November 2017 - IBU ELLY DI SINI

Thursday, 30 November 2017

November 30, 2017

VIVIX, PSORIASIS & CYST?

VIVIX, PSORIASIS & CYST?
Terkejut tau ibuElly dapat mesej daripada downline ibuElly. 😱 katanya doktor mintak teruskan makan Vivix  . Ala, produk premium Shaklee tu!

      Dia ni merangkap downline, dan juga kawan ibuElly masa di universiti dulu. Masa ibuElly baru beberapa bulan buat biz Shaklee, dia wasap ibuElly tanya pasal Vivix. Masa tu katanya dia nak cuba Vivix sebab dia pun google dari tempat lain.

      Katanya Vivix ni bagus untuk penyakit-penyakit kronik. Yela masa tu dia nak sangat ikhtiar untuk psoriasis & cyst  masa tu. Awal tahun aritu la rasanya. IbuElly memang terangkan kat dia yang vivix ni BUKAN UBAT YANG BOLEH MENYEMBUHKAN sebarang penyakit kronik. Ia hanya sebagai topup nutrisi yang tak cukup dalam badan je.

      So lepas beberapa hari dia kata nak fikir, akhirnya dia bagitau dia nak juga ikhtiar dengan Vivix. Yela wei, Vivix bukan murah tau! So dia nak jugak cuba mana tau berhasil kan. Sebab nak tunggu check up doktor lambat lagi.

      Nak dijadikan cerita, memang dia bagitau dah 1 setengah botol dia makan, PSORIASIS DIA HILANG DAN TAK DATANG BALIK LAGI DAH! Bayangkan betapa seronoknya kawan ibuElly ni masa tu. Psoriasis ni macam penyakit kulit tau. Dia bukan Eczema! Tapi kulit akan jadi kemerah-merahan dan berkuping-kuping. Kesian tau dengar kisah kawan ibuElly ni. Alhamdulillah sangat Shaklee dah ubah 360 darjah hidup dia! πŸ€—

      Tapi masa yang dia bagitau PSORIASIS dan stop, dia tak bagitau pulak keadaan CYST macam mana. Mengecut ke tak ke kan. Sebab dia bagitau dia belum jumpa doktor untuk follow up lagi. Lepas tu dia stop. IbuElly pun lama tak dengar pasal dia dah.

      Tup² kelmarin dia mesej ibuElly. Tanya pasal offer Vivix. Pastu ni haa dia cita kat ibuElly : ⤵⤵⤵⤵⤵

Apa perasaan korang agak² kalau ada orang bagitau produk yang korang jual berkesan pada dia? 

      IbuElly rasa bersyukur sangat tau! Tu sebab dia decide nak consume vivix lagi skali. Katanya memang sayang leburkan duit macam tu je. Tapi dia sedar apa kualiti yang dia bakal terima sesudah amalkan Vivix. Berbaloi kan? 

      Apa fungsi Vivix ni sebenarnya yang mampu untuk bekalkan sel² badan dengan nutrisi yang mencukupi untuk kekal sihat?? Siapa yang sesuai ambil VIVIX Shaklee si tonik kebabom ni?! Apa pulak kebaikan VIVIX ni ye? 

✔ merendahkan tekanan darah
✔ meningkatkan tahap tenaga
✔ meningkatkan pengeluaran sperma
✔ memutihkan & mengurangkan pigmentasi
✔ mengurangkan kedut halus
✔ anti kanser
✔ merendahkan tahap kolestrol
✔ menguatkan tulang
✔ melambatkan penuaan
✔ mengurangkan Arthritis

Vivix ni juga kaya dengan khasiat ANGGUR MUSCADINE nya. Ya, anggur rare yang sukar ditemui dan kosnya juga sangat mahal! ANGGUR MUSCADINE merupakan bahan utama yang terkandung dalam Vivix Shaklee ni. 

Pernah dengar ke kome nama buah ni? Atau pernah baca / tengok kat mana²??

       ibuElly pun baru pertama kali dengar nama buah ni.. Apa dia anggur muscadine ni ye?? Kalau korang nak tau, ANGGUR MUSCADINE ni sebesar biji bola golf tau saiz dia.. Besar sikit kot daripada anggur biasa kan.. Anggur ni sebiji aje rm100 nilainya sebab anggur ni anggur RARE, LIAR & SANGAT JARANG DITEMUI! 

      lagi, anggur ni anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, dan kerana pasangan tambahan kromosom ni, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan.. Antaranya FUNGSI IMUN YANG LEBIH TINGGI & SIFAT ANTIOKSIDAN YANG LEBIH KUKUH! 

      kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik, cahaya matahari yang kuat sebab itulah anggur ni mengandungi banyak POLIFENOL & RESVERATROL.. maka, ia sangat bagus untuk kesihatan manusia yang mengamalkannya. πŸ™‚

      Inilah antara bahan yang terkandung dalam VIVIX Shaklee si tonik magis! Jangan tanyalah kome kenapa harga VIVIX ni mahal, tengoklah nilai sebiji anggur ni pun dah berapa kan.. Barang baik ni mengambil lebih kurang 3 tahun tau kajiannya, bukannya kejap.. Shaklee melabur banyak untuk dapatkan momentum maksimum dengan VIVIX ni! πŸ˜šπŸ˜‹

Haa, best ke BEST khasiat VIVIX SHAKLEE ni? Takyah pk panjang la. Meh wasap ibuElly kat 017.560.4426 tau. Wasap in sha Allah memang cepat dibalas! Korang boleh juga godek² kat ig (elifaismail) atau page facebook  Pengedar Shaklee Ipoh .

      Tapi perlu diingatkan korang tak boleh bergantung harap pada suplimen semata eik. Kema juga lakukan senaman dan juga jaga pemakanan. Kurangkan makanan bergula & bergaram serta makanan berproses (nugget, hotdog dan sebagainya). In shaa Allah bila kita jaga makan, semua akan jadi terkawal. Trust me! 





