Macam mana nak bagi cukup susu badan sampai anak 2 tahun? - IBU ELLY DI SINI

Tuesday, 26 December 2017

Macam mana nak bagi cukup susu badan sampai anak 2 tahun?

Assalamualaikum.

      Alhamdulillah, ibuElly dah capai tahap phD dah dalam penyusuan ni. Kihkih. Alhamdullah, dikLia full menyusu badan sampai umo 2 tahun. Time Is je tak dan sebab masa Is setahun lebih, Dahlia dah ade dalam perut. So otomatik susu tak keluar dah. 😣

      Mommies yang baru bersalin, cuba sedaya susukan baby tau. Banyak sangat kebaikan yang babies bakal dapat kalau menyusu full selama 2 tahun ni. Anak² pun jadi lebih bijak in shaa Allah.

      Ni ibuElly nak share tips untuk BANYAKKAN SUSU BADAN  bagi mommies baru atau mommies lama. Tips ni universal tau, semua golongan mommies boleh pakai no worries.

1) TERUS MENYUSUKAN BABY SEJURUS SELEPAS MELAHIRKAN.

IbuElly dulu masa sampai je kad wad, terus bagi susu kat baby. Takde tunggu-tunggu dah. Haha. Sebenarnya ni petua ibu kepada ibuElly jugak ni. Kata beliau, ' kalau baby tu hisap je, in shaa Allah susu memang keluar '

      Memang betul pun! Kan kadang bila awal² menyusu dia keluar macam kuning² tu kan. Bukan warna putih? Haa yang tu dipanggil KOLESTRUM. Kolestrum tu bagus tau untuk kuatkan imun baby.

      Jangan rasa macam, ' eh keluar kuning² ni boleh bagi ke baby menyusu ni ' jangan! Just bagi je baby hisap. Mommies pun takde kena bengkak susu nanti tau.

2) RAJIN PAM DAN SUSUKAN BABY

Macam yang ibuElly bagitau tadi lah, bila rajin susukan baby, in shaa Allah susu tu akan sentiasa ada je tau. Sama jugak macam kita pam. Penuh je pam, pam je penuh. In shaa Allah susu akan sentiasa mengalir.

      Ni daripada pengalaman ibuElly sendiri eik. Kena ada konsep SUPPLY & DEMAND. Baby menangis je, terus sumbat bagi susu. Jangan dok bertangguh, dok nanti. Tu yang susu pun segan² je nak keluar.

3) BANYAKKAN MINUM AIR DAN MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

Kalau ibuElly, air masak jela. Memang tak suka pun minum manis². Banyak buruk je dari elok tau. Alhamdulillah, minum air masak cukup, susu pun memang akan banyak.

      Makan makanan berkhasiat sikit eik mommies. Jangan makan benda bukan², takut anak tu tak tahan. Contoh makanan yang boleh banyakkan susu badan ni nasi, badam, bayam, susu ehhh macam² lagi lah!

      Lagi bagus kalau mommies dapat kenal pasti apa makanan yang menjadi MILK BOOSTER mommies. Macam ibuElly dulu, asal dapat makan nasi, memang susu akan mengalir dengan meriahnya!

      Ada yang makan lobak putih, susu dia banyak. Terpulang. Once dapat kenal pasti, amalkan terus sampai anak tu 2 tahun. In shaa Allah mommies akan dapat phD dalam penyusuan susu badan secara eksklusif ni!

4) KAWAL MINDSET

ehh, penting ke?! Haa jangan ingat menyusu baby ni senang ye. Penyusuan ni sebenarnya adalah permainan emosi antara ibu dan anak tau. Semua bergantung kepada emosi si ibu.

      Tu sebab, mommies kena enjoy dalam perjalanan hidup sebagai BF (Breast Freeding) ni. Memang bukan senang, tapi tak mustahil!

      Ubah mindset. Selalu cakap pada diri sendiri yang mommies boleh buat, yang mommies boleh susukan baby sampai lah cukup 2 tahun. Semuanya boleh jadi kalau kita serius fokus pada MINDSET kita tau.

      Mommies jugak takleh stress setiap kali nak menyusu baby. Benda² negatif yang mommies pikir masa susukan baby akan menyekat pengeluaran susu nanti. Pandang dan tatap babies korang dengan penuh kasih sayang.

      Bina pandangan dari hati ke hati dengan babies masa menyusu. In shaa Allah, susu akan otomatik jadi banyak bila mommies sendiri enjoy journey itu sendiri. 🤗

5) AMALKAN SUPPLEMEN YANG BETUL DAN BERKUALITI

Macam ibuElly sendiri masa aktif menyusukan Dahlia, ibuElly amalkan ESP & ALFALFA. Dua beradik ni sebenarnya juga merupakan SET ASAS PENYUSUAN tau. Ada yang amalkan Alfalfa je, ade jugak yang hanya amalkan Esp.

      Mana² pun takpe. Janji kena ada konsep SUPPLY & DEMAND tu. Kalau takde yang tu makanlah supplemen mahal macam mana pun memang takkan nampak hasil.

ESP ni sedap sebab boleh campur dalam minuman kegemaran mommies. 


Selain untuk merangsang pengeluaran susu, Alfalfa juga ada banyak khasiat lain tau. 

      Haa, tu antara tips yang ibuElly share kat korang. Benda² ni semua memang ibuElly amalkan masa dalam tempoh penyusuan badan secara eksklusif. Skang Dahlia pun dah 2 tahun 6 bulan dah. Dah capai phD! 

      Tips² ni hanya sebagai salah satu ikhtiar je tau. Semua result tak sama untuk setiap individu. Lain usaha lain resultnya. 

      Jadi mommies jangan putus asa eik. Teruskan perjuangan hingga anak capai 2 tahun! Bayangkan pahala yang bakal mommies dapat nanti! Good luck!

Kalau taktau nak cari Shaklee, pesan di SINI
Korang boleh juga terjah page fb ibuElly, Pengedar Shaklee Ipoh




   

4 comments:

  1. Suke makan alfafa shaklee..sambil bantu produce susu badan berkualiti badan pun rase ringan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Keputihan pun berkurang. Dapat macam², asalnya nak satu je. Hihi

      Delete
  2. Saya pun amalkan Alfalfa dan esp untuk milk booster. Tapi, bukan milk booster je dapat. Bekas jerawat dan jerawat pasir di pipi pun hilang. Alhamdulillah syukur di temukan dengan Set Menyusu best ni. Sekarang baby dah 8bulan. Lagi 1y 2m to go. Chaiyo 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh best tu! Macam² dapat. Kita dah capai phD. Hihi. Semoga terus semangat!

      Delete