Badan asyik lesu je? Nak buat macam mana? - IBU ELLY DI SINI

Thursday, 18 January 2018

Badan asyik lesu je? Nak buat macam mana?

Assalamualaikum.

      Siapa yang ada masalah macam ni selalu angkat kaki? masalah badan lesu dan tak bermaya ni rasanya semua orang akan rasa kan. ada yang tahap bese-bese je lesunya. Ada yang sampai tak boleh buat apa pun.

      Ingat best ke lesu-lesu je sentiasa? Dah la banyak lagi keje nak buat. Dah tu badan asyik lemau je. Acane kan? Jadinya korang boleh je follow simple tips daripada ibuElly yang tak seberapa ni haa.

      Benda ni kadang-kadang ibuElly skip kan. tapi most of the time memang akan buat. Hehe.



1) TIDUR AWAL 
 
 Benda ni selalu orang amek ringan je. Yela, banyak kerja nak kena setel, kalau tak siap rasa tak lengkap jiwa raga. Jangan macam tu!!

      Kalau nak rehat yang berkualiti, korang WAJIB tido awal tau. Maksudnya, tidur awal sekarang, lepas tu nanti boleh bangun awal sikit dan siapkan kerja.

      IbuElly memang sejenis makhluk yang tak boleh tido lambat. kalo lambat tido, bersiap sedia lah pening-pening kepala sepanjang hari. Ye, pening macam nak demam tu. Padahal, kisahnya tak cukup tido je pun. Haishh!

      Jadi, sekarang ni ubah habit korang. Lepas Isyak ke gitu atau dalam pukul 9.30 ke dah boleh tidur. Ajak anak kecik tido skali. Nanti lama-lama diorang biasa lah.

2) RAJIN BERSENAM

Ya, nampak remeh.tapi ni lah yang paling ramai tak suka buat. Laa, tak semestinya korang kena hiking (kalau minat tu lain lah) ke, keluar rumah ke. Dalam rumah je pun boleh la!

      IbuElly slalu bukak je youtube, taiplah yoga ke zumba ke dance ke yang boleh bagi keluarkan peluh. Dok umah sambil tengok anak-anak pun boleh bersenam. Apa yang susahnya?

      Badan kita ni kalau nak sihat, mesti keluarkan peluh. barulah toksin-toksin dalam badan yang menyebabkan lesu tu puffttttt ditiup ombak laut di Pulau Langkawi (tak boleh move on lagi).

      Sel-sel dalam badan kita perlukan oksigen yang segar untuk diorang boleh menjalankan proses pernafasan tu.Bila oksigen-oksigen dah diganti barulah badan kita pun rasa bertenaga dan tak cepat letih. Macam kita la dapat air sejuk panas-panas ni rasa lega sangat kan. Macam tu jugak lah sel kita! 

3) MINUM AIR SECUKUPNYA
 
Ni tak, asyik mentekederah air manis, air starbuck, air gas aje. Minuman macam tu SANGAT TINGGI KANDUNGAN GULA tau! Sebab tu anak-anak kecik pun sangat tak digalakkan minum air gini masa dalam lingkungan bulan-bulan umurnya.

      IbuElly sendiri pun, takde air manis kalau di rumah. Kalau di luar jela tak dapat nak elak kan. Yela, nak-nak kalau balik kampung, memang enjoy sakan anak-anak sebab mak mentua ada kedai runcit. Dok berulang la ke kedai amek air kotak.

      So, korang yang taknak ase lesu sokmo, kenalah minum air masak yang bersih secukupnya. macam mana dikatakan air masak yang bersih?

Menurut dalam buku kesihatan yang ibuElly baca, air bersih ni maksudnya air yang telah ditapis. Bukan yang kita masak dari air paip tu. Haa, nampak tak? Air yang bersih pun mempengaruhi tau.

Bukan saja-saja nak minum sampai nak terkencing. Tapi sebab nak singkirkan toksin dari dalam badan. Sebenarnya badan lesu ni bukan apa sangat pun. Sebab toksin dah banyakkkkkkk sangat dalam badan tau tak!

Bila dah banyak, dia akan kacau lah segala mak nenek hormon yang ada dalam badan tu. TU yang selalu letih, penyakit datang, kulit kusam.

Nampak tak permainannya kat situ?

4) SUPPLEMEN YANG BERKUALITI
 Haa, yang ni pun penting! Amalkan supplemen atau vitamin yang berkualiti je tau. Maklong lah, skang ni banyak sangat lambakan produk. Semua orang nak kaya. 😄😄

      Kita yang sebagai pengguna  ni je nak kena pandai memilih. IbuElly memang taknak lain dah. Memang Vita C, Esp dan Vita lea Shaklee lah jawapannya!


      Tambah-tambah Vita Lea tu. Dalam tu ada lebih 20 jenis mineral penting dalam tu tau. Apa yang kita tak dapat daripada makanan harian kita, Vita Lea boleh tolong cukupkan.

ibuElly ni pun bukan makan vitamin untuk suka-suka tau. makan sebab nak jaga dalaman kita supaya tak mudah sakit sana sakit sini. IbuElly ni ada banyak benda nak kena capai. nak  jaga anak-anak sebaik mungkin, taknak lah disebabkan asyik sakit je, anak-anak pun terabai gitu.

Vita C pulak walaupun dia lebih sinonim untuk kulit, tapi ada jugak customer mengadu makin bertenaga amalkan dia ni. IbuElly memang makan Vita C untuk kulit. Untuk elakkan kulit dari cepat sangat naik jerawat, jeragat.

Maklong lah, dah masuk 27 ni, kena jaga lah segenap benda. Tapi alhamdulillah masih ramai yang kata ibuElly ni tak nampak macam ada anak pun. Kihkih! Itu yang nak dengar tu!

      Esp pulak, memang super duper best untuk kembalikan tenaga korang. Sebab protein dia tinggi. memang Esp ni soya, tapi soya jenis non-gmo tu. Bukan soya biasa tau. Jarang ada produk berasaskan soya ada bagitau yang soya tu soya non-gmo.


Soya NON-GMO (non genetically modified origin) haa gitu lah kot maksudnya. Means that para saintis yang buat takde pun ubah genetik asal soya tu sendiri, masih mengekalkan kesemulajadian dan keoriginalan soya tersebut.

Berbelit lidah nak sebut kan. Hahahaha. So sebab tu ibuElly kata tiga ni BAGUS UNTUK ELAKKAN LEMAU badan kita ni. Tak caya korang boleh cuba dulu. Dah cuba jangan lah expect makan seminggu nak ada perubahan ketara. Produk semulajadi kan, akan ambil masa sikit.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 

Ok ni antara tips yang ibuElly amalkan lah. Tak susah, ada 4 benda je pun. nak ikut ikut, taknak ikut sudah. IbuElly tak paksa pun. kihkih. Mana yang rasa sesuai dengan korang, boleh cedok dan cuba amalkan. 

Ubah ikut keserasian masing-masing tau. Buat lah inovasi sikit. Pasal Shaklee tu, kalau nak tanya  lebih lagi, boleh je klik 017-5604426

Boleh jugak jengah-jengah ke Pengedar Shaklee Ipoh
 

           

No comments:

Post a Comment