Tuesday, 28 November 2017

November 28, 2017

Wahh, tak payah berbelanja lebih untuk ke Korea! 😱

Wahh, tak payah berbelanja lebih untuk ke Korea! 😱
      Adik ibuElly memang tau je port makan best. Mengundang tau kakak dia yang memang gemo makan ni. Baru² ni kami layan makanan Korea pulak. Makanan Korea kat Malaysia? Not a big deal anymore!

Jom layan gambar dulu lah :

Ni nama dia ' Bulgogi chicken ' apa tah. Pedas merecik bak angg! Yang ni satu set ni dalam rm15.60 kot kalau tak silap

Feeling sangat tau! Ngan sudu panjangnya! 😝😝

Ni paling favourite. Gimbap! Ni pun sama berbelas ringgit, tapi tak sampai rm15 pun. 

IbuElly pegi ngan adik. Cadang nak beli buku je kat Popular. Tapi adik ajak pulak. Katanya baru je bukak dalam IPOH PARADE nun. Alang² kan, terus singgah la. Hehehe. Nama kedainya Myeong dong Topokki  .

      Menu utamanya topokki tu la. Ala, bahasa pasarnya SPICY RICE CAKE. Atau kek beras. Yang kat sini tak berapa merecik la ibuElly rasa. Ada satu lagi spicy rice cake sedap. Adik ibuElly belikan. Dalam Parade jugak kedainya, tapi bukan kedai makan macam ni lah. 

Ni haa rice cake nye. Memang pedas. Ni tak ingat berapa. 

Air ni namanya honey lemon. Sedap, bergas sikit. IbuElly minum green tea kosong je. Ni pun dalam rm5 lebih je

Harganya bagi ibuElly tak mahal sangat la. Standard la belas-belas ringgit semangkuk untuk nasi tu. Yang lain tak rasa lagi. In shaa Allah lain bulan la. Haha. Bagi ibuElly, out 5 stars, ibuElly bagi 4.5 bintang. Tempatnya SELESA & SEJUK sangat! Jangan risau ye, restoran ni HALAL tau. 

Ni haa alamatnye. 


      Memang feeling macam kat Korea la. Walaupun haku tak tau pun macam mana sejuknya kat sana. Hahahha. Kedai ni dalam IPOH PARADE, tingkat 2 ke 3 tah lupa dah. Signboardnya beso gedabak wei. Kome akan jumpa jugak nanti. 

      Tulisan dia dalam warna merah, tertulis MYEONG DONG TOPOKKI. Konfem jumpalah! Haa kome kalau datang Ipoh WAJIB terai. Bagi kome yang memang hantu Korea tu kan. Hahaha. Tak dapat pegi, fefeling je pun jadi lah!

      Korea ni yang ibuElly terliur sangat makanan dia je. Macam pemandangan ke tempat ke dalam Malaysia pun ada je rasanya. Takpelah, tak dapat pegi pun dapat rasa ala² macam kat sana pun jadi! Hahahaha! 

Ok selamat mencari dan menjamu selera! 





Saturday, 25 November 2017

November 25, 2017

Tips nampak cantik tanpa perlu mekap tebal. πŸ˜‡

Tips nampak cantik tanpa perlu mekap tebal. πŸ˜‡
Perlu ke mekap tebal untuk kelihatan cantik? Yela kadang ibuElly tengok berlapis-lapis haa pondesen la concealer la, eye shadow lagi, blusher lagi dan segala macam benda la dok sapu kat muka. Hihi ibuElly tak kecam pun korang yang mekap. Itukam hak individu. Terpulang masing² la kan.

      Tapi bagi ibuElly, memang sejak masuk remaja lagi tak reti dan memang tak minat mekap. Tah la tengok macam renyah sangat. IbuElly jenis yang simple minded dan tak suka benda yang terlalu complicated dan ambil masa lama nak siap. Suka yang simple dan easy to go je.

      IbuElly nak jugak share ngan kawan² di luar sana yang ada pemikiran yang sama macam ibuElly. Macam mana nak tampil cantik dan yakin walaupun kita ni bukanlah mekap sangat pun kan. IbuElly kalau bersiap pun tak sampai 10 minit. Sangat minimum barang yang ibuElly pakai pada muka.

IbuElly guna kamera vivo depan ni, yang 20mp tu. Kihkih. 

      Seperti yang korang nampak, parut² pun nampak kan? Memang ibuElly takde pakai any foundation untuk tutup parut pun. Sebab ibuElly ni kulit cepat berpeluh kalau pakai any foundation. Even guna bb cream Cosmoderm je pun berpeluh cepat beno tau! 

      Jadi muka masa ni memang menampakkan yang parut² bekas jerawat semua memang dah PUDAR! konsisten pakai skincare Cosmoderm dan supplemen Shaklee lah! Alhamdulillah, setelah lebih setahun baru kulit betul² ok. 

Paling malas pun, tepek 2 benda ni je sebelum keluar rumah. Gambar ibuElly yang kat atas tadi tu guna ni jelah! 

Nampak kan? Pakai 2 benda ni je dah boleh keluar rumah dengan yakin! Kulit pun TERLINDUNG DARI SINAR UV PENYEBAB JERAGAT! korang kalau nak elak jeragat, kena jaga dari sebelum jeragat datang. Sebab jeragat ni degil sikit dari jerawat, dah datang tu memang liat dah nak blah! 

      Pelembap Cosmoderm tu asenya baru belian pertama punya tu. Punyalah tahan lama dah 6 bulan dah guna Cosmoderm. Pelembap tu yang paling bertahan. Bb cream tu pun sama tau! Bb cream ada 3 tona, ibuElly amek Yang NUDE, takde kaler punya. 

Makeup remover yang sangat awesome! 

