pantas macam mana?

Nak pudarkan parut cara pantas macam mana?
    
Masa ni lepas baik demam campak. Jun 2018

Assalamualaikum. Apa khabar korang? Sihat?

Haa, ibuElly tahu korang memang suka sangat tajuk ni kan. Suka sangat nak cara PANTAS sangat tu. Kahkah.

      Ok pantas tu takde la pantas sangat. IbuElly dah buat eksperimen kat kulit sendiri. Rasa macam ok la boleh tahan cepat la untuk produk semulajadi dan bebas bahan kimia merbahaya ni untuk menampakkan kesan dia.

      Kalau kau nak yang jenis 2-3 hari nampak kesan tu, baik kau pakai KRIM TIMBANG KILO yang warna warni tu je. Kahkah. Ala kau ni gurau pun tabole. Kenapa serius sangat?

Ok la taknak cakap banyak sebab korang pun nampak macam dah tak tak sabar sangat dah tu kan.

◾◾◾

Ok ibuElly terangkan langkah demi langkah ye macam mana korang nak dapat kesan pantas pudarkan parut ni. Laa tanya lagi? Guna Cosmoderm la apa lagi cekk oii!

1) MESTI kena rajin scrub kulit! 

Ini WAJIB! Sebab bila kita scrub kulit, secara tidak langsung kita akan buang sekali sel kulit mati dan kotoran di atas permukaan kulit tu.

      Ni bukan apa. Untuk licinkan dan bersihkan pori-pori kulit agar segala produk yang kita pakai lepas tu akan meresap elok ke dalam kulit.

      Kesannya, of course la kulit akan jadi lebih halus, cerah (sebab tona kulit dah sekata) dan licin.

IbuElly guna yang facial scrub. Sebab kulit berminyak. Kalau kulit korang kering atau normal, boleh guna yang magic exfoliating gel. Sama je fungsi. 

2. Kena rajin pakai serum! 

      Haa, sapa kat sini dah mulakan rutin pakai serum setiap malam? Serum ni tekstur dia lagi halus daripada pelembap. Kalau pakai serum ni lagi senang dia nak meresap ke dalam kulit. 

      Bayangkan masa korang tidur, serum ni tadi akan bekerja keras untuk membina semula sel-sel baru yang dah banyak sangat rosak pada waktu siang tadi.

      Kita tidur, dia buat kerja. Perghhhh, dah tentu-tentu lah kulit jadi flawless habis! Nak lagi berkesan untuk pudarkan parut, guna serum yang ada kandungan vitamin E, rosehip oil dan juga vitamin A. 

Sebab bahan-bahan ni yang paling utama untuk pudarkan parut tau! IbuElly of course lah guna yang ini aje 👇

Serum pencerah siri Luminous Pearl Cosmoderm. 

3) Sapu krim parut tiap-tiap malam! 

      Haa, ni lagi lah WAJIB! Dah kau nak pudarkan parut, takkan nak pakai krim jeragat pulak kan? 

      Mesti lah kena ada krim parutnya. Krim parut ni kalau dalam produk Cosmoderm, ia adalah daripada siri vitamin E (kuning). 

      Siri kuning ni bagus sangat sebab nilai IU dia tinggi weh. IU ni maksudnya International Unit. Untuk kita tahu berapa banyak kandungan Vitamin E dalam sesuatu produk. Cuba periksa produk hilangkan parut yang korang pakai sekarang ni berapa IU?


Haa, ni set asas je tau. Ada pelembap + serum sekali. Senang je pakai ni, janji kena konsisten SETIAP MALAM! Baru dia jadi. Kalau setakat pakai selang-selang pastu kau claim kata ibuElly pentipu, aii cili jari tu nanti! 😜

      Ni ada yang ful set kalau korang jenis kulit NORMAL atau NORMAL TO DRY tau. 



Beza hanya pada pelembap dan serum je. Yang lain semua sama. Serum dia tu untuk kulit sensitif pun boleh guna tau. BEBAS PEWANGI. 

4) Bersihkan kulit guna penanggal mekap

      Yang ini ramai yang suka salah faham. Even korang tak makeup pun, korang tetap kena bersihkan kulit sebelum guna pencuci muka tau. 

