May 2018 - IBU ELLY DI SINI

Friday, 25 May 2018

May 25, 2018

apa yang ibuElly buat sampai boleh berubah 360 darjah? 😱

apa yang ibuElly buat sampai boleh berubah 360 darjah? 😱
Assalamualaikum wbt

      Apa kabar awak di sana? IbuElly alhamdulillah, setakat ni semua ok. Parut kat muka pun makin beransur menghilang. 😍

      Best kan rasanya bila parut yang bertahun-tahun kat muka tiba-tiba lesap macam tu je? Selain nak nampak cantik dan peloles, ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri kita tau.

      Yela, parut ni semacam cela yang tak dapat nak ditanggalkan macam tu je. Nak ke mana pun rasa tak yakin. Sedih sangat weh!


Teruk kan masa ni?

      Aduhai, kalau boleh taknak ingat dah kisah lampau. Tapi kome jangan pandang rendah pada kisah lampau. Kisah lampau la yang membuatkan kita semua jadi lagi matang tau.

      Segala rencah kehidupan dan segenggam kenangan lalu tu lah yang menjadikan siapa kita harini. Alhamdulillah, ibuElly bersyukur atas segala peluang yang Allah bagi. Alhamdulillah ibuElly mampu jadi diri sekarang ni 😿

      Segala kenangan buruk kita jadikan sempadan. Tu la jangan membuta tuli guna produk yang kita tak tau kesahihannya. Baiklah kita guna produk yang memang mendapat pengiktirafan macam Cosmoderm ni haa.


Kulit sekarang.

      Nampak macam gelap la pulak daripada first picture ye. IbuElly rasa kamera pun main peranan. Gambat tudung hitam ni guna kamera iphone, tudung bunga pulak guna kamera Vivo V5 yang kamera depan dia 20mp tu.

      Memang la nampak elok, dah 20mp kan. Hahahahaha. Adehh tapi daripada cerah banyak parut, baik cerah tanpa cela kan? 😬

      Rasa harini macam nak share SEMUA PRODUK COSMODERM YANG IBUELLY GUNA. Teruja tak nak tau?

      Ok jom layan gambar-gambar ibuElly πŸ˜‹πŸ˜‹


Pembersih mekap penting untuk bersihkan kotoran sebelum cuci muka

      Mekap remover ni kalau kita tak mekap pun, tapi better kita guna jugak tau. Sebab kita tak tau berapa banyak debu dan kotoran melekat kat muka kita. Jadi sebelum cuci muka guna cleanser, better cuci guna pembersih mekap dulu. 


Untuk muka, ibuElly guna scrub, pencuci hijau dan merah

      Merah tu ibuElly guna sekejap je. Tak habis sebotol pun. Sebab dia berbuih, tak macam pencuci hijau. So dia senang naik jerawat bila ibuElly tak bersihkan muka guna mekap remover sebelum cuci muka guna cleanser. 

      IbuElly refer konsultan Cosmoderm, katanya sebab pencuci merah ni berbuih. Jadi dia agak kasar sikit. Kena bersihkan muka betul-betul dulu dan baru cuci guna cleanser.

      Scrub tu ibuElly guna sebelum cuci muka guna cleanser jugak. Means lepas mekap remover la. Cuci bagi bersih guna scrub, kasi semua kotoran dan debu yang melekat kat muka tu. Kalau nak tau, dengan scrub, kulit kita akan kelihatan lebih cerah, tak kusam dan parut-parut pun boleh pudar tau. 

      Best kan? Scrub dia dah la murah. IbuElly pakai yang first tiub tu sampai 11 bulan weh. Gila jimat banyak poket ibuElly ni haa! Tak menyesal guna!


IbuElly memang pengguna tegar SET ANTI JERAWAT TEA TREE OIL sejak 11 bulan lalu

      Paling best anti blemish (ubat jerawat) tu. Guna satu malam je habis semua jerawat kecut! Biasa lah kan kalau kadang-kadang tu muka naik jerawat. Tu tandanya kulit kita normal tau. 

      Yang tak normal tu bila pakai, kulit licin halus mulus peloles dalam masa 3 hari pastu takde naik jerawat langsung pulak. Merkuri tinggi tu!



      Serum merah pun ibuElly guna tau. Dah nak setahun. Toner merah pun ibuElly guna sekejap je. Lepas tu guna balik yang hijau. Ni memang rutin ibuElly tiap-tiap malam tau. Sejak 11 bulan lepas πŸ˜‹πŸ˜‹


Ok ni rutin sekarang

      Lepas HQ bagitau yang serum merah takde stok, ibuElly tukar la serum dengan minyak vitamin E 30k iu ni pulak. Nak guna serum brand lain takut pulak kan. Yela weh, dah 11 bulan guna kan.