      Kenapa ibuElly kata awesome?? Sebab makeup remover ni ada skali VITAMIN E tau. Sangat bagus untuk PUDARKAN PARUT JERAWAT dengan berkesan! Lagipun dia memang cuci abeh jauh ke dalam tau. Kotoran pun senang sangat tanggal! Korang memang takkan menyesal! 

Ni pun sana. Pakai pelembap je. Memang MALAS nak meninggal sangat² ni

   
      See, nampak tak game dia skang? Korang takyah mekap tebal pun takpe kan untuk nampak cantik? Tapi kalau memang jenis yang sukaaaaa sangatttttt mekap tu xpe lah, dipersilakan. IbuElly takde nak kecam pun heheh. 

      Cumanya bagi ibuElly sendiri, mekap memang bukan #ibuElly la. Tak sanggup nak habiskan masa yang sangatttt berharga ni semata-mata untuk nampak cantik. Bersederhana lebih fit untuk personaliti ibuElly ni 😝

Pelembap Cosmoderm + serum Tea Tree Body shop + bedak kompek Wardah (nipis sangat applynya pun) 

      Best kan kalau dapat jimat masa untuk cantik? Dap² sikit je, dah yakin dah nak keluar rumah. Nak bersihkan time nak amek wuduk pun senang kan? Sekali lagi ni untuk mereka² yang tak suka mekap tebal macam ibuElly ye. Kalau suka dan selesa ber mekap ehh silakan. Hehe. Takde nak kecam pun. 

      Yela, ibuElly pun takde lah flawless mana nak kutuk² orang yang mekap tebal tu. Cuma ni pendapat peribadi dan tips yang ibuElly nak kongsi pada mereka yang juga menggunakan alat solek dengan paling minimum! Ok, semoga bermanfaat! 

Page facebook : Cosmoderm IPOH
Ig : @cosmoderm_personalcare
No tel : 017-5604426



Friday, 24 November 2017

November 24, 2017

penipu besar!

penipu besar!
      Wei ramai juga yang ingat ibuElly ni guna mekap untuk tutup parut! What the heck betul lah! Buat pengetahuan korang, ibuElly memang tak reti dan tak pernah mekap sendiri kot! Last mekap timw kawen je tu pn kak ipar mekapkan.

      Nak mekap sendiri bila kua ngan somi ke memang tak reti wei. Tolong lah pecaya ibuElly bagitau ni. Sumpah demi Allah ibuElly tak tutup parut dengan foundation atau mekap.

Kadang kua umah pakai pelembap je kot! Punya malas nak tepek segala mak nenek pondesen atau bedak kopek ehh kompek skalipun. Mandai je korang ehh kata ibuElly mekap!😣😣😣

Macam dalam gambar ni haa, serius ni guna pelembap + bb cream cosmoderm je. Bb cream ni bukan mcm sesetengah pondesen yang boleh tutup parut

      IbuElly memang pakai dari Julai aritu sampai lah sekarang. Pastu topup dengan Shaklee untuk dalaman. Memang takde guna produk lain pun. Tu sebab berani jual, sebab kita sendiri memang amalkan dan makan. 

      IbuElly takde cakap tak serupa bikin eik. Jual je, makan/gunanya idak. Tidak sama sekali! Ni lagi antara barang yang ibuElly guna dan makan eik. Korang scroll lah sampai tercabut jari tu. 

Kadang tukar esp + vita C

Ni paling superbbb! Agen PUDARKAN PARUT

Ni ibuElly pakai untuk luaran. Murah + sangat berkualiti! πŸ’ͺ

Semua produk ni ibuElly jual tau. Nanti ada masa g jenjalan kat page ibuElly. 

Cosmoderm : Cosmoderm IPOH
Hometuition : Elly Hometuition
No telefon : 017-5604426



Tuesday, 21 November 2017

November 21, 2017

Jerawat ni boleh dicegah ke??

Jerawat ni boleh dicegah ke??
Korang suka usik² muka tak? Sat² tengok cermin, jari jemari tu mulalah gatal je kan nak usik² jerawat, nak pegang² jerawat. Pastu sampai picit² pulak! Bila dah picit, tinggal parut pulak. Parut pun bukan senang nak hilang tau! Makan masa nak hilang.

      Jerawat dan parut memang berpisah tiada. Kadang kalau kita tak picit pun, ia tetap tinggal parut. Nak buat macam mana kan, lumrah. Hahah! Kita ni je kena sabo, jangan nak usik² sangat muka tu.

      Ni ada tips nak elakkan pembentukan jerawat & cegah pembentukan jerawat  daripada awal. Jerawat boleh dielak. Kalau kita jaga persekitaran kita dengan baik. Nak buat macam mana tu? Jom cekidaut!

Cara elak pembentukan jerawat :

  • Cuci muka guna PEMBERSIH MEKAP sebelum cuci muka guna pembersih muka.
  • Guna hanya pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit
  • Guna TUALA yang berasingan untuk lap badan dan muka
  • Elakkan selalu menyentuh muka guna jari
  • Minum air masak secukupnya, 2-3 liter sehari
  • Boleh gunakan skincare yang bersesuaian, yang ada toner, pelembap dan serum (lebih bagus) 
  • Tukar sarung bantal dengan kerap
  • Elakkan menekap telefon bimbit di pipi ketika bercakap dengan pemanggil
  • Gunakan mask istimewa untuk mengurangkan minyak di kulit wajah
  • Jangan tidur SEBELUM menanggalkan mekap anda! 
  • Amalkan supplemen yang sesuai dan berkualiti
Ini amtara apa yang ibuElly amalkan sepanjang setahun lepas. Kalau korang dah tengok dan baca previous entry, kulit ibuElly dulu memang sangat teruk! IbuElly klinik je tak pegi lagi, sebab apa pun tah la πŸ˜„πŸ˜„

      Taktau macam mana ibuElly amek keputusan untuk ikhtiar dengan Shaklee dulu masa tu. Sebab sebelum kulit teruk, memang dah penah makan Shaklee. Beli kat kawan belajar masa di Matrikulasi dulu. Lepas tu cari distributor Shaklee area Ipoh ni je. Senang nak COD kononnya. Haha

      Alhamdulillah, dalam masa kurang 2 bulan, jerawat semua kecut dan perlahan-lahan kulit makin baik. Lepas 2 bulan #ibuElly topup dengan Vitamin E pulak untuk PUDARKAN PARUT JERAWAT.  Masya Allah, memang best sangat feeling dia! Dan sekarang genap lah 1 tahun 2 bulan dengan Shaklee. Ni kulit ibuElly skang.

