Re Farm Kampar, Perak - IBU ELLY DI SINI

Monday, 22 January 2018

Re Farm Kampar, Perak

Assalamualaikum uolss.

Haa, harini ibuElly nak cite port best yang korang boleh bawak anak-anak dan keluarga time cuti nanti. Terbaik sangat tempat ni sebab tiket masuk pun MURAH  sangat tau!

Tempat ni kat Kampar

Ibu yang tau tempat ni. Katanya tempat ni best sebab budak-budak boleh mandi dengan selamat. Tempat duduk pun banyak, kita boleh lepak je kat mana-mana yang kita suka. Takde orang nak marah tau. 

     Tempat ni memang mendamaikan. Dekat dengan hutan. Siap ada hotel, chalet, restoran, mini zoo, kebun sayur dan kolam ikan yang kita boleh nikmati keindahannya dengan anak-anak tau. 

      Dah tu, haiwan dia jinak-jinak wei! Memang kita boleh pegang dan belai. IbuElly ni takde gambar sendiri. Sebab memang rules kalau dengan anak-anak kat luar is, PHONE IS RESTRICTED WHEN HANDLING KIDS OUTSIDE!

      Haa, memang dari dulu lagi ibuElly pegang pada tu. So gambar-gambar banyak ihsan daripada somi dan adik ipar. Hahahah. 

Ni antara salah satu haiwan yang ada dalam Mini Zoo kat sana. 

      Ada banyak lagi haiwan ternakan lain. KAMBING, ARNAB, AYAM, AYAM KATIK, AYAM BELANDA, BURUNG MERAK, RUSA. kambing lah, memwng jinak yakmat! Rugi takde gambar yang best untuk dipertontonkan untuk korang. 

      Yang bestnya bagi ibuElly, kemudahan dia sangat² mesra pengguna tau. Bilik untuk salin baju dekat, toilet kat mana-mana pun ada, dalam mini zoo pun ada toilet.  Toilet dia memang sangat dekat dengan tempat salin baju tu. Memang senqng sangat wei kalau nak mandii, tak heran nak susah oayah jalan jauh cari toilet tau. 

      Tempat mandi dia pun ada juga untuk dewasa. Bukan untuk anak-anak je. Boleh la ibu ayah nak berenang ke menyelam dan berenang pulak bila anak-anak dah puas mandi kat bahagian diorang. 

      IbuElly pun tak lepaskan can la untuk belajar berenang dengan ibu. Alhamdulillah, dah pandai berenang ibuElly ni tau! Mana taknya dari pagi sampai petang dok berkubang dalam air tu. Practice make perfect kan. Dah pandai dah pun berenang. Kihkih. 

Tempat mandi untuk bahagian dewasa. Bahagian kanak-kanak kat depan sikit

      Air kat bahagian ni sejuk yakmat! Sebab dekat dengan kawasan sungai. Belakang tu memang air terjun betul tau. Menggeletar wei sapa yang tak tahan. IbuElly steady je. Lemak banyak! Hahahaha. 

      Kat sini kalau ketinggian ibuElly yang hanya 153 cm ni, air betul² takat paras dada. Bagi ibuElly memang dalam dan best la kalau nak berenang dan menyelam. Sebab bahagian kanak-kanak punya cetek sangat. Tak puas! 

best sebab dia imbau sejarah banda Kampar ni tau

      Memang terasa duduk dalam terowong yang panjang. Padahal pendek je terowong ni. Hehe. Best sebab anak-anak pun enjoy masuk lam terowong ni. Siap ada meja, toilet tau dalam terowong ni. Tak gaduh la kalau tetiba nak terkucil, kena berlari keluar pulak sebab nak cari toilet kan. Kihkih.

      ibuElly rasa kan, tempat ni memang sangat bagus kalau nak kenalkan alam semulajadi kepada anak-anak. Kita boleh buatkan anak-anak merasai dan melihat alam indah ciptaan Allah ni dengan lebih dekat lagi tau.

      Anak-anak boleh rasa pegang kambing, pegang arnab, ayam, burung unta ( ok ni gurau, sebab burung ni suka mematuk-matuk tak tentu hala). Hahahahaha.Dah tu, dalam ni pun ada gerai makanan. Buah-buah dan kopok lekor jela antara yang ibuElly rasa kat sana.

      Haa, lagi satu boleh je kalau kita nak bawak makanan sendiri dari rumah atau dari luar. Tapi kena bayar tiket untuk bawa makanan, rm10 aje untuk satu group. Haaa, kalau dalam group ade 10 orang sekali pun, tetap bayar rm10 je kalau nak bawak makanan dari luar tau.

      Murah dan berpatutan kan? kalau katakan ade bujet rendah je tapi nak berseronok dengan anak-anak dalam persekitaran yang bersih dan nyaman, berbaloi sangat tau! TIKET MASUK UNTUK DEWASA (RM10), UNTUK KANAK-KANAK (RM5), UNTUK OKU (RM5). Anak-anak pulak kena cas kalau berumur 2 tahun ke atas je. Bawah daripada tu tak kena bayar.

      Murah sangat kan?? Haa, lagiu satu kalau korang nak pass masuk selama setahun, bayaran yang dikenakan hanya RM70 aje. Haa, boleh la pegi tiap-tiap minggu kalau korang yang duduk berdekatan dengan kampar tu.

      IbuElly pun tengah memikio ni nak beli pass untuk setahun tu ke tak. Hahahaha. Aii maklum lah, dah pandai berenang kan, keje nak menyelam jela. 😂😂

ni IbuElly belanja lagi gambar-gambar best kat sana. Hopefully dapat tolong korang pilih tempat best untuk beriadah dengan keluarga dan anak-anak time cuti nanti. 

Enjoy!!!!!  

Dalam terowong

Tempat mandi dewasa

Tempat mandi kanak-kanak

Luar kawasan sebelum masuk ke Refarm



No comments:

Post a Comment