September 2018 - IBU ELLY DI SINI

Saturday, 29 September 2018

September 29, 2018

Foundation Cosmoderm! Best ke BEST?

Foundation Cosmoderm! Best ke BEST?


      Pernah tengok ke bb cream Cosmoderm ni? Hehe. Ni bukan saiz sebenar tau. Ni saiz sample je ni, 10ml. Saiz sebenar 30ml. Tahan lama kemainnn!

      Bb cream Cosmoderm ni ada 2 jenis sebab dia ikut jenis kulit! Yela kulit kita tak sama kan. Setiap manusia Allah ciptakan berbeza-beza. Dah tentu jenis kulit pun tak sama!

      Hijau ni lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Bb cream jenis hijau ni in shaa Allah dia akan bantu kulit korang kawal pengeluaran minyak dan mengurangkan kilatan pada wajah. 

      IbuElly pun guna tau bb cream ni. Dah la ada SPF 35, elokk sangat dia lindung kulit kita daripada sinar UV penyebab jeragat tu. 

      Bukan tu je tau. Bb cream ni juga berfungsi untuk memudarkan parut, mengecutkan jerawat, memberikan kemasan untuk kulit lebih ploles, takyah pakai mekap dah pun takpe! IbuElly skang ni malas skala ke namploh kome tau tak?

      Jadi bila nak keluar rumah tu, memang nak yang paling instant! Toner + pelembap + bb cream + liptint! Simple! Bagi korang yang MALAS atau alasan TAK RETI MEKAP tu, haa elok sangat korang tiru macam ibuElly. Kihkih.

      Dah dah dah, jangan tunggu lagi! Mana nak cari? Cari ibuElly kat sini. Eh satt! 

LUPA PULAK NAK EXPLAIN YANG WARNA KUNING! 🀣

      ok warna kuning pula sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal, kering dan kombinasi. Jadi hati-hati ya pilih yang sesuai. Jangan main rembat je. Kang tak elok di wajah kome tu, Cosmoderm jugak yang kome salahkan! πŸ˜‚

Cosmoderm ada 3 kod warna. Macam kat bawah ni πŸ‘‡πŸ½



















Jom cari ibuElly ramai-ramai kat Cosmoderm IPOH dengan cosmoderm_personalcare sabar jap no telefon pun ada ni haa 017-560 4426

Haa jangan lupa ye cari ibuElly kat situ. Ok bai!

Wednesday, 19 September 2018

September 19, 2018

Pengalaman anak kena chicken pox by ibuElly

Pengalaman anak kena chicken pox by ibuElly
      Assalamualaikum wbt.

Korang ibuElly sebenarnya nak cite benda ni lama dah. Tapi asyik tertangguh je atas kekangan masa. Now dah berapa bulan dah since anak-anak dan ibuElly skali kena demam campak. Uhukuhuk

      Ingat lagi rasanya masa bulan Jun aritu la kot. Kami sekeluarga pi mandi kat Hotspring Sungai Klah, Sungkai masa tu. Ramai-ramai la adik beradik somi, mak ngan pak mentua semua ikut.

      Masa tu takde la ramai sangat orang. Tapi yela, dah kata nak kena demam campak tu, bila-bila pun akan kena juga. Tambah-tambah anak-anak ibuElly memang belum pernah kena demam campak lagi dua-dua.


Ni masa ni Dahlia kena. Naik biji-biji berair

      Masa ni tak expect lagi demam campak. Ingatkan ruam biasa je. Buat bodoh jela masa hari pertama kena. Tapi masuk hari kedua dah makin banyak, terus bawak pi klinik. Sah la Dahlia dijangkiti demam campak 😣

      Masa ni dia tak merengek sangat tau. Yela belum pecah lagi, gatal tu tak rasa lagi. Tapi memang kesian la tengok dia adehhh.

      IbuElly dapat tau je anak kena campak, terus get ready dua benda ni πŸ‘‡πŸ½πŸ‘‡πŸ½


Sabun ni hospital Pantai Putri bagi. Memang bagus sangat untuk kurangkan kegatalan

      IbuElly seriously memang tak pernah tengok atau jumpa item Cetaphil yang ini. Yang lain tu biasala nampak. Sabun ni memang bau ubat, cecair warna putih dan tak berbuih. IbuElly memang tak berapa gemar bau ni. Tapi tengok Dahlia kurang gatal, haa on jela.