      Memang best la. Parut nampak makin pudar skang. Tak sia-sia ibuElly cuba minyak ni πŸ˜‹πŸ˜‹

      Haa ni la semua yang ibuElly guna dalam masa 11 bulan ni. Memang akan sentiasa dengan Cosmoderm je sampai bila-bila. Pegi Guardian dan Watsons pun ibuElly dah tak tergugat dah. Kihkih. Padahal bukan ibuElly tak tergugat tengok skincare yang belambak kat rak-rak tu. Hahahahaha.







      Gambar kat atas ni semua kesan penggunaan Cosmoderm selama 11 bulan. Korang taknak macam ni?

      Ok la penat dah oii tangan ni dok menaip. Kalau rindu ibuElly boleh la terjah kat instagram dan page ibuElly ye. Nak wasap pun boleh 😬😬

No telefon : 017-5604426
Facebook page : Cosmoderm IPOH
Fb personal : Elifa bt Ismail









Tuesday, 22 May 2018

May 22, 2018

Ada ke bantal yang BOLEH BASUH dan yang BOLEH ADJUST KETINGGIANNYA?

Ada ke bantal yang BOLEH BASUH dan yang BOLEH ADJUST KETINGGIANNYA?
Assalamualaikum

      Sihat ke korang? IbuElly alhamdulillah setakat ni. Semuanya berjalan lancar. Aamiin

     Nak tanya nak dekat-dekat raya ni, dah ada semua baju raya, tudung raya, cadar raya. Tapi BANTAL RAYA dan ada dah? Korang taknak tukar ke?

      Tau tak korang, bantal ni pun ada TARIKH LUPUT tau. Ingat boleh guna je sampai bila-bila ke? No, nehiii!

      Kalau korang nak tahu, bantal ni mempunyai tarikh luput sehingga 1-2 tahun tau. Dalam tempoh ni, kita gigih la dok basuh sarung bantal tu sebulan 3-4 kali kan. Tapi bantal tu sendiri kome basuh tak?

      Haa?? Tak pernah?? Ni ibuElly nak share bantal terbaik punya. Siap boleh basuh dan boleh ejas tinggi bantal lagi! Best tak? Ni jom layan video ni πŸ‘‡πŸ½πŸ‘‡πŸ½


Tengok, maintain gebu kan lepas basuh? 😍

      Masya Allah, korang tak terliur ke tengok bantal ni? Kat luar memang takde weh bantal macam ni tau. Kat ibuElly je ade 🀣🀣

      Masa mula-mula ibuElly guna, somi pun teringin. So ibuElly pun restok la 8 biji. 1 bagi kat somi, 1 bagi kat MIL, 1 bagi kat ibu, 1 bagi kat ayah. 2 biji adik- adik beli. 2 biji kawan beli. Memang terbaik lah!

      Ni jiran sebelah pulak nak. Sebab bantal ni tinggi. Ada jugak kebanyakan orang yang suka bantal tinggi-tinggi kan. Tapi jangan risau. Bantal ni korang boleh ejas sendiri nak tinggi macam mana. Isi dalam dia boleh dikeluarkan dan masukkan dalam sarung bantal lain atau simpan je kot-kot nanti nak tinggikan balik bantal tu kan. Walaweii! Bantal kome boleh ejas tinggi rendah ke wei? 
#tanyaaje πŸ˜‚


2 biji di rumah. Awak satu saya satu ❤️❤️




Gebu kan weh?


Setanding bantal mahal tau!


Keistimewaan bantal Leyna

      Bantal ni memang gebu, ringan dan memang mudah sangat nak dibawa ke mana-mana. Zip bantal ni tersorok tau. Jadi zip ni takkan menganggu kepala korang time korang tidur. Best kan?


Omaigadd!

      IbuElly pun ada open kutu tau. Kalau korang berminat, boleh contact ibuElly kat 017-5604426 tau. Jom lawat instagram bantal Leyna bantal_mewah dan page facebook ibuElly Bantal Mewah Gebu dan Merah

😍😍😍😍😍😍





      

Sunday, 20 May 2018

May 20, 2018

Tips memulakan penggunaan skincare 😍

Tips memulakan penggunaan skincare 😍
      Assalamualaikum wbt. Amacam Ramadhan ke-4 harini? Ada baik?

Alhamdulillah, Allah bagi lagi peluang untuk kita beramal dalam bulan Ramadhan yang mulia ni lagi sekali. Sungguhpun kita ni PENDOSA, Allah tetap bagi peluang untuk kita bertaubat dan kumpul pahala 😿

      Ok cukup dengan tazkirah. Harini ibuElly nak share tentang Tips Penting Macam Mana Nak Mula Guna Produk Penjagaan Wajah. 

