Tempat yang korang WAJIB pegi di Langkawi. 😯 - IBU ELLY DI SINI

Tuesday, 13 March 2018

Tempat yang korang WAJIB pegi di Langkawi. 😯

Masuk ni dah kali kedua la ibuElly ke Langkawi. Somi la, tak jemu-jemu ke Langkawi. Hahahha. Yelah, masa first time pegi, tak sempat ke mana pun. 3 hari 3 tempat je dulu. Ko rasa?

So kali ni, ibuElly dah buat research awal-awal, dan bersedia nak jelajah Langkawi sekali lagi. Tempat yang kitorang dah pegi macam Cable Car, Sky Bridge, Pantai Cenang, memang tak pegi dah.

      Kali ni pegi tempat lain. Luas wei Langkawi ni. Jenuh jugak la drive musing. Tu pun kali ni ada juga yang tak sempat nak jelajah. Taktau la pulak kalau somi nak pegi untuk kali ketiga kan. Hahahaha

      Tapi dalam banyak-banyak tempat, Kompleks Haji Ismail tu lah paling best! Yela, dapat soping cekelat bebanyak! IbuElly bukan sejenis suri rumah yang gila pinggan mangkuk. Nasib baik la dompet somi time tu. Kihkih!

1) Pantai Tanjung Rhu

      Pantai ni memang ibuElly tak penah tau pun. Masa dok google (jumpa website yang memang cerita pasal Langkawi, bukan blog) barulah masukkan tempat ni dalam list.

Boleh pergi sampai ke tengah laut wei

Masa ni pegi nak dekat Maghrib, tu yang gambar gelap gitu. Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat nak jalan sampai ke tengah laut. Scary jugak wei sebab takde protection kan kat kiri kanan. 

      Nak bawak anak memang kena pegang elok-elok. Kalau kome reti berenang, kalau sesiapa jatuh dalam laut tu boleh jugak korang selamatkan. Kalau tak, tengok saja lah. Tapi bila sampai ke tengah rasa best sangat! Rasa puas. 

      Korang boleh waze je nanti bila dah sampai kat Langkawi. Taip je ' Tanjung Rhu ' haa nanti dia bagilah korang ke jalan yang benar. 

2) Gunung Raya  

      Tempat ni lagi lah ibuElly tak pernah tau kewujudannya di Pulau Langkawi ni. Hahaha. Memang masa pegi pun, ramai pelancong je. Orang kita takde sangat. Masa nak ke sana pun masya Allah lama wei! 

      Ade la dalam 40 minit nak naik sampai ke puncak nun. Jauh tau. Dah macam gaya ke Genting Highlands. Kalau korang jenis yang sukakan kedamaian dan suka ambil gambar berkaitan alam sekitar, sesuai la ke sini. 


Gunung Raya ni merupakan TEMPAT TERTINGGI DI LANGKAWI.  Masa sampai tu, sunyi sepi je. Rupanya para pelancong asing banyak lepak kat atas menara tu. Dapat tengok seluruh Pulau Langkawi tau dari atas menara tu. 

      Tiket masuk ke sini adehh tak ingat la berapa. Rasa ada gambar, nanti ibuElly tepek sini. 

Ni haa harga tiket masuk

See, tinggi kan tempat ni. Kata penjaga di menara ni, tempat ni orang Melayu memang takde sangat. Ramai pelancong dari luar negara je datang ambil gambar dan lepak-lepak atas ni. Tempat ni tutup pukul 7 petang. 

      Tapi dinasihatkan korang gerak awal la masa nak balik. Sebab sepanjang jalan nak turun ibuElly tak nampak sangat ada lampu jalan. Memang gelap la nak balik terutama bagi yang naik moto je kan. 


Takde la restoran mewah bagai kat atas ni. Just restoran lama je. Lepas tu ada penjaga menara bancuh kopi untuk pengunjung minum sambil menikmati keindahan alam. Free je kopi ni, minum la kome sepuas hati. Hehe

Pemandangan dari atas Gunung Raya

3) Pulau Beras Basah 
     
      Sebenarnya bukan pegi satu pulau je. Kami satu keluarga naik bot pusing 3 ke 5 Pulau tak silap. Satu family rm95 pusing selama 3 jam. Rm95 ni sebab naik beramai-ramai. Kalau korang nak private bot boleh je. Bayar lebih sikit la. 


Pulau ni cantik dan bersih. Tapi kalau nak mandi tak best sangat. Sebab banyak batu kat sini. Mandi kat tengah-tengah sikit ok, tapi bahaya la pulak. Sebab bot dok lalu. Ramai gila orang kat sini. 

      Tips yang ibuElly nak kongsi. Kalau korang jenis suka mandi laut, dinasihatkan pakai baju untuk mandi je masa naik bot ni. Sebab memang banyak kena air je nanti. Sampai kat tempat parking kereta korang baru boleh salin baju. 

