tangga ke Supervisor Shaklee.. - IBU ELLY SHAKLEE

Tuesday, 30 May 2017

tangga ke Supervisor Shaklee..

      Boleh ke ber biz ni?? Soalan pertama yang melayang-layang dalam fikiran bila #ibuElly serius nak join mak biz berShaklee juga.. Masa tu makan untuk masalah kulit, nyaris nak ke klinik Dr Ko yang deme kata famous dan bagus sangat tu.. Tapi tudiaaa la bayarannya tak mampu iolsss..


Hey this is me with my BIL


      Jadinya ikhtiar lah dulu dengan supplemen.. Sebelum konsisten dengan Shaklee, ada juga cuba vitamin lain.. Online mahupun farmasi, duit dah perabih banyak.. Tapi kurang memuaskan la bagi #ibuElly.. Tak ingat macam mana boleh terfikir nak cuba Shaklee semula, terus cari di instagram SID yang boleh cod di sekitar Ipoh..

      Alhamdulillah, produk pertama yang #ibuElly cuba masa tu adalah Sustained Release Vita C.. Sebab tu je item paling murah dalam set kecantikan.. Kahkah! Tapi berbaloi la, kurang 2 bulan makan habis semua jerawat kecut.. Tinggal parut je lagi..lepas tu baru add on VITA E dan ESP.. lagi superbb la kesan dia kan!


Favourite product!


      Bila dah nampak kesan, terus bagitau mak biz yang kita pun nak join biz.. Bermulalah episod #ibuElly sebagai SID pro.. Kihkih.. Ingat lagi masa 2 bulan pertama mula biz Shaklee (#ibuElly mula Oktober), takde buyer dan customer pun.. Sebab #ibuElly memang takde modal nak ambil stok, yela barang Shaklee bukannya murah.. Nak² kita pun tak tau lagi produk apa yang selalu customer nak, jadinya ada order barulah gigih drive beli di Cawangan Shaklee Ipoh.. Habis kelas tuisyen terus g beli.. Tak kisah la perabih duit minyak, minat dan nak tambah pendapatan punya pasal ni kan!


      Group kami tak dididik untuk naik rank express semata-mata dengan modal banyak sekaligus..sbb tak ada pembelajaran dalam progres untuk rank up dan akhirnya kalau tak dapat buat sale untuk semua stok yang dibeli, leader tu sendiri akan  merana dek stok yg berlambak bawah katil.. tak ke hangus gituu je modal kau nakk?? Boleh nak rank up segera, tapi pastikan kita yakin boleh jual SEMUA stok kita dalam masa sebulan (sebab nanti nak rolling modal tu jugak buat beli stok baru pada bulan berikutnya)..


      Makin lama makin ramai yang kenal #ibuElly sebagai SID (Shaklee Independent Distributor) dan makanya ramailah buyers (tak kurang juga ada yang backout buyers) kihkih! Well, semua tu lumrah.. Nak berjaya kena hadap la sikit sebanyak rintangan dan dugaan kan.. Gituuu! Dan alhamdulillah, daripada 2 angka dapat lah income 3 hingga 4 angka.. Sikit² lama² jadi bukit juga kan.. Sapa nak bagi free² je oii even rm38 je?? Bersyukur lah kan Shaklee nak bank in terus ke akaun haa..


Nk dekat closing kita suka sangat tenung ni..kahkahkah!


      Ingat lagi banyak sangat suka duka yang #ibuElly hadap sementara nak naik rank ke SUPERVISOR.. antaranya kena perli gini, ' eli tu jual produk Israel, tu sebab saya taknak jual, kalau tak dah lama saya join ' lebih kurang ginilah ayatnya.. Masa tu sedih sangat, pegi lah wasap merengek kat mak biz.. Bila mak biz explain, barulah tau rupanya Shaklee bukan produk Israel, SID die aje yang menyumbang ke Israel.. Macam kita la kan suka hati kita nak sedekah kat sapa pun..  Sama la macam SID yang menyumbang ke Israel tu..

      Mula dari tu rasa macam, eh baik buat betul².. Buktikan kat deme yang suka sangat pandang rendah pada aku.. Yela dulu hidup susah.. Naik darjah 4 ayah diisytihar bankrup.. Kami sekeluarga berpindah ke kawasan perumahan setinggan sebab tak mampu lagi dah nak duduk di kawasan perumahan teres ke ape.. Duduk umah kayu, minum air telaga, elektrik tarik dari umah mak saudara (masa tu dalam tahun 2002)..