      Haa, siapa kat sini yang belum pernah guna apa-apa skincare? Dah meningkat baru ada kesedaran kan nak berskincare bagai? 😹

      Takpe, ibuElly share kat sini sedikit sebanyak tips untuk mulakan rutin penjagaan kulit wajah tu tau. Ni berdasarkan pengalaman sendiri ye 😁


Zaman lepas stop skincare timbang

Tips untuk mulakan pemakaian produk untuk kulit wajah :
  • Pilih produk yang sesuai dengan kulit wajah
Ni sangat penting. Korang sendiri kena tau apa jenis kulit sebelum mula mencari produk untuk kulit wajah korang tu. Jangan main hentam je beli, nanti kesannya korang jugak yang tak puas hati 😒
  • Pilih jenama atau brand yang korang percayai
Ok dah tau jenis kulit yang sesuai, now lets hunt for the suitable and best skincare! IbuElly nasihatkan, elak produk skincare timbang kilo! Nak selamat, cari produk yang betul-betul selamat yang memang ada jual kat farmasi ataupun drugstores. Contohnya macam Cosmoderm πŸ˜‹ Nanti korang jugak menyesal terlibat dengan produk timbang kilo ni. Korang tengok sendiri jela apa yang jadi kat kulit ibuElly tu 😿
  • Guna item yang penting, asas
Ok, item paling basic dalam pemakaian produk wajah adalah : pencuci muka, penyegar wajah (toner),pelembap dan juga serum. Ada 4 ni, haa you are ready to go!
  • Wajib la konsisten
Bila dah ada semua ni, janganlah tak konsisten pulak. Korang kena konsisten dengan produk yang korang pakai at least 6 bulan untuk tau sama ada dia berkesan, sesuai atau tidak. Kalau dah beli tapi tak pakai, tak guna jugak der!


Hasil konsisten dengan skincare Cosmoderm

  • Kena rajin bersihkan muka (bukan guna pencuci semata-mata)
Ni ramai yang tak tau. Diorang ingat, orang yang pakai mekap je kena guna makeup remover! Salah tu! Ingat kita yang tak pakai mekap ni tak terdedah dengan habuk dan debu ke? Dok umah je pun kulit muka kotor tau! Tak caya esok cuba try.

Yela sekurang-kurangnya bila kita dah cuci guna penanggal mekap tu, takdelah pori kulit tersumbat dan seterusnya menggalakkan pembentukan jerawat. Kulit pun steady je takde kusam pun. 

      Haa amacam? Ok tak tips simple ibuElly tu? Ni apa yang ibuElly sendiri memang amalkan. Ikut logik akal. Kalau korang ada penambahan lain, takde masalah boleh je masukkan skali.

      Ok nanti entry lain ibuElly share tips lagi eikk.

Thursday, 17 May 2018

May 17, 2018

Taknak raya, kulit breakout dan berjerawat! 😭

Taknak raya, kulit breakout dan berjerawat! 😭
Selamat menyambut bulan Ramadhan.

      Alhamdulillah, Allah bagi lagi kesempatan untuk kita bertemu lagi dalam bulan Ramadhan. Kali ni bulan Ramadhan lebih bermakna sebab anak-anak dah bijak, banyak benda nak diajar 😍

      IbuElly nak share dengan korang ni produk Cosmoderm yang dah mengubah kulit ibuElly. Alhamdulillah setelah hampir setahun dengan Cosmoderm, ibuElly dapat balik kulit sihat!


Percaya tak ni ibuElly setahun yang lepas? Raya 2017 tu?

      Korang tau kan kulit ibuElly pernah breakout teruk dulu gara-gara stop skincare local? Ala, skincare timbang kilo yang agak famous dulu. Taknak cakap banyak pasal tu, kita fokus pada journey ibuElly dengan Cosmoderm ya.

      Sebelum ni, 2 tahun lepas memang ibuElly ikhtiar dengan Shaklee dulu. Masa kulit breakout teruk, ibuElly amalkan vitamin C, vitamin E, dan juga gla complex. Masa ni memang tak pikir dah poket kempis, yang penting muka dirawat!

     IbuElly memang asalnya takde masalah jerawat teruk pun. Tapi biasalah gatal kan nak try macam-macam konon nak bagi lagi cantik. Ambek kau mendapat! Sejak tu terus insaf!

      Ok buat pengetahuan korang jugak sebelum guna Cosmoderm balik (3 tahun lepas juga pernah guna Cosmoderm, tapi stop sebab asyik tak setia), ibuElly juga skincare Enfuselle by Shaklee, Mora by Mira Filzah dan juga Huna skincare. Tengok punya banyak guna kan. Hahaha. Alhamdulillah la kulit elok je masa tu. Actually masa makan Shaklee pun, memang kulit dah slowly ok. Cuma parut je masih bermaharajalela di seluruh muka menyebabkan sekali lagi ibuElly hilang keyakinan!