      Brand ni kome boleh cari kat farmasi. Drugstores tak pasti la ada ke tak, boleh la kot cuci mata sambil cuci dompet. Ala kau tak usah nak gebang, ibuElly tau kome bukan boleh nampak Watsons atau Guardian tu haaa!

      Benda kedua yang ibuElly sediakan adalah benda ni πŸ‘‡πŸ½πŸ‘‡πŸ½πŸ‘‡πŸ½


Lotion Talc Cosmoderm


Herbal blend tu haa atau nama glemer, HB

      Herbal Blend tu brand Shaklee, Lotion Talc tu brand Cosmoderm. Actually korang boleh je nak guna mana-mana pun janji sesuai dengan bujet korang. IbuElly guna dua-dua sebab masa guna Cosmoderm, kebetulan abeh pulak dan stok takde. Maka bukak la herbal blend pulak.

      Lotion Talc Cosmoderm dia tak panas dan berangin. Cuma macam krim biasa, bila sapu kat kulit jadi sejuk je kulit badan. Krim ni sesuai digunakan pada kanak-kanak sebab bahan-bahan yang digunakan dalam tu lebih selamat untuk anak-anak. Yang penting, BEBAS PARABEN.

      Manakala Herbal Blend ni pulak macam berangin sikit. Bila sapu kat kulit rasa best je, rasa segar! Bau pun macam bau mint-mint sikit. Tapi tak la panas macam bila sapu minyak panas tu haa. Biasa-biasa jela.

      Dua-dua pun ibuElly jual. Dua-dua pun ibuElly guna. Sebab ibuElly lagi selesa guna barang yang selamat dan mudah dapat macam Shaklee dan Cosmoderm ni haa. Tak payah susah-susah nak cari kat farmasi ke kan. Sebab sentiasa ada ready stock kat tangan kita. 

      Alhamdulillah dalam masa 3 hari surut semua demam dan biji-biji. Tiap-tiap kali masa mandi, mandi dengan Cetaphil pastu lepas mandi sapu pulak Lotion Talc atau Cosmoderm. Setel masalah!

      Ada la pegi klinik sebab nak sahkan sama ada tu campak ke tidak. Doc ada bagi calamine lotion tu. IbuElly guna jugak. Selang-selang. Sebab Iskandar tak suka pakai tu. Dia rimas. So ibuElly ganti la pakai dengan Herbal Blend atau Lotion Talc tu haa.

      Masa ibuElly kena campak pun (yakni lepas Iskandar punya campak surut, dia beralih ke ibuElly pulak) ibuElly pun tumpang sekaki mandi ngan mandian Cetaphil tu hahah. Memang best, badan pun takde gatal-gatal. 

Korang kalau nak dapatkan produk Cosmoderm dan Shaklee, boleh la dapatkan di 017-560 4426 tau. Kol atau wasap je ibuElly terus. Produk Cosmoderm tu kalau ada instagram, boleh la cuci mata kat cosmoderm_personalcare atau facebook page, Cosmoderm IPOH . Jangan lah cuci mata je, cuci la dompet skali. Kihkih. 

K bye!


Thursday, 13 September 2018

September 13, 2018

Apa kata pengguna Cosmoderm?

Apa kata pengguna Cosmoderm?
      Assalamualaikum!

Haaa selama ni ibuElly dok tunjuk je kan skincare Cosmoderm yang berlambak-lambak tu. Harini dalam entry ni ibuElly nak cerita pasal FEEDBACK CUSTOMER lepas guna Cosmoderm ni.

      Kebanyakan mereka ni hanya guna produk Cosmoderm semata-mata. Takde yang campur dengan produk-produk lain. 


Ni kulit ibuElly 2 tahun lepas rasanya. Yang after tu baru tahun ni

      IbuElly dulu asalnya kulit jadi macam ni sebab salah guna produk. Yela dulu kan hot produk-produk bagi putih seminggu, cerah 3 hari. Mana taknya terpedaya sekali!

      Mula-mula tu ibuElly salah beli juga tau. Ingat lagi dulu nak pudarkan parut, ibuElly pun beli la set pemudaran parut Vitamin E. Kononnya sesuai la kot untuk kulit ibuElly.

