June 2018 - IBU ELLY DI SINI

Friday, 29 June 2018

June 29, 2018

Tampil berseri di pagi raya atau bila-bila sahaja dari ATAS RAMBUT hingga HUJUNG KAKI 😍

Tampil berseri di pagi raya atau bila-bila sahaja dari ATAS RAMBUT hingga HUJUNG KAKI 😍
Assalmualaikum.

Selamat Hari Raya wehh. Dah Syawal ke-15 dah pun. Cepatnya masa berlalu kan.

Post ni sepatutnya lama dah. Hahahah. Tapi lupa nak tulis dengan panjang lebar. Amacam raya korang tahun ni? Berseri tak dari sebelum ni? 😆

Ala gurau pun tabole. IbuElly tanya je pun. Jangan lah nak emo sangat. Kahkah! Nak tak ibuElly share kulit ibuElly time raya 2017 dan raya 2018 tahun ni?


Beza ke tak weh?

      Rasa masa tahun lepas ni kulit berminyak gila. Parut bersepah. Tepek bb cushion pun parut masih degil taknak kalah. Nak buat macam mana, gatal sangat kan guna produk beracun dulu. Padanlah muka!

Kalau korang nak tau, masa pagi raya aritu kan, ibuElly hanya guna serum Tea Tree Oil, pelembap Tea Tree Oil (both Cosmoderm) dan tepek bb cushion nipis dan lipmatte Fever Glam sikit. Haa simple kan mekap ibuElly di pagi raya?

      IbuElly memang tak gemar sangat nak bermekap beria. Sebab SUSAH NAK CUCI TIME NAK SOLAT dan makan banyak masa 🤣

      IbuElly suka benda yang simple dan mudah. Mudah pakai, mudah dibersihkan. Mudah dapat. Semua mudah lah! Dah tu ibuElly Agen retail produk Cosmoderm kan, lagi-lagilah mudah sangat nak dapatkan produk Cosmoderm ni tau. 

      Berbaloi sangag rasanya dengan harga dan kualiti. Tambah pulak Cosmoderm ni produk BUATAN MALAYSIA and kita wajiblah sokong produk tempatan kan?

      Produk tempatan pun bukan semua tak elok. Cosmoderm ni memang ada jual kat farmasi dan drugstores lagi. Jadi memang trusted dan bagus tau! 

      Jom cekidaut apa ibuElly guna untuk parut nak kasi hilang dalam masa setahun tu :


Ni kalau keluar waktu siang. Kulit rasa tak berminyak dan smooth!


Minyak 30k baru pakai je bulan 5 aritu


IbuElly guna FACIAL
SCRUB


Rajin bersihkan kulit jugak sebelum cuci muka

      Ni BUKAN fullset tau set skincare Cosmoderm yang ibuElly guna. Ni hanya untuk PEMUDARAN PARUT. Untuk kawal minyak kat muka ni ibuElly guna yang hijau Tea Tree Oil tu. Superbbbb! 

     Ok takpelah korang boleh la terjah media sosial ibuElly ye kalau nak tengok dan baca konten fresh setiap hari 😋

Fb page : Cosmoderm IPOH
Fb personal : Elifa bt Ismail
No telefon : 0175604426

Friday, 8 June 2018

June 08, 2018

Bantal murah tapi setanding bantal mahal?

Bantal murah tapi setanding bantal mahal?
Korang tukar bantal berapa kali dalam setahun? Apa?!!! Guna bantal yang sama sampai lunyai dan berbau?

      Ewwww! Korang tau ke dah berapa banyak pepijat atau hama yang menumpang dalam bantal korang tu? 

      Seram tau kalau teringat. Yela ibuElly pun tak penah tau yang kita memang kena tukar bantal setiap 1-3 tahun. Bantal pun ada tarikh luput dia tau. Ingat makanan je ada tarikh luput?


Haa ni la akibatnya kalau pepijat takmo pi mana dah

     Yela dia dah selesa kat situ. Sampai satu tahap, bila kita basuh pun, pepijat wat lek wat peace je. Apah pun dia tak heran. Kome sanggup ke tido atas bantal gini? Ya Allah, mintak simpang!

Bantal murah, tapi setanding dengan bantal mahal dan mewah? 