      Dan disebabkan maintenance yang terlalu tinggi, ibuElly decide nak guna balik skincare Cosmoderm tanpa toleh ke belakang lagi. Bermula la episod ibuElly bersama Cosmoderm, sekali lagi!

      Gambar tadi tu, jerawat dah surut tapi minyak, parut masih lagi taknak kalah. Masa ni ingatkan muka dah abeh elok dah. Konfiden je nak selfie. Sekali tengok balik alahai, masih lagi tak memuaskan! 

      Jadi ibuElly mulakan perjuangan dengan SET ANTI JERAWAT TEA TREE OIL COSMODERM dulu. Dalam masa 3 minggu pertama tu memang la naik sikit jerawat. Mungkin nak cuci dalaman kita ke apa kan. Masa ni masih lagi makan Shaklee, tapi dah konsisten vitamin C je. Yang lain tak makan dah. Ada beberapa tips yang ibuElly nak share masa jerawat beronok-ronok datang ni :
  1. Jangan selalu usik muka!
  2. Jangan picit jerawat!
  3. Minum air masak secukupnya!
  4. Tukar sarung bantal seminggu 2 kali!
  5. Jauhi JARI dan KUKU daripada muka!
  6. Bersihkan muka dengan MAKEUP REMOVER walaupun kita tak pakai mekap!
  7. Cuci muka 2 kali sahaja dalam sehari!
Senang kan tips ni? Korang ikut je semua apa yang ibuElly komgsi ni. Sebab semua ni adalah berdasarkan pengalaman ibuElly sendiri mengadap muka breakout bertahun-tahun. 

      Ok lepas dah guna set jerawat tadi dalam masa sebulan, ibuElly tambah lagi item daripada produk Cosmoderm dengan Serum Luminous Pearl, krim vitamin E 3k iu. Masa ni untuk PUDARKAN PARUT pulak. Sebab ibuElly tengok keadaan kulit dah terkawal masa ni.


Set anti jerawat Tea Tree Oil


Dalam ni ada krim 3k iu dan juga serum

      Yang lain tu item sampingan la yang ibuElly guna. Semua siri guna kecuali siri warna biru, siri Gentle tu. Sebab Gentle lebih sesuai untuk mereka yang BERKULIT KERING dan SENSITIF. So ibuElly bukan dalam kalangan jenis kulit sebegitu. 

      Mekap remover ni memang ibuElly guna setiap hari. Walaupun duduk rumah je tak keluar ke mana, tapi sebelum mandi akan cuci dulu muka dengan mekap remover. Supaya kotoran semua boleh dibersihkan dengan lebih efektif!

      Tau kan kulit kita ni sangat sensitif. Senang pulak tu nak tangkap habuk. Disebabkan habuk yang melekat tu la kulit kita senang naik jerawat, nampak kusam, tona tak sekata dan macam-macam la. Haa untuk masalah tu korang disarankan guna scrub vitamin E. Scrub pun ada 2 jenis :
  1. Magic Exfoliating Gel - untuk kulit normal dan kering
  2. Facial scrub - untuk kulit normal, kombinasi dan berminyak
Dua-dua ni dari siri vitamin E tau. Hanya siri vitamin E saja ada scrub dan juga mekap remover. Tapi dua benda ni universal la semua jenis kulit boleh guna.


Tahan lama tau. Dalam masa 11 bulan, baru kelmari bukak yang baru. Hahaha


Gel eksfoliat dan ubat jerawat

     Korang ingat senang kulit muka nak pulih balik? Banyak sangat kesabaran diperlukan tau sepanjang kulit breakout ni. Sabar jela.

      Ok now dah 11 bulan, ibuElly dah on off makan Shaklee. Tapi masih makan ye. Sebab kadang-kadang lupa wei. Adoii maaf la. IbuElly memang jual dan makan juga Shaklee ni. Blog ni pun asalnya dibuat untuk share tentang Shaklee. Hahahah. Tapi takpelah selit-selitkan juga cerita lain. Kang kome boring pulak kan asyik Shaklee je.

      Ni haa stok serum habis pulak buat sementara waktu. Macam yang korang tau, ibuElly dah sebati wei dengan Cosmoderm, jadi memang taknak pun tukar skincare lain. Tapi takde serum, tak lengkap pulak hidup! Jadi macam mana?