      Masa susah takyah cakap, siapa pun tak sudi jenguk.. Terpulang, lumrah manusia pandang hina orang susah kan.. Ini juga salah satu BIG WHY #ibuElly join biz Shaklee, nak buat betul² dan tunjuk pada diorang yang #ibuElly takkan SUSAH selamanya.. Semua orang boleh ubah hidup masing² bila kita sendiri nekad..


Kita sendiri yang tentukan nak berjaya atau tak.. Kita buat kita dapat!

      Macam mana #ibuElly bahagikan masa dengan kelas tuisyen, anak², dan tulis blog?? Anak² ni amanah terbaik Allah bagi pada kita, utamakan anak² dulu melebihi segalanya..bila kita baru nak update status fb, buat entry blog, letak tepi dulu fon dan layan kerenah anak dulu..sebab rezeki yang kita dapat pun daripada anak² juga, jangan taksub sangat nak kejar sale sampai anak² pun layan tak layan aje.. time diorang dah tidur barulah tenang nak buat entry blog.. selagi diorang tak tidur, layankan aje perangai masing², ada yang suka baca iqra', baca buku english, hafal doa².. LAYAN MEREKA.. jangan diabai atau terlalu asyik dengan HANDPHONE!


      Dalam perjalanan menuju ke rank SUPERVISOR Shaklee, apa yang #ibuElly buat adalah ICU (ikut cakap upline).. Tak faham terus tanya, sentiasa wasap mak biz tanya soalan.. Ulangkaji buku nutrisi, lepas tu follow master Lyna Noh (Master Coordinator) a.k.a SUPER UPLINE #ibuElly dalam biz Shaklee.. Masya Allah, setiap posting Master Lyna sangat mnyentuh jiwa rapuh #ibuElly ni..

      Lepas tu, bila dah ada anak biz sendiri #ibuElly buat benda yang sama.. Niatnya sama, nak anak² biz dapat yang terbaik dalam biz Shaklee sama macam apa yang #ibuElly dapat daripada mak biz #ibuElly yang awesome tu! Dan kalau boleh #ibuElly nak diorang terima lebih lagi! Bukan mudah tapi tak mustahil..

      Mak biz dan super upline banyak sangat tolong #ibuElly dalam proses nak naik rank ni.. Ingat lagi malam akhir closing April aritu tak senang duduk.. Sebab sikit lagi je point nak melayakkan #ibuElly nak naik rank tu.. Abes je solat memang mintak sungguh² dengan Allah nak naik rank.. Gandakan usaha, tanya customer, tanya prospek diorang nak beli ke tak.. Sebab nak beli stok banyak semata-mata nak naik rank memang #ibuElly TAK MAMPU!
alhamdulillah, dalam melayan ipar duai di kampung sambil merintih sayu dalam hati, Allah izinkan juga #ibuElly naik rank.. Syukur syukur sangat²..

      Kepercayaan tu kena letak 200% pada Allah.. Yakin yang Allah memang akan bagi pada kita, cuma Allah nak tengok kita ni sesabar mana, sekuat mana berusaha.. KONFEM Allah akan bagi.. Bukan susah pun, kita buat keje kita, biar Allah uruskan selebihnya.. Yang penting kita kena sentiasa berani buat sesuatu, tambahkan ilmu tambah² nak jual supplemen ni tak boleh main hentam je bagi kat customer.. Kelas² di telegram sangat² membantu #ibuElly.. Senang, takyah keluar rumah pun nak ke kelas..

      Ni dah naik rank, banyak peluang yang kita boleh capai.. Shaklee bagi macam² once kita dah naik rank ke supervisor sekurang-kurangnya.. Kena usaha buat sale je.. Bukan maksud bila dah naik rank, kita dah boleh goyang kaki makan point downline ye.. NO! Korang akan faham bila korang join family Shaklee nanti.. Even downline korang banyak point tapi point dari sale kau korang sendiri pun TELUR AYAM, kau tak dapat pape pun.. Adil kan?


Ni yg ibuElly nak kejar sgt²! Nak merasa!


      Rasanya takde lah banyak tips sangat kot kan.. Banyak merapu je.. Kahkah! Yang paling penting, HUBUNGAN DENGAN ALLAH dan IBU BAPA kena jaga.. Jaga dua² tu, in shaa Allah semuanya mudah bagi korang.. Jangan kecilkan hati orang tua, jangan bagi banyak alasan nak berjaya.. Barulah aura positif je datang kat korang....

      Thank you la korang yang berjaya baca sampai habis.. Lain kali boleh buat cerpen lagi.. Kahkah! Semoga SID yang membaca ni juga akan dapat naik rank dalam cycle ni, doakan #ibuElly juga! Pada korang yang bukan SID, semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah.. 💪💪😘

Fb : Elifa bt Ismail
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail
No tel : 017.560.4426

No comments:

Post a Comment