Normal ke rasa lemau ni? 🤔 - IBU ELLY SHAKLEE

Thursday, 16 November 2017

Normal ke rasa lemau ni? 🤔

APA NAK BUAT KALAU ASYIK LEMAU??

      Alahai, setiap masa asyik nak lemau je. Mesti ada something tak kena. Ya, memang kita manusia ni tak boleh lari dari emosi malas dan lemau ni. Dalam satu² masa, mesti ada ketika yang kita rasa macam nak berhenti segala benda dan pilih untuk berduka?

Normal ke macam ni??

Ya, sebagai manusia biasa ianya normal. Tapi jangan selalu dan lama² sangat lemau dan malas ni. Kelak akan merana diri. Kita WAJIB sekali sekala lepaskan segala benda, tapi bukan lama tau. Paling lama pun, rasanya cukup separuh hari. Kang kalau berhari-hari takut fokus dan semangat lari! 😜

      Jadi, cara nak hadap lemau ni mudah sangat! Jom ikut tips ni kalau nak tau lebih lanjut. Cekidautt ⤵⤵

  • BEREHAT SEBENTAR - ya, kita berhak. Berhak untuk bagi masa untuk emosi dan fizikal kita rehat kejap. Bawak² berzikir, solat sunat, baca Quran. Lepas semua tu, haa boleh la nak dengar lagu favourite kat youtube ke, layan drama Korea ke kan. 
  • CUBA BUAT SOMETJING YANG KITA SUKA - macam ibuElly, kalau lemau tu datang. IbuElly suka keluar jalan ngan anak-anak. Pegi lah tempat yang kita tak penah pegi. Bagi reward kat anak-anak. Gituu! Takde anak? Bawak aje lah mak ayah atau adik beradik. Kawan pun boleh, tapi better UTAMAKAN ahli keluarga dulu tau. 
  • CUBA BACA KISAH-KISAH INSPIRASI DARIPADA MEREKA YANG TERKENAL - ala, bukan nak kena baca buku pun. Fon kome kan ade internet, GOOGLE aje lah! 
  • TELEFON MAK AYAH DI KAMPUNG - sore mak ayah ni, ibarat ubat penenang tau. Mana yang dah takde mak ayah, sedekahkan al Fatihah. Doa sungguh-sungguh kat Allah. Memang tenang. 
  • KELUAR DARI KEPOMPONG SEKEJAP - amik angin luar, hirup udara segar, tengok yang indah-imdah. Minda pun akan terbuka lebih dari biasa
  • SCROLL APPS SHOPPING PUN BOLEH 😝😝 (cuci mata je eik!) - taktau la orang lain, tapi bagi ibuElly, ia terapi yang sangat berkesan! 
  • LEMAU LAGI? - mohon rendam satu badan dalam air sejuk! Kasi orat² sume menggigil!😝😝
Haa, ok dak tips ni? Ni kalau ibuElly la. Korang boleh je ubah suai ikut citarasa sendiri. Yang penting, bila lemau cepat² cari arah balik eik. Jangan sesat lama sangat!

No comments:

Post a Comment