Serum habis, terpaksa ganti dengan minyak vitamin E 30k iu


Pekat dan likat

      Ni kiranya vitamin E paling tinggi la dalam produk Cosmoderm. Nilai iu ni untuk menentukan kandungan vitamin E dalam sesuatu produk. SEMAKIN TINGGI NILAI IU, SEMAKIN BERKESAN DAN CEPAT KADAR PEMUDARAN PARUT. Haa, amacam? Tak tergoda ke wei? Yes, parut memang BOLEH HILANG dengan Cosmoderm. Tak tipu!

      Dari 15 haribulan guna sampai skang. Tekstur yang 30k ni sangat pekat dan likat. Bila titikkan kat tangan, jadi melekat-lekat macam gam tu. Minyak vitamin E ada 3 jenis tau. Yang 15k iu dia berminyak sikit. Means memang dia rasa licin la bila letak kat tapak tangan. Tapi yang 30k ni tak! Dia macam gam!

       Rasa kalau lalat lalu pun boleh melekat kat muka. Hahahah. Lepas sapu minyak, sapu pulak krim vitamin E 3k iu. Walawei, rasa parut tu makin lama makin hilang! Yeayyy raya tahun ni peloles lah!

      Nasib baik wei ibuElly terfikir nak gantikan serum dengan minyak vitamin E ni. Kupikir nak tukar serum lain, tapi nasib baik ibuElly tanya KONSULTAN COSMODERM dulu. Apa-apa memang ibuElly akan rujuk diorang ni tau. Bukan menjual sembarangan! 

      Alhamdulillah, jimat duit dengan hanya guna produk
Cosmoderm aje. Tak sia-sia jadi agen! Kihkih! Meh ibuElly share lagi kulit sekarang :


Teruk kan dulu? πŸ˜‘


Masa ni dah guna Cosmoderm (shawl floral), parut memang dah pudar sikit guna serum + krim 3k iu


Masa ni tak pasti dah guna Cosmoderm ke belum. Tapi dah ok skit breakout dari sebelum tu


Teruk sangat parut dulu


Gandingan serasi



      Buat pengetahuan korang, ibuElly memang TAK MEKAP dan TAKDE TEMPEK PONDESEN TEBAL UNTUK TUTUP PARUT. Sebab memang tak reti nak mekap lebih-lebih! Sebab tu la usaha jugak bagi cantikkan kulit. So tak payah la nak kena belajar mekap pulak kan. Hahahahha

      IbuElly kalau keluar rumah,memang just sapu BB CREAM + PELEMBAP HIJAU je. Tu paling malas. Kalau rajin tempek la bb cushion PALING NIPIS je. Macam layang jela bukan beria pun tekan kat span kasi pondesen dia banyak.

     So apa yang korang nampak dalam gambar, memang gambar muka ori, takde mekap tebal dan takde 360 ye. 🀣

      Amacam? Best tak perkongsian ibuElly ni? Kalau rasa best dan rasa teringin nak cuba produk Cosmoderm, korang boleh je roger ibuElly tau. Ingat ya, hanya pembelian daripada IbuElly je layak dapat konsultasi percuma sepanjang hayat mengenai cara pakai dan fungsi produk.

     Kalau beli di luar, mohon tanya dulu penjual ye. 😐

No tel : 017-5604426
Facebook page : Cosmoderm IPOH
Facebook personal : Elifa bt Ismail










Wednesday, 16 May 2018

May 16, 2018

Selalu sangat sengal-sengal dan sakit-sakit badan. Ada cara tak nak bagi hilang?

Selalu sangat sengal-sengal dan sakit-sakit badan. Ada cara tak nak bagi hilang?
      Assalamualaikum! Haa esok dah puasa weh! Dah ready ke bahan masak untuk sahur karang? Bantal dah tukar baru ke? (Tetiba kan hahah. Sila rujuk entry lepas. IbuElly jual bantal dah wei)

      Bulan pose ni kena banyak-banyak minum air masak masa waktu malam tu. Sebab siang-siang takut jadi nyahhidrasi pulak kan. Pastu badan pun mula lenguh sana, sakit pinggang.

      Sebelum tu, siap sedia krim panas Cosmoderm ni siap-siap sorang satu. Ni time sakit kepala pun kome boleh je sapu kat dahi tu haa. Bau pun nice sangat tau!


Memang padu weh krim ni!

      IBU BERPANTANG, IBU HAMIL pun boleh guna krim ni. Sebab macam biasa la kan kome sedia maklum yang produk Cosmoderm ni  bebas paraben, sls dan sles dan sangat selamat untuk digunakan dalam jangka masa panjang.

      Memang wei semenjak kulit ibuElly jadi teruk dan breakout dulu, ibuElly sangat menitikberatkan perihal kandungan sesuatu produk sebelum mula menggunakannya. IbuElly akan perati dan teropong satu persatu apa isi kandungan sesuatu produk tu untuk pastikan yang ibuElly hanya guna produk yang selamat je.

