Tips memulakan penggunaan skincare 😍 - IBU ELLY DI SINI

Sunday, 20 May 2018

Tips memulakan penggunaan skincare 😍

      Assalamualaikum wbt. Amacam Ramadhan ke-4 harini? Ada baik?

Alhamdulillah, Allah bagi lagi peluang untuk kita beramal dalam bulan Ramadhan yang mulia ni lagi sekali. Sungguhpun kita ni PENDOSA, Allah tetap bagi peluang untuk kita bertaubat dan kumpul pahala 😿

      Ok cukup dengan tazkirah. Harini ibuElly nak share tentang Tips Penting Macam Mana Nak Mula Guna Produk Penjagaan Wajah. 

      Haa, siapa kat sini yang belum pernah guna apa-apa skincare? Dah meningkat baru ada kesedaran kan nak berskincare bagai? 😹

      Takpe, ibuElly share kat sini sedikit sebanyak tips untuk mulakan rutin penjagaan kulit wajah tu tau. Ni berdasarkan pengalaman sendiri ye 😁


Zaman lepas stop skincare timbang

Tips untuk mulakan pemakaian produk untuk kulit wajah :
  • Pilih produk yang sesuai dengan kulit wajah
Ni sangat penting. Korang sendiri kena tau apa jenis kulit sebelum mula mencari produk untuk kulit wajah korang tu. Jangan main hentam je beli, nanti kesannya korang jugak yang tak puas hati 😢
  • Pilih jenama atau brand yang korang percayai
Ok dah tau jenis kulit yang sesuai, now lets hunt for the suitable and best skincare! IbuElly nasihatkan, elak produk skincare timbang kilo! Nak selamat, cari produk yang betul-betul selamat yang memang ada jual kat farmasi ataupun drugstores. Contohnya macam Cosmoderm 😋 Nanti korang jugak menyesal terlibat dengan produk timbang kilo ni. Korang tengok sendiri jela apa yang jadi kat kulit ibuElly tu 😿
  • Guna item yang penting, asas
Ok, item paling basic dalam pemakaian produk wajah adalah : pencuci muka, penyegar wajah (toner),pelembap dan juga serum. Ada 4 ni, haa you are ready to go!
  • Wajib la konsisten
Bila dah ada semua ni, janganlah tak konsisten pulak. Korang kena konsisten dengan produk yang korang pakai at least 6 bulan untuk tau sama ada dia berkesan, sesuai atau tidak. Kalau dah beli tapi tak pakai, tak guna jugak der!


Hasil konsisten dengan skincare Cosmoderm

  • Kena rajin bersihkan muka (bukan guna pencuci semata-mata)
Ni ramai yang tak tau. Diorang ingat, orang yang pakai mekap je kena guna makeup remover! Salah tu! Ingat kita yang tak pakai mekap ni tak terdedah dengan habuk dan debu ke? Dok umah je pun kulit muka kotor tau! Tak caya esok cuba try.

Yela sekurang-kurangnya bila kita dah cuci guna penanggal mekap tu, takdelah pori kulit tersumbat dan seterusnya menggalakkan pembentukan jerawat. Kulit pun steady je takde kusam pun. 

      Haa amacam? Ok tak tips simple ibuElly tu? Ni apa yang ibuElly sendiri memang amalkan. Ikut logik akal. Kalau korang ada penambahan lain, takde masalah boleh je masukkan skali.

      Ok nanti entry lain ibuElly share tips lagi eikk.

No comments:

Post a Comment