Sekarang dah nampak kulit ok sangat. Somi pun tegur tau

Parut² masih ada, tapi tak sebanyak dulu 😍

Korang tengok ajelah muka ibuElly setahun lebih yang lepas

      Semua ni ada cara makan dia la wei. Bukan gogop semua dalam satu² masa. And yes, tak bermakna ibuElly tak makan sayur buah bagai. Masih makan je macam biasa. Cuma supplemen ni untuk topup mana yang tak cukup dalam diet harian. Bukan bermaksud dah makan supplemen, sayur dan buah tolak tepi. No! There are no such rules like that! 

      Buah dan sayur WAJIB kena makan. Tapi supplemen dan vitamin, tolong topup lobang² dan lopong² yang tak cukup dalam badan tu. Dan lagi satu vitamin Shaklee ni TIADA steroid eik, jadi in shaa Allah takkan ada kesan jangka masa panjang.

      Sama jugak mana ada makan vitamin boleh kurus dalam tempoh sekian² masa TANPA DIET, TANPA SENAMAN! Masya Allah, berat dan kerak yang dah bertahun-tahun dalam badan, takkan la boleh buang dalam sekelip mata kan. Kadang di media sosial memang ramai sangat penjual yang overclaim macam ni. 

      Kita sebagai pembaca je kena bijak buat keputusan. IbuElly memang takkan ganggu pesakit kronik. Even diorang tanya, ibuElly akan minta mereka terus ke hospital jumpa pakar. IbuElly bukan doktor atau pakar untuk suka² hati nak bagi vitamin kepada pesakit kronik. Kang jadi benda lain, macam mana nak jawab? 

      Jadi berbalik kepada masalah jerawat ni tadi, pastikan korang jaga oersekitaran dengan baik. Jari tu jangan asyik nak sentuh muka sangat. Kuku tu KOTOQ tau tak! Kuman dan virus melambak-lambak! Tu yang muka senang sangat naik jerawat, kuman yang dok kat jari tadi abeh sume pindah kat muka tau! 

      Skincare pun ibuElly guna skincare yang hanya jual kat drugstore je. IbuElly skang agen produk Cosmoderm. Jangan risau eikk ia bukan FAKE! ibuElly jual guna harga hq tau. Tambah² kalau beli set, berganda lagi murah! Wasap je ibuElly kat 017-5604426



Monday, 20 November 2017

November 20, 2017

Didik akhlak mulia dari kecik πŸ€—

Didik akhlak mulia dari kecik πŸ€—
' ala, nape nangis ni? Siapa buat? ' ATAU ' napa nangis ni? Cite kat ibu kenapa? '

Korang ibu yang macam mana? Yang pertama atau kedua? Ni ibuElly nak cite pasal nasihat seorang ustaz (serius tak ingat ustaz ke pakar motivasi) tak lama dulu. Memang lama dah pun benda ni, tapi tertarik nak cerita harini. 

      Menurut daripada apa yang ibuElly dengar (dalam televisyen je, bukan pegi dengar live pun) pertanyaan kita pun akan beri impak besar kepada personaliti dan moral anak². Contoh eikk kalau anak² nangis, kita akan otomatik pegi dekat anak dan terus tanya siapa buat dia kan ataupun kenapa dia nangis. 

      Individu yang ibuElly dok dengar ni bagitau, seelok-eloknya kita TAK PERLU  tanya siapa yang buat dia. Cukup hanya sekadar tanya KENAPA. Tau tak apa sebabnya? Ok kata beliau, kalau kita biasakan tanya pada anak SIAPA YANG BUAT, anak² akan cenderung untuk MENYALAHKAN ORANG LAIN & TAKNAK CUBA PERBAIKI DIRI SENDIRI. Dan ada kemungkinan juga anak² ni tadi akan cenderung untuk MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN. 

      Semestinya kita taknak benda macam ni jadi kan? Kita kalau boleh nak anak² kita jadi orang yang baik², orang berakhlak mulia, yang tinggi sifat mahmudah daripada mazmumah. Kan? Maka, ibu bapa perlu ubah cara kita tangani masalah anak².

      Cukup kalau kita hanya kata, ' kenapa ni sayang? Meh cite kat ibu/mama/mak/umi ' . ELAKKAN daripada tanya, ' kenapa ni sayang? Siapa yang buat anak ibu nangis ni? ' tak ke nampak perbezaannya di situ kan? Cara kita tanya pn dah sopan kalau ikut cara pertama tadi. Tak perlu tanya anak siapa yang buat. Nanti sampai ke besar anak² biasa menuding jari kat orang lain. 

      Hati nurani anak kecil ni suci sangat. Kita sebagai ibu bapa yang mencorakkan nilai-nilai murni dalam diri anak². Ayuh ibu bapa, kita boleh lakukannya! πŸ’ͺπŸ’ͺ

Saturday, 18 November 2017

November 18, 2017

BEST SELLER SKINCARE SET COSMODERM!

BEST SELLER SKINCARE SET COSMODERM!
Stok FULL SET ANTI JERAWAT COSMODERM HABES!