      Percaya ke? Daripada beli bantal mahal-mahal kat Aeon tu kan, baik lah korang spend rm150, dah boleh dapat 4 biji bantal tau! Tapi tak kisah la, nak beli 1 je pun boleh.

      Kalau satu je, rm39. Yang jauh kita boleh pos. No worries. Postage kita guna POS DOMESTIK tau. Murah la sikit. Tapi sampai dalam 3-5 hari gitu. Yela dah murah kan, lambat la sikit. Kalau nak yang laju pun boleh, tapi MAHAL!

      Tapi nak senang, korang mesej je ibuElly dulu. Bagitau kome area mana. Nanti ibuElly carikan agen berdekatan. Haa senang kan? Kome tak payah cari merata.


Bukan main sedap anak ibuElly Leyna. 😋

     Tambah raya-raya ni kan. Elok sangat tukar bantal baru terus! Dah bertahun asyik bantal sama je dok dalam almari, atas katil. Tah berapa ribu pepijat dok berpesta dalam tu 🤣

      Bantal Leyna ni, korang boleh guna dari 1-2 tahun gitu. Ingat tau! Bantal pun ADA EXPIRED DATE! Jangan main hentam je guna sampai 20-30 tahun.


Mula-mula kempis la, bila bukak jadi gebuu


      Bantal Leyna ni pun dah viral tau skang. Even artis, insta famous pun guna bantal Leyna. Kome taknak? 😃

      Kalau nak, meh roger ibuElly kat 👇🏽

No tel : 0175604426
Instagram : bantal_mewah



Mak mentua iolss pun berbantal Leyna tau 😁

Thursday, 7 June 2018

June 07, 2018

Produk penjagaan intim wanita yang MURAH tapi cenggini 👍🏻👍🏻

Produk penjagaan intim wanita yang MURAH tapi cenggini 👍🏻👍🏻
Assalamualaikum korang!

      Masya Allah, rasa lamanya tak post apa-apa entry. Maaf ye anak ibuElly warded. Demam on off la. Rupa-rupanya darah kotor + kuman dalam darah tinggi. Tu pasal la demam takmo stop.

      Tengok demam tak surut, ibuElly pun bergegas la bawak anak ke hospital. Alhamdulillah nasib baik takde benda yang teruk. Masih lagi dalam kawalan la.

      Ok nak tanya, korang ada ke pencuci intim untuk bahagian intim korang tu? (Wanita je ye) apa?? Tak pernah ada?

      Memang la ramai jugak yang berpendapat, pencuci intim TAK PENTING. Sebab kononnya kawasan tu sangat sensitif, dan seeloknya tak perlu cuci dengan sabun!

      Emm, tapi bagi ibuElly, pencuci intim tu penting tau. Memang la kawasan tu sensitif, sebab tu lah kita kena cari yang sesuai. Bukannya guna sabun mandi! Sebab tu lah, ibuElly cadangkan korang guna Cosmoderm ni haa.

      Cosmoderm ni sebenarnya ada 2 jenis pencuci intim wanita. Satu yang KUNING dan satu lagi PINK. Tapi kebiasaannya customer ibuElly lebih prefer yang pink la.


Haa nampak yang botol pink putih tu? 


Ni yang botol kecik

      Biasa yang kuning sesuai untuk para remaja manakala yang pink ni untuk ibu-ibu lepas bersalin, pengantin baru, dan semua peringkat umur. 

     IbuElly pun lagi suka restok yang pink. Yang pink ni ada ekstrak manjakani. Jadi ia sangat sesuai untuk semua golongan sebenarnya. 

      Tau tak, seisi keluarga ibuElly guna tau. Ibu, mak mentua, biras, kawan-kawan eh semua lah. Sebabnya lepas pakai pencuci ni, bahagian intim jadi dingin, segar, wangi dan gatal-gatal pun hilang! IbuElly adalah guna dalam setahun lebih dah pencuci ni. 

      Ye, skang packaging baru. Lebih pekat dan lebih berkesan. Thats why la nampak lain daripada sebelum ni. Hehe. Dulu yang besar 400ml, kecik 150ml. Skang yang besar 375ml, tapi yang kecik masih saiz sama.