      Tapi mak aiii toilet bapak jauhh! Kitaorang dok lapik baju je masa lam kete dan mandi kat bilik. Renyah wei ngan budak kecik lagi. Lapik lah sebab kete sewa. Kalau kete sendiri bedal je basah-basah pun naik. Hahahaha

Abang ni sangat ramah dan petah bercakap. Laju je dia dok terang tentang satu-satu tempat dan sejarahnya. Masa ni bot terkena pukat pulak. Lama tersadai sebab nak buang pukat tu.

4) Pulau Dayang Bunting  

Siapa tak kenal pulau ni kan. Ni antara daya tarikan utama pelancong ke Langkawi. 

Nampak macam perempuan mengandung tengah baring. Tu sebab dinamakan pulau ni Pulau Dayang Bunting

Kata abang yang bawak bot tadi, Dayang Bunting ni ialah seorang BUNIAN, kalau mahsuri tu manusia biasa katanya. Setakat tu jelah yang ibuElly ingat. Sebab banyak wei tempat kitorang pegi. Mana nak ingat satu-satu. Hahah. 

      Mana tau nanti korang boleh share pulak kan apa cerita di sebalik Tasik Dayang Bunting ni. 

Tasik Dayang Bunting

Memang agak berliku sikit wei nak sampai ke tasik ni. Tasik ni ada tempat mandi. Memang kena naik tangga, bukit, macam ala-ala hiking la. Alhamdulillah anak-anak ibuElly mampu jugak la hiking sampai dalam nun. 

      Kalau bawak orang tua yang tak larat jalan memang diorang penat sikit la. Tapi best la dapat tengok apa sebenarnya kat dalam tu. Hehe

Meh layan gambar-gambar lagi. Memang nak bagi korang muntah tengok gambar je. Kihkih. 

Bot yang kitorang naik untuk keliling pulau

Ni antara kolam kecik yang sesuai untuk budak-budak mandi kat
tengah-tengah tasik tu. Korang boleh juga sewa life jacket, dan bot kayuh untuk explore sekitar tasik.
Jalan masuk ke Tasik Dayang Bunting. Masa ni time Disember, ramai orang putih. 

5) Pantai Pasir Hitam  

      Pantai ni kitorang pegi last skali. Masa nak balik. Sebab pantai ni dekat ngan rumah kawan somi. So lepas balik dari rumah kawan somi terus ke sini la. 

Memang real wei pasir dia warna hitam! 

Ada juga orang panggil nama tempat ni Beras Terbakar. Tapi tah la tulis kat signboard memang Pantai Pasir Hitam. Hehe. Sini memang takde ape sangat, memang pantai je takde orang jual air ke makanan ke takde. 

      Tapi kat atas-atas tu ada la kedai cenderamata dan baju-baju. Boleh la grab sebarang dua buat kenangan di hari tua. Hahaha. 

Nampak tak beza pasir ni? Hahaha. Maklong lah, pakai vivo je. 😝

      Tak lama pun wei kitaorang kat sini. Sebab masa ni nak balik dah. So setakat tengok pasir pastu chaw! Singgah beli cekelat pulak. Kihkih!

6) Air Terjun Telaga Tujuh

ramai gila foreigner mandi sini

Kami takde pegi sampai Telaga Tujuh tu pun wei. Bapak kena naik tangga kot. Ko tau aje lsh ibuElly dah tak se fit dulu. 

      Tambah bawak anak-anak, perghhh memang boleh pancit teruk di tempat kejadian tau. Naik sekerat jalan, ehh nampak ada signboard tulis, 'Air Terjun' pulak. So kami decide berenti jela sini. 

      Masa kami sampai serius ramai gia dari Korea. Dok jerit kat bapak dia suh hati-hati. Nak aje aku speaking Hangguk dan bagitau takyah risau lah, takde bahaya mana pun. Hahha. Kang dia pandang aku atas bawah pulak. Ku kuburkan saja niat itu. 

      Best jugak sini. Airnya sejuk yak amat! Sesuai la bagi korang yang gemar alam semulajadi macam kami sekeluarga ni. 

7) Bird's Park

Jinak sungguh burung sini

      Masa ni pun sama, nak dekat balik baru pegi. Ni memang plan last minit. Kete pun ibuElly yang drive. Sebab ngelejat sangat nak pegi kan. Hahaha. 

      
      Kat sini korang boleh beli makanan haiwan kat depan tu. Ada macam-macam, sebab burung-burung ni pun ade macam-macam makanan kesukaan. Nama je Bird's Park, tapi binatang lain pun ada wei dalam ni. Usah la ko tertipu. 

Apa tengok-tengok? 

Ni mau hilang tapak tangan kalo ko bagi makan macam tu je

Jinak yakmat burung-burung ni. Comey sangat! 

Aku memang cantik. Ko tak puas hati?

Adehh, mampu tengok je. Dah la favourite kale. 😦

Serius wei dalam tu macam-macam ada tau. Berbaloi ibuElly rasa harga tiket tu. Korang kena rasa sendiri la. Taktau nak cakap macam mana. 

      Ok ni ibuElly share yang ni je dulu. Sebab dah lupa sebenarnya tempat lain. Haha. Nanti lain masa kita cita lagi eikk. 






















No comments:

Post a Comment