ABC dan CENDOL DURIAN marvellous? - IBU ELLY SHAKLEE

Monday, 4 December 2017

ABC dan CENDOL DURIAN marvellous?

Somi bawak makan ABC bulan lepas. Tapi baru skang teringat nak share. Hahaha. Adoi la ibuElly ni tak teringat langsung ehh pasal ABC superbb ni tau! Dekat sangat ngan rumah ibuElly ni. Dalam 5-10 minit je perjalanan.

ABC buah. Memang thorbaikk bak ang! Ada buah kiwi, naga, tembikai, anggur, betik, pelam. Memang tak nyesal lah hirup ABC ni 😋😋

      Masa ni terkejut jugak la somi kata, ' tak payah masak la mama, jom papa bawak pegi satu tempat, takyah pakai beria sangat ' gituu haa dia cakap. IbuElly pun serabai jelah. 😝 pakai tudung sarung rm15 je. Rupanya memang dekat bebeno. Nasib tak poyo berlilit shawl bagai. Hahahaha! Ni ibuElly yang order. Sebab ibuElly memang gemor buah² ni. 😆

      Kiranya kalau bermalas-malasan memang elok beno ke sini. Tak nyesal beb! Masa kami sampai pun punya ramai manusia. Kena tunggu pulak kejap untuk dapat meja. 

Cendol durian

      Yang ni somi ibuElly order. Beliau memang gemo benda² yang ada doyan ni. Peberet beliau tu! Doyannye pun beso gedabak seulas tu. Ada la dalam 2 3 ulas dalam cendol ni haa. Nasib la rezeki masing² dapat bapa banyak. 

Laksa sarang

      Ni ibuElly order. Teringin bebeno nak makan laksa time tu. Ingatkan laksa bese je. Ropenye ada sarang skali. 😀 sedap! IbuElly puas hati! Somi masa tu order mee kari. Bagi ibuElly so-so la mee kari dia. 😅 taktau la pulak lain tekak lain rasa kan. Kihkih. Anak² pulak makan nasi goreng ayam. Macam² jenis makanan ada juga kat situ. Makanan goreng², sup², berkuah pun ada. 

      Tempat yang ibuElly dok canang ni kat Ipoh tau. Kalau korang pegi area Ampang, korang singgah kat stesen minyak Petron. Memang dia sebaris Petron tu je. Dia bukanlah kedai besar sangat pun. Macam gerai kecik je. Gerai dia yang mengadap padang. Lupa pulak la nak snap banner gerai. 

      Orang² Ampang, Ipoh. Jangan tak singgah sini tau. Tak menyesal punya! 😍



No comments:

Post a Comment