      Sepanjang ibuElly jual Cosmoderm dalam tempoh 6 bulan ni, ni lah first time set ni habes stok! Bayangkan betapa ramainya manusia menggilai produk berhantu ni! IbuElly sendiri pun guna tau dari hujung Mei aritu. 😬
Memang jimat!

      Dah la jimat, berkesan dan MURAH pulak tu! Zaman Dato Seri Najib ni ase takde ape yang murah. Semua nak main duit belaka. Ada duit semua jalan, takde duit dok termenung di jalanan. Gituu! Macam set anti jerawat ni, full set hanya rm80 BELUM termasuk pos tau! Punyalah murah, dapat 5 barang kot!

Ya, tolonglah caya. Memang rm80 dapat 5 barang ni. Cuba kalau kat Watsons, dapat tak harga meleleh macam ni? 

      Set ni merangkumi PENCUCI MUKA, TONER, PURIFYING MASK, UBAT JERAWAT & PELEMBAP. Wow sangat kan?! Ada setengah brand rm80 baru dapat pencuci je satu. Yang lain kena kua duit lain pulak. IbuElly masih lagi guna pelembap dan mask dari set pertama, dalam tempoh 6 bulan lepas. Pencuci muka pun baru guna 2 kali. Toner dan ubat jerawat memang cepat la abeh sebab kerap guna lagi² ubat jerawat tu! 

      Pencuci muka ni TIADA  buih tau. Jadi sangat sesuai untuk KULIT BERJERAWAT. kalau korang nak tau, individu yang kulit berjerawat memang TAK SESUAI guna pencuci muka yang berbuih. Tu sebab masa nak beli produk, kena tau betul² jenis kulit dan produk yang korang bakal beli. Tak boleh main hentam kromo je tau. 

     Tu sebab kalau korang dapatkan konsultasi daripada ibuElly, memang ibuElly akan tanya habis² tentang jenis kulit dan maklumat lain untuk memudahkan ibuElly cadangkan skincare yang sesuai untuk korang tau. IbuElly nak duit yang korang laburkan tu berbaloi dan korang akan dapat kesan yang sama, macam mana ibuElly dapat jugak! 

      IbuElly bukan setakat nak menjual, tapi nak sebarkan manfaat dan kebaikan produknya sekali tau! Sebab ibuElly tau, betapa sukarnya kita usaha nak cari duit, jadi kita nak sangat duit yang kita belanjakan untuk sesuatu produk tu berbaloi! Taknak duit tu lebur dengan sia² kata orang kan. 

      Ok kalau korang teringin sangat nak cuba tapi tak sabar nak tunggu full set ada stok, nah boleh cuba yang ni. Set asas aje. 


Yang ni set asas. Tapi still mask takde stok! Sebab stok yang habis dan full set skincare tu habes adalah disebabkan oleh kepupusan mask ni lah! 😭

Maka, bertabahlah kejap ye sementara tunggu stok mask ni ada. Cuba cari kat farmasi/Guardian kalau ada. Jangan sedih² ya. Ok tu je ibuElly nak cite dulu. Korang support la page Cosmoderm ibuElly, Cosmoderm IPOH tau. Like dan follow eik. In shaa Allah memang ibuElly sentiasa update page tu. Ig pun ada, search je cosmoderm_personalcare tau. 

      Ok lah, ngantuk sudah! Tatatatata! Ohh ya nak wasap kan? Save siap² no ni, 017-5604426 tau. πŸ€—

November 18, 2017

Bisnes Shaklee? Best ke? πŸ€”

Bisnes Shaklee? Best ke? πŸ€”
3C DALAM SHAKLEE.. APA TU 3C??

➡ Cash
➡ Car
➡ Convention

Ok selama setahun #ibuElly jadi pengguna setia Shaklee dan pada masa yang sama berbiz, CASH adalah salah satu bonus yang #ibuElly yakin memang kita akan dapat, dan #ibuElly memang penah dapat pun! Bulan Mac paling banyak, dalam rm5++ gituu! 😱😱
Siapa nak bagi wei banyak tu kan??

      Yang kedua ni masih belum tercapai dan ia adalah salah satu sebab kenapa #ibuElly nak serius dalam Shaklee.. Bonus kereta daripada Shaklee, macam mana tu? Shaklee akan bayar duit kereta tu seumur hidup! Diorang akan bagi cash sedebuk dan korang boleh pilih nak bayar untuk kereta baru, atau sambung bayar loan kereta yang ada sekarang.. Allah bestnya kalau dapat tu, tapi kenalah dengan usaha keras sama..bukan tau mengeluh dan termenung aje! πŸ˜‰

      Dan yang terakhir, pakej percutian PERCUMA TAJAAN SEPENUHNYA oleh Shaklee sendiri! Ni biasa yang rank dah tinggi², jangan tak tau dalam Shaklee ada ranking atau KENAIKAN PANGKAT.. naik pangkat, bonus pun naik lah!

      Tu yang bestnya Shaklee ni, kau berniaga dapat UNTUNG RUNCIT, BONUS BULANAN, KERETA & juga PERCUTIAN ke dalam dan luar negara.. (nak merasa juga suatu hari nanti in shaa Allah. πŸ™†

     Jadi #ibuElly nak tanya korang balik, untung ke UNTUNG join ahli Shaklee ni?? Ikut korang sebenarnya join ahli untuk biz atau untuk makan sendiri je.. Dua² pun untung.. Nak senang kenalah usaha keras sikit kan, mana la nak ada tunggu bulan jatuh ataih seat kereta macam tu aje kan! πŸ˜†

Jom mulakan kerjaya korang denga #ibuElly bersama Shaklee!

Like page : Pengedar Shaklee Ipoh
No tel : 0175604426

Thursday, 16 November 2017

November 16, 2017

Normal ke rasa lemau ni? πŸ€”

Normal ke rasa lemau ni? πŸ€”
APA NAK BUAT KALAU ASYIK LEMAU??

