jamu kunyit asam awesome! - IBU ELLY SHAKLEE

Sunday, 20 August 2017

jamu kunyit asam awesome!

       Assalamualaikum korang.. Buat apa hari Ahad ni selalunya? IbuElly di rumah je kot harini, suami outstation dr smlm lagi, balik harini.. Mereput la kami 3 beranak di rumah.. Nak tanya ni korang pernah ke minum jamu kunyit? Ke tak tau pun kunyit tu minatang ape?? Hahahhahaa.. Ok gurau² ๐Ÿ˜€

      Sebelum ni rajin juga buat sendiri, tapi disebabkan kekangan masa terpaksa beli jelah.. Siapa kata kalau dah makan Shaklee tak boleh makan jamu (walaupun Shaklee ada jamu jugak)? Boleh je minum jamu kunyit ni, jarakkan la pengambilan dalam masa 2 jam ke sebelum makan vitamin Shaklee pulak..

      Mesti korang fikir banyak betul yg ibuElly bawak masuk dalam badan.. Ehhh korang jangan tak tau, semua ni untuk kesihatan dalaman tau.. IbuElly ni dah beranak pinak, anak dua² kelahiran secara czer + rapat² lagi.. Mestilah nak kena jaga badan nak oiii! Badan nak pakai lama.. Biarlah tak kurus dan seramping artis Korea, asalkan dalaman sihat dan bertenaga gituuu! ๐Ÿ˜


Ni haa rupa jamu kunyit yg ibuElly dok amalkan.. Sedap pulak tu! Turun temurun ni resipi dari Jawa nun

      Mana ibuElly dapat ni? Haa, ibuElly ni rajin berurut badan.. Kalau tak tiap² bulan, at least 2 bulan sekali MESTI urut!  Tukang urut yg ibuElly selalu dok ngurut ni orang Jawa.. Baik akak tu, banyak kongsi tips tentang masalah kewanitaan tau.. Sambil berurut sambil mencurahkn ilmu la gituu.. Sebotol ni tak mahal pun korang, rm15 je per botol.. Satu botol ni patutnya tahanlah dalam 4 hari ke seminggu.. Bergantunglah mcm mana korang minum.. 

KHASIAT JAMU KUNYIT ASAM  

      Seperti yg korang pernah tau, kunyit ni khasiat dia sangat banyak.. Yela bahan semulajadi kan, lebih banyak manfaatnya daripada ubat-ubatan moden yg belambak sekarang ni.. Antara khasiat jamu kunyit ni adalah :
  1. Melawaskan pembuangan  - ibuElly sangat berpuas hati dengan jamu kunyit ni.. Kalau Herb Lax habis dan tak sempat restok, minum jamu kunyit ni sebelum tidur.. CONFIRM pagi esok tu membuang dengan senang hati! 
  2. Buang angin dalam badan  - minum jamu ni, dia buat ibuElly buang angin dengan mudah.. Wakakakaka! Ala bukan org tau pun kan kita buang angin, diam² sudah.. ๐Ÿ˜†
  3. Memberi tenaga  - korang pn tau ibuElly ni merupakan seorang suri rumah, private tutor, seller online, ibu, isteri dan juga anak.. Memang sangat memenatkan tau nak jaga 2 org anak kecil dan lakukan semua ni sekaligus! Jadi kena ambil alternatif lain untuk tingkatkan tenaga
  4. Hubungan suami isteri lebih baik  - yang ni takmo cerita panjang, KORANG KENA RASA SENDIRI.. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
  5. period jadi teratur dan lancar  - bila period dah teratur, lebih mudah korang nak plan untuk mengandung.. Mereka yg nak ikhtiar mengandung pun boleh je cuba, tak salah pun kan
  6. Menyingkirkan toksin dari dalam badan  - macam mana ibuElly tau toksin dah keluar? Yela, dah membuang lebih 2 kali sehari, jerawat pun kurang naik, toksin dah dibuang la tu
  7. Melangsingkan badan  - ni bukan ibuElly kata la.. Orang yg dah lama tak jumpa ibuElly baru² ni dok kata ibuElly dah kurus sikit.  Dia tanya ibuElly ni diet ke? Setahu ibuElly la, ibuElly hanya konsisten Esp, Vita C, Herb Lax dan jamu kunyit ni haa.. Dan senaman sikit.. Taktau la pulak kan kot semua ni buat ibuElly kurus sikit.. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


      Best kan khasiat dia? Yang penting dia sgt murah bagi korang yg ada bujet tertentu.. Tak mmpu beli Shakkee, boleh je cuba jamu kunyit ni.. Mesti korang takkan kecewa punya.. Rasa dia pun ok la xde la pahit ke apa macam sesetengah jamu.. Rasa dia masam² manis je. Sebab ada madu dalam jamu kunyit keraton ni.. Jamu kunyit lain tak tau la kan.. Hehe.. 


Sangat² sedap dan berkhasiat! 

      Untuk pengetahuan korang, ibuElly jual juga jamu kunyit ni.. So boleh la hubungi ibuElly kat SINI kalau korang nak beli tau.. Pos boleh cod pun boleh.. Nanti once dah beli ibuElly akan guide cara minum dia camne eikk.. ๐Ÿค—

      Ok la semoga entry ni bermanfaat untuk korang yg baru nak berjinak-jinak dalam dunia kesihatan ni.. Ingat tau MENCEGAH LEBIH MURAH KOSNYA BERBANDING MERAWAT  .. jadi tak salah pun kalau kita mula jaga kesihatan kita dari awal ni lagi.. Supaya boleh bersenang lenang di kemudian hari in shaa Allah.. ๐Ÿค—๐Ÿ’ช

      Eh lupa pulak.. Ada masa meh la korang follow FACEBOOK ibuElly ni tau.. Klik je kat link tu mudah bebeno sekarang dah.. Hihi! Bye! 


5 comments:

  1. CCL belum pernah rasa lagi jamu kunyit ni , rasanya camner eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masam² manis je CCL.. sedap tau, banyak khasiat amalkan herba² org dulu² ni.. Anak dara, mak dara, ibu berpantang sesuai sangat minum tau! ๐Ÿ’ช

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Saya pun pengamal minum jamu kunyit ni..Buat sendiri sbb dpt resipi dri tukang urut gak..hehe..Mmg best minum jamu kunyit ni..Part melawaskan tu mmg betul..dan part suami isteri, kena cuba baru tau..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Bz ngn kelas tuisyen tu yg xdpt nk buat sndri dah tu.. Baru je konsisten, sblm ni culas jugak.. ๐Ÿ˜…

      Delete