Bagus sangat ke Shaklee? - IBU ELLY DI SINI

Saturday, 23 December 2017

Bagus sangat ke Shaklee?

Assalamualaikum.

      Alhamdulillah, setahun lebih rupanya dengan Shaklee. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Daripada muka ibuElly breakout teruk, sampai lah alhamdulillah baik dah kulit. 🤗

      Banyak sangat pengalaman dan benda yang ibuElly dah dapat dengan shaklee. Benda yang ibuElly rasa mungkin susah nak dapat dengan biz lain. Kenapa Shaklee masih kekal utuh dalam hati ibuElly hingga kini?

      Pertama skali, of course sebab Shaklee dah tolong pulihkan kulit wajah ibuElly. Daripada takde keyakinan diri, sampai lah sayangkan kulit sangat skang ni. Korang takkan tau kalau korang tak alaminya sendiri. Perit menanggung bila kulit muka jadi macam tu.

Dalam gambar macam ok skit, kalau tengok depan² dulu ase teruk sangat muka! Dengan berminyaknye! 

      
      Mana lah tak sayang dengan Shaklee, tengok apa yang Shaklee dah buat kat ibuElly! Alhamdulillah, disebabkan tu ibuElly tak jadi ke klinik kulit yang agak mahal tu. Pernah terfikir tau nak g Klinik Doktor Ko kot. Ala, yang femes dengan masalah kulit tu lah.

      Dok nampak signboard dia merata. Tu yang macam nak try. Tapi bila pikir balik, mestilah harganya mencekik darah. Tu yang ibuElly try alternatif lain dulu.

      Selain tu, Shaklee ni dah tolong ibuElly dari segi masalah kewangan. Bonus Shaklee saja ibuElly pernah dapat rm1000+ tau. Ni serius talk! Masa tu bulan April, time ibuElly naik rank as SUPERVISOR Shaklee.

      Alhamdulillah, memang masa tu rasa macam mimpi je. Tak sangka Shaklee boleh bagi bonus sebanyak tu kat ibuElly. Tak bukak kedai, tak bukak booth. Based online saja tau! Tu yang buatkan ibuElly lagi semangat nak sebarkan kebaikan Shaklee kat orang ramai!

      Apa lagi eik? Emm, Shaklee juga bantu customer² ibuElly yang ada masalah kesihatan jugak. Alhamdulillah dengan izin Allah. Rasanya kalau Allah tak izin, memang takkan jadi pun kan.

      Ni juga salah satu sebab, KENAPA SHAKLEE. Bukan vitamin lain. Kerana Shaklee jugak lah, ibuElly banyak buka mata pasal masalah kesihatan. Baca buku² kesihatan, pemakanan seimbang dan bagus untuk badan, banyak sangat rupanya yang ibuElly tak tau.

      IbuElly juga lebih berhati-hati untuk suapkan anak dengan makanan. Lepas baca buku² tu semua. Yela, dari kecik nak kena jaga. Penyakit kronik ni semua berpunca daripada apa yang kita makan dari muda tau.

      Apa yang bezakan Shaklee dengan yang lain jugak adalah disebabkan jangka hayat untuk aebotol vitamin tu TAHAN LAMA! Paling lama VITAMIN C dialah ibuElly rasa. 6 bulan kot paling lama tahan!

      Mana ada vitamin lain kat pasaran yang tahan lama macam tu kan? Berbaloi gila, bukan kena topup tiap² bulan pun. Jimat pun jimat kan. VITAMIN E dia pun sama. Tahan sampai 4 bulan kot!

Set kecantikan kulit paling laris! Untuk hilangkan jerawat dan pudarkan parut! 

      IbuElly makan vitamin E lepas beberapa bulan makan vitamin C. Sebab bujet tak berapa nak ada ambik dua² skaligus masa tu. Hahaha. Tapi at least ade jugak effort kan. Nak cantik untuk somi dan anak² jugak. Dan nak build up balik self-confidence. Bukan senang tau. 

      Korang yang kulit memang halus mulus dari baby, tahniah la ye. Jaga kulit bagi lagi elok dan jangan guna benda² merapu. Sian kulit tau. 

      Dan paling last, Shaklee ni terbaik sebab Shaklee dah banyak ubah hidup ibuElly. Upline dan super upline (Master Lyna & kak Rose) selalu sangat bagi kata² semangat dan share info bermanfaat. 

      Bukan calang² tau Master Lyna tu. Bekas engineer kot! Ilmu yang dia share kat fb terasa macam, ' eh, aku pun baru tau benda ni wujud ' . Gituu! Tengoklah betapa luasnya ilmu orang bijak pandai ni kan. Sentiasa ada je yang nak dikongsi dalam penulisan dia. 

      Terima kasihlah korang yang sudi baca cekoteh ibuElly ni. Rugi rasanya kalau tak share tentang Shaklee yang awesome ni dengan korang! Sebab ibuElly dah rasa sendiri tau betapa berkesannya Shaklee ni. Ternyata ia bukan hanya fantasi! 

      Sebenarnya Shaklee ni ada banyak je vitamin lain. Bukan untuk kulit je. Untuk IBU HAMIL, IBU NERPANTANG, KANAK-KANAK, MASALAH PENYAKIT BERANGKAI pun ada tau. SUSAH BERAK, SUSAH MAKAN, SUSAH TIDO, SUSAH CANTIK pun ado! 

      Pilih aje ikut bujet korang. Ada yang murah dan tahan lama, ada juga yang mahal tapi tahan kurang 2 bulan. Nak tau semua kena lah bisik² ngan ibuElly kat no ni, 017.560.4426 tau. Korang pun boleh juga jenguk² kat fb ibuElly, Elifa bt Ismail dan juga instagram, elifaismail. 

      Jangan jemu eik baca kisah² ibuElly kat sini. Sayang korang. 💖


     

2 comments:

  1. Cantiiiknye kulit lepas amal Shaklee..tahniah ibuelly. Moga sukses dgn bisnes Shaklee.😍

    ReplyDelete
  2. Aamin. Memang nak terus amalkan. 💖

    ReplyDelete