      Alahai, setiap masa asyik nak lemau je. Mesti ada something tak kena. Ya, memang kita manusia ni tak boleh lari dari emosi malas dan lemau ni. Dalam satu² masa, mesti ada ketika yang kita rasa macam nak berhenti segala benda dan pilih untuk berduka?

Normal ke macam ni??

Ya, sebagai manusia biasa ianya normal. Tapi jangan selalu dan lama² sangat lemau dan malas ni. Kelak akan merana diri. Kita WAJIB sekali sekala lepaskan segala benda, tapi bukan lama tau. Paling lama pun, rasanya cukup separuh hari. Kang kalau berhari-hari takut fokus dan semangat lari! 😜

      Jadi, cara nak hadap lemau ni mudah sangat! Jom ikut tips ni kalau nak tau lebih lanjut. Cekidautt ⤵⤵

  • BEREHAT SEBENTAR - ya, kita berhak. Berhak untuk bagi masa untuk emosi dan fizikal kita rehat kejap. Bawak² berzikir, solat sunat, baca Quran. Lepas semua tu, haa boleh la nak dengar lagu favourite kat youtube ke, layan drama Korea ke kan. 
  • CUBA BUAT SOMETJING YANG KITA SUKA - macam ibuElly, kalau lemau tu datang. IbuElly suka keluar jalan ngan anak-anak. Pegi lah tempat yang kita tak penah pegi. Bagi reward kat anak-anak. Gituu! Takde anak? Bawak aje lah mak ayah atau adik beradik. Kawan pun boleh, tapi better UTAMAKAN ahli keluarga dulu tau. 
  • CUBA BACA KISAH-KISAH INSPIRASI DARIPADA MEREKA YANG TERKENAL - ala, bukan nak kena baca buku pun. Fon kome kan ade internet, GOOGLE aje lah! 
  • TELEFON MAK AYAH DI KAMPUNG - sore mak ayah ni, ibarat ubat penenang tau. Mana yang dah takde mak ayah, sedekahkan al Fatihah. Doa sungguh-sungguh kat Allah. Memang tenang. 
  • KELUAR DARI KEPOMPONG SEKEJAP - amik angin luar, hirup udara segar, tengok yang indah-imdah. Minda pun akan terbuka lebih dari biasa
  • SCROLL APPS SHOPPING PUN BOLEH 😝😝 (cuci mata je eik!) - taktau la orang lain, tapi bagi ibuElly, ia terapi yang sangat berkesan! 
  • LEMAU LAGI? - mohon rendam satu badan dalam air sejuk! Kasi orat² sume menggigil!😝😝
Haa, ok dak tips ni? Ni kalau ibuElly la. Korang boleh je ubah suai ikut citarasa sendiri. Yang penting, bila lemau cepat² cari arah balik eik. Jangan sesat lama sangat!

Wednesday, 15 November 2017

November 15, 2017

Tips Hadap kulit Breakout πŸ˜‡

Tips Hadap kulit Breakout πŸ˜‡
Masya Allah, baru datang ni haa mood nk berblog. Sat² hilang sat² dia datang. Adoii parah mak nak. Kome rindu ibuElly tak ni? IbuElly ade je haa, dok aktif je kat Elifa bt Ismail (pesbuk) ibuElly tu. Ig pun aktif jugak, jemput lah follow @elifaismail dan @cosmodermpersonalcare.

      Kadang ibuElly banyak sangat benda nak cite dalam blog ni, tapi nauzubillah MALAS bebeno kome! Padahal kelas tuisyen takde banyak sangat pun, budak² dah cuti semua. Jadi ibuElly agak renggang la sikit. Taktau la apa yang di busy kn sangat tu πŸ™„

      IbuElly nak cite ni baru² ni kan somi asyik puji je kulit ibuElly dah licin dan cantik daripada dulu πŸ˜‡πŸ˜‡ sampai tersekat sore ibuElly di skala enam bila mengenangkan bait² perkataan yg keluar dari mulut beliau. Sungguh padu sekali sore somi ibuElly dok memuji #ibuElly masa tu! 😜😜

      Yela, ko apa tau. Seksa tak seksa nya ibuElly menanggung derita dan malu dulu². Sampai ibu dan kak ipar pun tegur awat kulit lagu tu. Awat keluar lagu Sudirman bukan keluar lagu Mas Idayu. 😒 tapi berkat kesabaran dan kekonsistenan ibuElly ni, alhamduliah dapat balik kulit sihat secara perlahan-lahan. (ko nak cantik cepat, haa sila pakai balik produk penuh merkuri tu, aii tak larang 😏)

      Dengan Shaklee dan jugak Cosmoderm, masya Allah bergetar la pankreas ibuElly ni hari² sebab seronok sangat dengan keadaan kulit skang tau! Meh sini nak kongsi TIPS HADAP KULIT BREAKOUT.
  1. Tak usah didihkan nafsu sangat nak cuba itu ini, fokus rehatkan kulit dulu. Biar je jerawat, nanah bagai nak keluar berjemaah.
  2. Guna tuala yang berbeza untuk badan dan muka
  3. Seelok-eloknya, cuci muka hanya dengan air suam sahaja
  4. Keluar rumah, guna pelembap dan SUNBLOCK BEBAS MINYAK (halang jeragat) 
  5. Minum air masak secukupnya
  6. Boleh juga sapukan ALOE VERA setiap malam ke muka
  7. Boleh cari ubat jerawat di farmasi untuk kurangkan radang, ibuElly guna Dalacin-T dulu. 
  8. Lepas sebulan atau 2 bulan, haa boleh dah survey skincare lain yang sesuai. CARI KAT DRUGSTORE JE TAU! 
haa, tu yg ibuElly amalkan sebelum tukar ke skincare baru. Tobat lahum la takmo guna skincare merapu dah! Biarlah lambat pun, asalkan selamat ye dakk. IbuElly pun amalkan vita C & vita E Shaklee  sebelum beralih balik ke Cosmoderm ni. Rawat dalaman dulu, lepas tu baru intai balik skincare sesuai.