      Sebab guna pencuci muka sahaja tak cukup. Sebab tu skincare Korea ada selitkan sekali double cleansing (iaitu guna oil cleanser). Pencuci muka tak cukup kuat nak tanggalkan kotoran lagi-lagi kalau korang yang memang suka mekap tu. 

      IbuElly yang tak mekap ni pun memang gigih bersihkan muka guna makeup remover. Apatah lagi korang yang selalu mekap kan? 

Kantung minyak pun dia boleh bunuh kasi meninggal. Jangan main-main weh! 

◾◾◾

      Ok ini tips kulit daripada ibuElly. Buat eksperimen sendiri, dan alami sendiri. Bukan main sauk testimoni daripada pelanggan tau.

Ni kalau tak silap masa bulan September ke Oktober. Allah lupa la pulak. Tapi nampak kan parut pudar? Sori eik, no makeup tebal atau foundation ok! Masa ni malas sangat ku pakai pelembap Tea Tree Oil aje.

      Kalau korang nak kesan macam ni, kena cuba dan KONSISTEN! Bukan pakai selang 2-3 minggu ye. 

Kalau korang malas nak keluar cari semua barang ni, haa kau klik je kat nombor telefon ibuElly ni terus wasap tau : 0175604426

      Dan kalau nak ambik masa tengok-tengok, boleh jenjalan kat fb page : Cosmoderm IPOH

Atau kat instagram pun boleh : cosmoderm_personalcare

Selamat survey-survey ya! 








Tuesday, 19 February 2019

February 19, 2019

Malas nak gores-gores kupon letak kereta? Online aje!

Malas nak gores-gores kupon letak kereta? Online aje!
      Assalamualaikum. Ohoi lamanya ibuElly tak menulis kat sini kan. Busy sesangat ni maklumlah dengan kelas tuisyen lagi, anak-anak lagi. Hehe (macam kau sorang je ada anak)

Harini ibuElly nak share pasal kupon parking atau Bahasa Melayu dia, kupon letak kereta. 

      Ala, yang kena gores-gores tu. Yang korang malas sangat nak buat tu kan. Kahkah. (sama la macam iolss)

      Jadi harini ibuElly nak share sikit macam mana kita nak bayar untuk parking dengan hanya klik dan klik sahaja!

Jom ibuElly share kat bawah ni.

Pergi dekat google playstore atau applestore dan install apps ni. 

1) Taip negeri masing-masing

Cuba taip je ' negeri ' korang dan diikuti dengan ' park '. Contoh :

" Selangor park " 

Apa yang keluar kat apps tu haa cuba tengok satu-satu eik. 

2) Daftar korang punya details kat apps
Ni contoh Majlis Bandaraya Ipoh punya

Tulis je maklumat yang dia nak tu. Senang je kan? 

3) Selesai daftar, ready untuk bayar


Untuk pertama kali guna, apps ni akan minta korang topup sebanyak rm10 paling minimum. 

Ya, dia bukan macam kupon biasa. Yang korang boleh beli sama ada kuning (rm3.50) atau merah (tak ingat berapa ringgit). Ohh ya, ni untuk Ipoh sahaja tau. 

4) Log masuk ke online banking dan topup! 


Pilih bank mana korang nak guna untuk bayar

Log masuk! 

Lepas dah bayar, dia akan bagi resit macam ni. 

5) Dah boleh guna! 

#ibuElly dah try untuk kali pertama guna kupon online ni. Ok la senang juga yang penting, JANGAN LUPA  je. Hahahaha. 

Yela selalu kita nampak kupon parking depan mata, boleh terus gores. Kalau online ni takut lupa je terus kereta. Haha. Tapi keluar dari kereta baru key in pun takde masalah. 

Well, takkan tukang cek tu terus melompat depan mata kita kan?

Minimum memang boleh guna bermula daripada 1 jam. 30 minit not available. 

      Lagi satu yang best, kupon online boleh guna satu negeri. Kalau kupon gores biasa tu, lain kawasan kena beli kupon lain-lain. 