      Yang berbaloinya sebab produk Cosmoderm ni semuanya MURAH, BERPATUTAN, HALAL, BUATAN MALAYSIA dan BEBAS BAHAN KIMIA
MERBAHAYA. Dari support barang negara luar, baik support produk buatan Malaysia je. Boleh jugak tingkatkan ekonomi negara walaupun tak banyak mana pun hahah.

      Ok berbalik pada krim tadi. Krim ni berfungsi jugak untuk :

🌢 rasa panas mendalam dan berpanjangan untuk meredakan otot² yang lenguh
🌢 losyen persediaan sebelum atau selepas bersukan yang tidak berminyak atau melekit
🌢 membantu mengurangkan sakit kepala dan hidung tersumbat


      See, multipurpose jugak kan Cosmoderm Deep Heat Lotion ni? Harga pun mur mur je wei, rm17.90 je satu tiub ni. Berbaloi sangat dengan kualiti. 

      Korang jangan lah ingat bila ibuElly jual murah, ibuElly jual barang FAKE! Nehi, kabi nehi!! IbuElly pun taknak dapat dosa kering weh sebarkan benda tak elok kat orang ramai. IbuElly ni hidup tak lama. Tah esok ke lusa kubur dah memanggil.

     Elok la ibuElly cari pahala lebih dalam berniaga ni (niaga kan Sunnah Nabi) daripada menambahkan hutang di akhirat sana kelak. Kaya mana la sangat kalau menjual dengan cara menipu ni kan. 

      Jadi korang dah tau kan produk Cosmoderm pun ada item yang sebegini hebat? Ate, janganlah lengah lagi. Dapatkan daripada IbuElly! πŸ‘‡πŸ½

No tel : 017-5604426
Page facebook : Cosmoderm IPOH

Monday, 14 May 2018

May 14, 2018

Produk untuk rawat tumit kaki merekah 😎

Produk untuk rawat tumit kaki merekah 😎
      Dah jenuh jaga muka, apa kata kita belai badan pulak? IbuElly memang excited sangat nak share benda baik dan murah ni tau. Kome pun boleh berjimat tau.

      Kome penah dengar ke krim untuk tumit merekah Cosmoderm? Jangan ingat Cosmoderm ada skincare je tau. Bodycare pun banyak jenis ada.

      Advanced Theraphy Moisture Cream :


Pernah nampak kat luar tak?

      Krim kaki ni kalau ibuElly jual rm17.90 aje. Kat luar tak pasti la ade ke tak. Tapi mungkin sesetengah tempat ada kot. Boleh juga nanti korang try cari.

      Krim ni memang bagus untuk tumit merekah tu sebab krim ni mempunyai kelembapan yang sangat tinggi berbanding krim untuk muka tu.

      Tengok la tu ada minyak zaitun dan jugak lidah buaya. Minyak zaitun kan memang elok untuk kelembapan insentif kan. In shaa Allah korang takkan menyesal la guna.

      Amacam? Best kan? Murah dan berkesan pulaktu. Testimoni takde sebab tak edit lagi. Hahahahahaha! Tapi kalau nak wasap je takde hal.

No tel : 017-5604426



Friday, 11 May 2018

May 11, 2018

Parut kena minyak panas dan air panas. Cosmoderm ada?

Parut kena minyak panas dan air panas. Cosmoderm ada?
Assalamualaikum wbt.

      Alhamdulillah, PRU14 pun dah berakhir. Apa saja keputusan harap dapat terima dengan redha ye. IbuElly taknak sembang panjang pasal politik ni. Kang adik beradik, ipar duai bermasam muka πŸ˜†

      IbuElly cuma nak share tentang produk Cosmoderm untuk kesan minyak panas @ air panas @ melecur aje. Mesti ramai tak tau kan Cosmoderm ni ada produk macam ni?

      Jom kita tengok produk Cosmoderm yang ada untuk masalah yang ibuElly sebutkan seperti di atas :


Ni salah satu produknya

      Dalam set pemudaran parut, MINYAK VITAMIN E 30k iu ni ada paling tinggi kandungan vitamin E.

      iu ni stands for International Unit. Means lagi tinggi iu, lagi tinggi la kandungan vitamin E dalam suatu produk dan makin cepat la kesan pemudaran parut tu. Minyak 30k ni sangat sangat sangat likat tau. Dia tak berbau, dan warna dia jernih.

      IbuElly memang tak pernah guna yang 30k, biasa pakai yang 15k  je. 15k lebih sesuai untuk pudarkan parut jerawat dan parut-parut ringan. Tapi 15k pun dah tinggi, apatah lagi 30k kan? 😍


Ni dalam bentuk krim

      Kalau anak kecil yang melecur, cukup hanya sekadar gunakan krim sahaja. Sebab kulit kanak-kanak ni biasanya halus, lembut dan tak matang lagi, jadi 3k sahaja sudah memadai.