      So far alhamdulillah, kulit dah ok sgt brbanding dulu. Dah boleh tarik nafas lega dah bila anak² pn asyik nk kiss dan main cubit² pipi je. Dulu deme tak berani, sbb muka ibuElly banyak merah² & darah² 😭😭 kena sabar je tau.

Supplemen Vita E, tahan 4 bulan. Sangat bagus untuk pudarkan parut

Ni lagi tak ngagak, 6 bulan kot tahan

Ni utk sapuan luaran, gabung dua² produk ni mmg torbaikk! 

      Korang jangan xtau, ibuElly jual produk Shaklee dan Cosmoderm ni. Takde buat ape jemputlah like page Pengedar Shaklee Ipoh dan juga Cosmoderm IPOH tau. Jangan malu²!

Thursday, 2 November 2017

November 02, 2017

dalam pantang, tapi nak kekal cantik dan cergass? 😎

dalam pantang, tapi nak kekal cantik dan cergass? 😎
      Assalamualaikum korangg.. Alhamdulillah ada lagi yang sudi baca perkongsian ibuElly kat blog ni haa.. Harini fefeling macam dalam pantang, sebab konon November ni nak mula lah program KURUS & SIHAT  kononnya, tapi emmm taktau lah! Hobi makan, tapi ada hati nak kurus!

      Sebab ibuElly rasa dalam pantang je badan slim sikit, lepaihhh tu ke lautan Hindi peginya! Takpe lah nak, kita buat pelan² ye, biarlah sikit janji konsisten gituuu!

      IbuElly nak cite pasal vitamin yang bagus diambil masa dalam pantang. Ikut korang sebenarnya nak amek FULL SET atau SET ASAS je.. Dua² pun bagi manfaat terbaikk pada ibu², usah khuatir!

Antara Vitamin Shakler yang ibu² boleh amek adalah : 

1) SUSTAIN RELEASE VITAMIN C
- yang ni memang ibuElly sarankan tak kisahlah ibu hamil ke, berpantang ke, anak dara ke, untuk cuba vita C ni! Vita C ni kalau korang nak tau, banyak manfaat dan khasiat tersembunyi yang kita tak tau! IbuElly sendiri pengamal tegar vita C ni sejak setahun lepas! Apa manfaat lain vitamin C ni lagi eikk?

🌹 merangsang pembentukan kolagen yang merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan
🌹 menghalang otot menjadi lembik akibat proses bersalin
🌹 mempercepatkan penyembuhan luka, kulit kering, ruam dan kulit kasar
🌹 meningkatkan SISTEM IMUN, elak demam dan seram sejuk ketika dalam pantang
🌹 mengandungi ANTI OKSIDA yang merangsang pengeluaran T cells untuk melawan sel² kanser
🌹 mencantikkan kulit
🌹 melambatkan penuaan
🌹 menyekat PEMBETUKAN JERAGAT
🌹 memperbaiki imsomnia, stress dan elak MEROYAN
🌹 mengekalkan kolestrol sihat

Ni pun ibuElly rasa sikit je ni. Ada banyakkkk lagi yang kita tak tau sebenarnya.. Ni apa yang tercatat dalam buku jela yang ibuElly boleh satukan di sini.. Kome jugak boleh google sendiri ehh nanti.. πŸ€—

2) OSTEMATRIX  
- kedua yang bertakhta di paru-paru ibuElly ni haa.. Best sangat Oste ni (nama manja) sebab selain untuk atasi lenguh-lenguh dan sakit² badan, ia juga mampu melawaskan!  Ramai customer ibuElly TAK PERNAH lagi kecewa dengan Oste ni tau.. Setiap kali repeat order, mesti nak 2! Manfaat lain Oste ⤵⤵

πŸ’ͺ menguatkan tulang
πŸ’ͺ memperbaiki kekejangan dan kebas²
πŸ’ͺ meringankan stress
πŸ’ͺ memperbaiki masalah haid
πŸ’ͺ pengalkalian tubuh
πŸ’ͺ memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
πŸ’ͺ mengandungi bukan hanya kalsium tetapi VITAMIN D, MAGNESIUM, ZINC, BORON, MANGANES dan KUPRUM

Tengok, bukan setakat ada kalsium aje tau! Ada sekali Vitamin D yang MEMBOLEHKAN KALSIUM DISERAP DENGAN EFEKTIF OLEH TULANG KITA!  Sebab menurut pembacaan ibuElly sebelum ni, KALSIUM semata-mata tak bagus juga untuk tulang dan badan kita.. Alahhh, tak hengat apa kesan dia! Jadi korang takyah ragu² lagi dengan kandungan lain Ostematrix ni, bukan sekadar Calci-yum! 

Best sangat sebab sebotol boleh tahan 6 bulan! 

Kecil² cili padi Oste ni.. Macam² kebaikan boleh kaut! 

      Namun, yang ibuElly cite ni hanyalah SET ASAS  je tau.. Ada je yang full set, nanti ibuElly cite yang tu.. Set asas ni sesuai bagi ibu² yang ada bujet sederhana tapi nak kualiti premium! Aet asas ni untuk sejenis makhluk yang tak suka telan banyak² pil pun ye jugak.. Hahahahahaha.. 

      Jangan marah ahh Cik Salmah, kalau marah nanti kena jual! 😝😝 ok rasa clear tak dengan penjelasan ibuElly ni? Kalau ada banyak lagi nak tanya, boleh ramas² keypad henfon tu untuk dail no ni 017-5604426 tau,.. For sure ibuElly akan layan korang sebaiknya! 