     Tapi sama je sebenarnya. Pencuci ni ada customer dia sendiri tau. Ada pernah sekali tu customer ibuElly beli sampai 4 botol besar tau pencuci ni! Katanya kat luar susah nak dapat. Sebab memang takde jual pun!

      Ye, ramai customer ibuElly bagitau yang tak banyak produk Cosmoderm yang ada jual kat luar. Tu pasal ibuElly bawak masuk semua produk Cosmoderm. Itu yang menjadikan ibuElly rare. Yela kat luar biasanya jual skincare je. Body care dan hygiene care memang takde.

     So kalau korang nak pencuci intim ke, nak sabun mandi ke, roger ibuElly je tau. In shaa Allah stok pencuci intim dan badan memang sentiasa ada.


Saiz besar, 375 ml


Ni wajah lama

Kalau korang berminat nak try produk Cosmoderm yang lain ni, boleh la hubungi ibuElly di media sosial atau nombor telefon kat 👇🏽👇🏽

No telefon : 017-5604426
Facebook page : Cosmoderm IPOH
Facebook personal : Elifa bt Ismail






Friday, 1 June 2018

June 01, 2018

Boleh ke campur-campur pakai produk Cosmoderm ni?

Boleh ke campur-campur pakai produk Cosmoderm ni?
      Assalamualaikum.

Nak raya ni korang dah siapkan persiapan raya ke? Baju je? Kulit muka tu taknak kasi upgrade ke? Takkan tiap-tiap tahun nak sama je kan?

IbuElly, saya pakai yang hijau je selama ni. Boleh ke saya nak pakai yang kuning ke merah ke? 

      Asal pulak tak boleh? Selagi masih dalam brand yang sama, takde masalah kalau korang nak campur pun. Sebab apa?

      Sebab, setiap produk Cosmoderm ni berbeza fungsi memgikut siri masing-masing. Jadi sebab tu untuk masalah berbeza, korang boleh je campur-campur guna produk Cosmoderm ni.

      Yang penting sesuai dengan jenis kulit korang. Contoh macam ibuElly, asalnya guna set anti jerawat Tea Tree Oil (hijau) je untuk masalah berminyak dan berjerawat.

      Lepas sebulan bila kulit dah ok, ibuElly mula berjinak-jinak dengan siri yang lain sebab nak cari penyelesaian untuk pudarkan parut pulak. 

     Makanya, tu yang ibuElly cuba item dari siri KUNING dan juga MERAH. IbuElly pun dah tanya pendapat konsultan Cosmoderm, takpe kalau campur-campur pakai. Sebab masih dalam brand yang sama. Bahan yang digunakan  kebanyakannya sama. Jadi in shaa Allah sesuai je untuk semua.

Sebagai contoh macam yang ibuElly guna dah nak hampir setahun ni :


Krim dah nak setahun. Minyak baru 15 mei aritu. Sebab minyak 30k ni tak penah try lagi 😬


See, ada merah dan kuning. Yang ni memang item yang ibuElly guna tau. Tu suar jean somi. Hahahha


IbuElly guna set ni dah nak setahun dah tau

      Nampak macam banyak kan? Tapi ada la urutan pakai dia. Bukannya kena tonggeng semuanya skaligus. Kalau skaligus mau menjerit kulit korang.

      Best sangat guna Cosmoderm ni sebab MAINTENANCE RENDAH SANGAT! Maunye tak, macam set jerawat tu rm80, tahan sampai 2-3 bulan tau! Gila tak jimat?!

      Serum merah tu pulak harga rm69.90 tapi ibuElly guna sampai 3-4 bulan! Mana ada serum murah pastu tahan lama woii? Tambah ibuElly agen pulak, lagi lah murah weh!

      Memang tak menyesal sangat cuba tau. Dalam banyak-banyak skincare yang ibuElly penah guna, Cosmoderm la yang paling tahan lama. 


Yeayy, raya tahun ni no more parut!

Bulan Jun 2018 genap SETAHUN bersama Cosmoderm! Cosmoderm dah banyak bantu masalah kulit ibuElly. Korang pun boleh dapat kulit cantik dan flawless dengan Cosmoderm. Nak ibuElly guide? ⤵️⤵️

No telefon : 017-5604426
Facebook page : Cosmoderm IPOH
Facebook personal : Elifa bt Ismail