      Tak perlu guna vitamin E yang paling tinggi. Risau ada alahan pulak pada kulit kanak-kanak tu sebab tinggi sangat kandungannya. Dulu masa Iskandar kena minyak panas, ibuElly cari ubat di farmasi, ahli farmasi tu yang cadangkan ibuElly sapu krim 3k ni. Tak payah minyak pun takpe kata dia.

Ni dua-dua krim. Tekstur dia ringan je. Krim ni jugak merupakan pelembap bagi mereka yang berkulit kering.


Ada dua jenis minyak jugak


Nak parut lagi umpphhhh, gabungkan dua-dua

      Untuk parut melecur bagi golongan DEWASA, ibuElly sangat sarankan korang gabungkan kedua-dua krim dan oil ni. Memang padu bak angg! Parut cepat sangat pudar nanti. IbuElly guna krim 3k je pun untuk parut memang nampak pudar dah. 


Ni gabungan untuk PUDARKAN PARUT JERAWAT

      Ni pun memang takkan mengecewakan! Berbaloi-baloi beli weh dah la tahan lama. So kita pun takde la perabih banyak sangat untuk skincare kan. Bawah rm100 je pun dah boleh cantik, siap tahan 2-3 bulan malah lebih lagi tau!

      Jadi nak bagitau kat sini, semua yang di atas boleh je guna untuk kesan melecur. Ikut pada keadaan, umur dan jenis kulit masing-masing. Nak tau lebih lanjut mengenai produk dan cara pakai yang betul, boleh contact je ibuElly tau. Jangan risau wei ibuElly memang pakai semua produk Cosmoderm ni. Dah jual kan WAJIB la pakai. Kihkih!

No tel : 017-5604426
Fb page : Cosmoderm IPOH

IbuElly,
Your trusted and reliable Cosmoderm Agent!




May 11, 2018

Beza SET ANTI JERAWAT dengan SET KAWALAN MINYAK Cosmoderm?

Beza SET ANTI JERAWAT dengan SET KAWALAN MINYAK Cosmoderm?
Ramai jugak la ye yang konfius dengan dua set ni. Masih lagi daripada siri yang sama, iaitu siri Tea Tree Oil yang kale hijau tu.

      Dua-dua ni sama, untuk kulit berminyak, bermasalah dan berjerawat. Means kalau muka korang berjerawat, tapi tak berminyak, still tak digalakkan guna yang hijau.

      Sebab hijau fokus untuk kulit berminyak sahaja! Skincare Cosmoderm ni special sebab kita akan cadangkan ikut jenis kulit, bukannya masalah kulit semata-mata. 

      Thats why sebelum beli, konfemkan dulu JENIS KULIT korang tu. Tak kisah la korang agak sendiri ke, pegi buat analisis kulit ke kan. Janji kita tau apa jenis kulit kita tu.

      Ok taknak cakap banyak, jom kita tengok apa beza set kawalan minyak dengan set anti jerawat :


Set anti jerawat



      Nampak macam sama, tapi tak serupa kan? Haa yang rm80 tu murah sikit sebab dia ada ubat jerawat a.k.a anti blemish express manakala yang rm95 ada serum kawalan minyak. Beza sikit kan?

      Set yang rm95 ni sesuai la untuk korang yang kulit berminyak tapi takde jerawat. Means set ni fokus untuk kawal minyak kat muka je. Tapi kalau nak elak jerawat yang datang skali sekala tu haa boleh la beli skali ngan ubat jerawat tu haa. Takde masalah pun.

      Kebanyakan customer kat Malaysia ada jenis kulit berminyak dan berjerawat. Maklumlah kan dengan cuaca panas sepanjang tahun kat sini. Normal la tu.


Famous oii ubat jerawat ni


Pagi-pagi sebelum buat keje umah mesti tepek ni dulu. Apa ko ingat suri rumah takleh melawa?


Gambar ehsan daripada customer ibuElly 😍 ada serum hijau kat situ

      Haa skang dah boleh tau kan apa bezanya? Ingat eik, pastikan dulu apa jenis kulit, baru beli! Nak senang ko roger je ibuElly, boleh dapat harga special macam kat atas tu skali. Kalau kat luar sori eik non hadoO harga set gini. Nanti kome jugak rugi πŸ˜†

Nak roger ko jangan lupa ni haaa klik kat 017-5604426 ni tau. Nak usha gambar kat ig pun boleh, klik je cosmoderm_personalcare ni haa. Kat ig pun ibuElly ade letak link wasap. Ko tekan je tau!