      Korang pun boleh scroll page Shaklee ibuElly di Pengedar Shaklee Ipoh atau scroll ig Shaklee, @elifaismail. Feel free la to follow semua tu ye.. Tak luak pun masa ketik like/follow kan.. πŸ€—πŸ€—

Babaiiiii!!!!

Wednesday, 1 November 2017

November 01, 2017

Rahsia kulit BEBAS PARUT! 😱😱😱

Rahsia kulit BEBAS PARUT! 😱😱😱
' Aku tengok kulit ko dah makin ok la skang '

kata orng2 yang dok jumpa ibuElly depan2 skang ni termasuk ahli keluarga ibuElly sendiri.. 😎😎

       Maunya tak, kalau tak konsisten SERUM & KRIM VITAMIN E Cosmoderm IPOH tiap² hari, kalau tak konsisten VITAMIN C & ESP Pengedar Shaklee Ipoh tiap² hari, kalau tak konsisten jaga persekitaran tiap² hari, ko ingat boleh baik sendiri?

       Nak cantik nak kulit sihat nak level konfiden tinggi WAJIB usaha segala yang termampu. .bukan tunggu je kulit tu baik sendiri, alhamdulillah tak jadi ke klinik pakar kulit, hanya ikhtiar sendiri dengan Cosmoderm & Shaklee.. 

Alhamdulillah, jauh lebih baik dari setahun lepas.. Ni gambar minggu lepas, saja selfie nak anta kat somi.. Hahah,, tapi bila belek balik ehh jauhnya beza daripada dulu 😍

       Kita guna, kita makan & kita jual.. that's why kome boleh sangat² pecayakan #ibuElly.. #ibuElly ialah DUTA kepada barang jualan #ibuElly.. haa gituuuuuuu!

Comey dak ibuElly tahun lepas? Padahal time ni pun pakai pelembap jugak.. 😒

Masa ni rasa muka berminyak sangat! Adoiii tobat takmo pakai skincare merapu dah!

* gambar selepas tu hanya ber pelembap + bb cream + lip matte Fame Cosmetic, kata mak mentua pakai lipstick baru berseri.. #ibuElly pun rasa dulu dah abeh cantik dah! Kahkah! Mak mentua lagi berpengalaman kot, tu yang dengar juga cakap mak.. Bukan untuk orang lain, untuk anak dia jugak kan.. Hahahah

      Alhamdulillah, konsisten Cosmoderm (baru 5 bulan)  dan Shaklee (setahun dah) surut juga parut² dan jerawat.. Bukan nak kata takde langsung jerawat, ada tapi tak banyak macam dulu.. JERAWAT SEKALJ SEKALA TU NORMAL TAU, TANDA KULIT KITA SIHAT!  gitu lahh kata pakar kecantikan dan tokey spa.. Kalau takde jerawat langsung tu, means hormon kome la ting tong.. Haahahaha! 😝😝

      Ni antara yang ibuElly makan dan guna ⤵⤵⤵

Ni produk Cosmoderm untuk PUDARKAN PARUT jerawat

Supplemen topup dari dalam

Makan ESP sekali, dah la kenyang lama, parut pun cepat pudar! 

      Amacam? Best tak semua feedback thorbaikk daripada ibuElly ni? Laa, tak caya ni ibuElly? Betoi la wehh, takkan nak kena snap ic baru nak caya kot?? 😜

Meh scroll lagi kat sini :


Atau hubungi :









November 01, 2017

Nasi Goreng Udang thorbaikk di Ipoh!

Nasi Goreng Udang thorbaikk di Ipoh!
      assalamualaikum sahabat2 blogger ibuElly.. alahai lamanya tak menulis, kejung dah jari jemari ni, hehehe.. ibuElly busy la sikit uruskan urusan harian.. kat fb dan ig rajin juga update, so pape korang boleh juga terjah fb ibuElly tu tau..

      tengok tajuk terliur tak?? ni bagi korang yg sangat2 menggemari udang la.. mana yg TAK BOLEH makan seafood tu, haa siap2 Alfalfa dan Omega Guard Shaklee sebagai pendinding.. in shaa Allah, takde ape yang teruk sangat kalau dah bersiap siaga dengan 2 perisai ni.. hehehe..

       ni lahh dia NASI GORENG UDANG power dulu, kini dan selamanya in shaa Allah.. kedai ni ibuElly ngan somi pegi sejak zaman kami boypren gepren lagi tau! dah 5 tahun, rasa dan warna MASIH SAMA! baru2 ni kami pegi makan sana, sikit pun tak berubah rasa dia.. udang pun gebu gebas macam udang ni dok telan ESP Shaklee hari2.. kahkah!

Rasanya dah jadi rm17.50/pinggan kot skang

      cuma harga lah dah naik gila2.. ingat lagi dulu masa 5 tahun lepas kalau tak silap harganya dalam rm7.XX something la sepinggan.. ni kelmrin somi kata dah nk dekat rm20 sepinggan! omg! tengok, nasi goreng udang legen ni pun dah naik harga.. apatah lagi kos sara hidup kita skang  ni kan,,

      mana ada yang murah lagi skang  ni.. melainkan BARANGAN COSMODERM je.. kahkah! so korang kena cuba tau nasi goreng udang ni kalau mai Ipoh.. landmarknya kedai ni BERHADAPAN DENGAN BANK ISLAM AREA PANGLIMA BUKIT GANTANG tu.. kedai dia memang tepi jalan je.. ada banyak deretan kedai kat situ, tapi kedai ni yang paling hujung, sebelah jalan raya tau..

      rugi tak try tau.. kawan2 ibuElly kalau ade yang datang dari jauh memang ibuElly akan bawak diorang datang makan kat sini.. hehe..cubalah nanti!

page Shaklee : Pengedar Shaklee Ipoh
page Cosmoderm : Cosmoderm IPOH
fb personal :  Elifa bt Ismail