Jerawat ni boleh dicegah ke?? - IBU ELLY SHAKLEE

Tuesday, 21 November 2017

Jerawat ni boleh dicegah ke??

Korang suka usik² muka tak? Sat² tengok cermin, jari jemari tu mulalah gatal je kan nak usik² jerawat, nak pegang² jerawat. Pastu sampai picit² pulak! Bila dah picit, tinggal parut pulak. Parut pun bukan senang nak hilang tau! Makan masa nak hilang.

      Jerawat dan parut memang berpisah tiada. Kadang kalau kita tak picit pun, ia tetap tinggal parut. Nak buat macam mana kan, lumrah. Hahah! Kita ni je kena sabo, jangan nak usik² sangat muka tu.

      Ni ada tips nak elakkan pembentukan jerawat & cegah pembentukan jerawat  daripada awal. Jerawat boleh dielak. Kalau kita jaga persekitaran kita dengan baik. Nak buat macam mana tu? Jom cekidaut!

Cara elak pembentukan jerawat :

  • Cuci muka guna PEMBERSIH MEKAP sebelum cuci muka guna pembersih muka.
  • Guna hanya pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit
  • Guna TUALA yang berasingan untuk lap badan dan muka
  • Elakkan selalu menyentuh muka guna jari
  • Minum air masak secukupnya, 2-3 liter sehari
  • Boleh gunakan skincare yang bersesuaian, yang ada toner, pelembap dan serum (lebih bagus) 
  • Tukar sarung bantal dengan kerap
  • Elakkan menekap telefon bimbit di pipi ketika bercakap dengan pemanggil
  • Gunakan mask istimewa untuk mengurangkan minyak di kulit wajah
  • Jangan tidur SEBELUM menanggalkan mekap anda! 
  • Amalkan supplemen yang sesuai dan berkualiti
Ini amtara apa yang ibuElly amalkan sepanjang setahun lepas. Kalau korang dah tengok dan baca previous entry, kulit ibuElly dulu memang sangat teruk! IbuElly klinik je tak pegi lagi, sebab apa pun tah la 😄😄

      Taktau macam mana ibuElly amek keputusan untuk ikhtiar dengan Shaklee dulu masa tu. Sebab sebelum kulit teruk, memang dah penah makan Shaklee. Beli kat kawan belajar masa di Matrikulasi dulu. Lepas tu cari distributor Shaklee area Ipoh ni je. Senang nak COD kononnya. Haha

      Alhamdulillah, dalam masa kurang 2 bulan, jerawat semua kecut dan perlahan-lahan kulit makin baik. Lepas 2 bulan #ibuElly topup dengan Vitamin E pulak untuk PUDARKAN PARUT JERAWAT.  Masya Allah, memang best sangat feeling dia! Dan sekarang genap lah 1 tahun 2 bulan dengan Shaklee. Ni kulit ibuElly skang.

Sekarang dah nampak kulit ok sangat. Somi pun tegur tau

Parut² masih ada, tapi tak sebanyak dulu 😍

Korang tengok ajelah muka ibuElly setahun lebih yang lepas

      Semua ni ada cara makan dia la wei. Bukan gogop semua dalam satu² masa. And yes, tak bermakna ibuElly tak makan sayur buah bagai. Masih makan je macam biasa. Cuma supplemen ni untuk topup mana yang tak cukup dalam diet harian. Bukan bermaksud dah makan supplemen, sayur dan buah tolak tepi. No! There are no such rules like that! 

      Buah dan sayur WAJIB kena makan. Tapi supplemen dan vitamin, tolong topup lobang² dan lopong² yang tak cukup dalam badan tu. Dan lagi satu vitamin Shaklee ni TIADA steroid eik, jadi in shaa Allah takkan ada kesan jangka masa panjang.

      Sama jugak mana ada makan vitamin boleh kurus dalam tempoh sekian² masa TANPA DIET, TANPA SENAMAN! Masya Allah, berat dan kerak yang dah bertahun-tahun dalam badan, takkan la boleh buang dalam sekelip mata kan. Kadang di media sosial memang ramai sangat penjual yang overclaim macam ni. 

      Kita sebagai pembaca je kena bijak buat keputusan. IbuElly memang takkan ganggu pesakit kronik. Even diorang tanya, ibuElly akan minta mereka terus ke hospital jumpa pakar. IbuElly bukan doktor atau pakar untuk suka² hati nak bagi vitamin kepada pesakit kronik. Kang jadi benda lain, macam mana nak jawab? 

      Jadi berbalik kepada masalah jerawat ni tadi, pastikan korang jaga oersekitaran dengan baik. Jari tu jangan asyik nak sentuh muka sangat. Kuku tu KOTOQ tau tak! Kuman dan virus melambak-lambak! Tu yang muka senang sangat naik jerawat, kuman yang dok kat jari tadi abeh sume pindah kat muka tau! 

      Skincare pun ibuElly guna skincare yang hanya jual kat drugstore je. IbuElly skang agen produk Cosmoderm. Jangan risau eikk ia bukan FAKE! ibuElly jual guna harga hq tau. Tambah² kalau beli set, berganda lagi murah! Wasap je ibuElly kat 017-5604426



No comments:

Post a Comment