Wednesday, 9 May 2018

May 09, 2018

Nak bantal gebu teman tidur malam korang?

Nak bantal gebu teman tidur malam korang?
      Berapa kali kome BASUH BANTAL dalam sebulan? Apa??? Tak pernah basuh? Basuh sarung je?

      Setakat basuh sarung, senang. Anak lelaki ibuElly pun boleh buat (ok gurau ni tinggi sangat expectation). Apa yang ibuElly maksudkan kat sini adalah korang boleh sumbat bantal seketul tu skali dalam mesin basuh, bukan hanya sekadar sarung bantal! 

      Awesome tak wei bila kome baca? Dia bukan macam tilam kabu tau bila basuh dia jadi berketul dan bergumpal. Dia akan maintain gebu je lepas kome basuh. Tak caya meh kita try layan video.


Boleh play tak?

      IbuElly saja nak test bantal ni betul ke tak bergumpal bila basuh. Memang ternyata la tak bergumpal langsung! Maintain wei serius talk ni!


Lepas cuci semalam, bawak balik kampung sempena nak mengundi. Kihkih


Tengok, kepala tak tenggelam sangat kan ke dalam bantal?

      Ni dah memang sarung dia macam ni tau. So kome tak payah sarung bantal lain pun takpe. Cukup macam ni je. Ya Allah tak tau la macam mana nak cakap dan terjemahkan ke dalam tulisan. 

      Kome kena try dulu bantal ni baru tau macam mana rasa dia. Somi ibuelly yang cerewet tu pun nakkan bantal ni weh! Haru betoi ibuElly dibuatnya. Jadi, sempena Hari Ibu ni ibuElly order la 8 biji sebab nak hadiahkan kat ibu dan juga somi.

      Mana la tau kan makin bertambah pulak order bantal masuk lepas ni πŸ˜‹πŸ˜‹ kome doakan tau. 

      Meh ibuElly tunjuk dalam dia pulak πŸ‘‡πŸ½


Dalam dia BUKAN kekabu tau! Fiber polyster yang SANGAT BERKUALITI TINGGI.

      Kalau rasa bantal ni tinggi, kome boleh keluarkan sikit isi dalam bantal ni dan ejas la sampai kome dapat ketinggian bantal yang kome nak. Tak susah kan?

      Bantal ni ibuElly jual jugak tau. Tak mahal pun, rm39 je sebijik. Kalau ambik 4 biji, rm150. Dah jimat rm6! 😍 nak ibuElly pos kan pun boleh tau takde masalah. Itu bisa diatur!

Kome berminat tak nak cuba? Yang dalam kawasan Ipoh, boleh COD je. No problem! Jimat duit pos! Boleh halo-halo ibuElly kat 017-5604426

Tak rugi wei try sebiji. Confirm kome akan repeat beli lagi sebijik atau berbijik-bijik! 🀣

May 09, 2018

Betul ke ada TRUSTED AGENT produk Cosmoderm?

Betul ke ada TRUSTED AGENT produk Cosmoderm?
Assalamualaikum korang.

      Masya Allah sori sangat sebab dah lama tak update. Tenet ibuElly abeh kuota! 🀧 tu la gatal kan pi update guna data. Mendapat lah!

      IbuElly sebenarnya nak update pasal Cosmoderm la apa lagi kan. Kahkahkah! Rupanya ramai yang tak caya ibuElly ni jual barang Cosmoderm yang ORIGINAL! 

      Alamak, stress jugak ye bila asyik dituduh jual produk FAKE dan TIPU ni. Hahahahha.

      Terasa ibuElly ni haa dengan tindakan kome ni tau kadang-kadang. 😹 ibuElly ikhlas nak cari rezeki dan sedikit duit poket dengan menyebarkan kebaikan Cosmoderm, tapi ini yang kudapat. Kahkah!

      Skang ni meh nak tunjuk feedback customer ibuElly yang dah berjaya dapat parcel diorang dengan selamat dan dapat produk original. Tak main la beli balik di farmasi, Guardian atau Watsons tau. Semua FRESH dari kilang. Kau ada?


Baki memang ibuElly akan bagi balik. Kalau lupa please ingatkan


Siap video bagai


Alhamdulillah, repeat lagi


Ni yang borong sampai 2.7kg semua barang dia. Bukan repeat customer, customer baru tau! Terharu sangat!


Alhamdulillah


Customer ni pun borong banyak tau

      Dah, lepas ni tolong percaya tau ibuElly memang AGEN SAH produk Cosmoderm. Bukan jual barang fake! Ada pape  boleh roger SINI, tengok instagram kat cosmoderm_personalcare dan fb page Cosmoderm IPOH

Tatatatata!