      Kita tak boleh guna kupon area Ipoh kat area Manjung kan? Kena beli yang Majlis Perbandaran Manjung punya. Kalau tak sia-sia kena saman. Kihkih

◾◾◾

So, korang faham tak step yang ibuElly tunjuk ni? Korang cuba taip yang negeri korang punya kat apps store. Rasanya sama je langkah dia. 

Korang cuba nanti ok?








Tuesday, 15 January 2019

January 15, 2019

Macam mana nak hilangkan gatal-gatal badan eik?

Macam mana nak hilangkan gatal-gatal badan eik?
      Haa cuaca dah kembali panas dan membahang. Siap-siap la sesiapa yang alah kepada cuaca macam ni.

      Macam ibuElly cuaca panas macam ni akan membuatkan ibuElly CEPAT BERPELUH dan seterusnya akan menyebabkan pertumbuhan jerawat di belakang badan dan akan rasa gatal-gatal merenyam macam tu.

Sungguh tak selesa!

      IbuElly ni kerja sendiri. Jenis selalu ke sana dan ke mari. Mengajar tuisyen kat rumah pelajar. Biasa la rumah kita tak sama macam rumah orang lain. Adakalanya ibuElly akan mudah berpeluh bila berada di tempat yang bagi orang lain takde la panas mana. Tapi bagi ibuElly, sampai boleh tadah sebaldi tau peluh tu! Fuhhh!

      Bila dah naik jerawat kat belakang badan, mulalah rasa gatal-gatal dan tak selesa. Ini yang ibuElly tak suka! Korang suka tak?

Biasanya apa yang korang akan buat bila dalam keadaan macam ni?

1) Belasah je menggaru di khalayak ramai? 

2) Menggesel badan sana sini? 

3) Mandi dengan kerap? 

4) Sapu losyen atau krim untuk kurangkan kegatalan? 

      Bagi ibuElly, semua tu adalah salah satu usaha yang boleh kita cuba selagi tak memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Tapi, ada petua lain yang lebih sesuai ibuElly nak kongsikan dengan korang kali ni.

APA NAK BUAT YE? 

a) Boleh letakkan tuala basah atau pek ais di atas permukaan kulit

Pek tu korang boleh beli kat farmasi juga. Rasa nak guna untuk sejuk, letak dalam peti ais. Rasa nak panas, rendam je dalam air panas. Mudah!

b) Lembapkan kulit

Boleh guna losyen yang sesuai dan krim yang tak berminyak serta melekit. Ini bagi mengelakkan lebih banyak kawanan jerawat tumbuh di belakang badan awak nanti!

c) Boleh cuba sapukan krim penyejuk yang ada kandungan MENTHOL dan CALAMINE. 

Yang ini best! IbuElly nak tunjuk kat korang nanti.

◾◾◾◾◾◾◾

Ni antara cara mudah la nak atasi masalah kegatalan dan jerawat badan tu. Korang boleh cuba nanti.

      Tapi kalau korang tanya rahsia ibuElly, ibuElly lagi suka guna ni. 😋

Sabun mandi dan juga losyen.

Losyen ni best sangat bila dapat sapu selepas mandi. Rasa sejuk dan dingin satu badan tu, arghhhh! Buatkan kita berada di awangan tau. 

      Rasa macam taknak buat apa-apa satu hari tu. Nak rileks je. Kihkih. 

Ok yang atas ni sesuai untuk dewasa lah. 

Yang ni Lotion Talc sesuai untuk kanak-kanak 

      Losyen ni pun sejuk juga. Masa anak-anak ibuElly kena demam campak haritu, ibuElly sapu jugak losyen ni ke badan anak-anak. Memang best! 

      Dah la MURAH  lepas tu tahan lama pulak. Rasa berbaloi sangat la dengan harga rm13.90 tu. Tahan sampai 2-3 bulan.

      Dengan dua jenis losyen ni, in shaa Allah badan takkan gatal-gatal lagi dah. Ibu ayah pun seronok sebab belanja bawah rm50 dah dapat 2 jenis losyen. 

Yang penting HALAL, BEBAS PARABEN & SLS/SLES dan yang paling best, Cosmoderm ni PRODUK BUATAN MALAYSIA! 

Korang boleh tengok banyak lagi dekat 

Page facebook : Cosmoderm IPOH
Facebook personal : Elifa bt Ismail
No telefon : 017-5604426