      Pakai-pakai nah! Jadi lagi teruk! IbuElly bingung jugak apahal jadi makin teruk ni. Naik jerawat batu memang buruk sangat muka masa tu. Baru je jerawat tu reda dengan suplimen Shaklee sebelum tu, dok naik balik!

      Rupa-rupanya, salah beli! IbuElly cuba sedaya upaya contact staf Cosmoderm dan tanya apa yang tak kena. Katanya masa tu, ‘ kulit Elifa berminyak jadi tak sesuai guna  produk Vitamin E. Elifa kena tukar pada Tea Tree Oil ‘

Ya Allah, tu la mendapat! Sapa suruh tak buat research dulu kan. Kihkih. Makanya, kalau korang taknak duit tu melebur, haa meh beli barangan Cosmoderm ngan ibuElly. IbuElly guide daripada Alif sampai Ya! πŸ˜‹


Percaya tak Cosmoderm memang menjadi?

      Ye, ni ibuElly jugak! Masa ni dalam tempoh pemudaran parut, ibuElly guna krim vitamin E 3000 iu, dan serum pencerah Luminous Pearl (merah) haa itu je ibuElly guna selama setahun lebih ni. Memang umphhhh habaq ang!


Antara barangan yang ibuElly guna. Bukan hijau semata-mata!



      Ni haa salah satu customer ibuElly yang ada masalah kulit kombinasi berminyak dan kering. Dapat je barang tak menyabo terus pakai πŸ˜‹πŸ˜‹

      Kulit walaupun ada kawasan yang berminyak, tapi masalah tempat yang kering pun dapat diatasi dengan adanya krim vitamin E 3000 iu tu tau. Krim tu memang memberi kelembapan untuk kulit yang extra kering dan berumur bawah 40 tahun. 

      Scrub tu tanggalkan sel kulit mati dan membersihkan wajah daripada segala kekotoran, debu dan habuk yang melekat di wajah tu haa. Best kan semua ada Cosmoderm ni haa tau. Rugi sangat tak cuba!


Ni lebih kepada untuk penjagaan badan dan intim

      Shower gel Tea Tree Oil ni lebih kepada untuk menyelesaikan masalah jerawat badan dan bau badan manakala pencuci intim tu untuk menyegarkan kawasan intim dan in shaa Allah boleh kurangkan kegatalan, ketidakselesaan dan keputihan! πŸ˜‹

      Pencuci intim tu daripada ekstrak Manjakani dan juga Kacip Fatimah tau! Sebab tu bila pakai tu rasa sejuk-sejuk, dingin dan harum je! PENGANTIN BARU atau IBU DALAM PANTANG sangat-sangat sesuai dan digalakkan sangat guna pencuci intim Manjakani ni. Fresshhhhhhh sangat!


Tudiaaa ni pun customer baru gak ni

      Customer ni bagus sebab paling suka tanya soalan. IbuElly memang suka kalau orang yang sukaaaaaaaaaa sangat bertanya ni. Tu tandanya memang dia nak pahamkan betul-betul apa produk yang dia pakai. 

      IbuElly memang rela hati consult dan guide customer yang memang beli ngan ibuElly. Sebab tu kalau korang yang pernah jadi customer ibuElly, sampai bila-bila in shaa Allah ibuElly guide.


Ni cust facebook

      Ni haa baru guna satu malam pun dah terpikat! Yang penting tahan lama! (Tahan lama la kan sebab sampai skang dia tak repeat beli ngan ibuElly lagi πŸ˜ƒ) hahahahaha. 

      Customer ni guna bukan full set pun. Guna loose je pun dah nampak kesan dah. Dah la murah, halal pulak tu kan??


Ni ibuElly tak pasti dia beli kat mana. Luar ke atau kat ibuElly. Ahhh yang penting dia puas hati!

      Best kan weh? Ni sebahagian je tau testimoni daripada pelanggan-pelanggan yang memang dah guna Cosmoderm. IbuElly sendiri pun terus terang ibuElly bagitau. IbuElly memang takde pakai apa-apa produk lain untuk skincare. Memang hanya Cosmoderm sahaja semata-mata!

      Kalau ibuElly tipu, memang Allah je yang tau. Korang boleh tanya jiran, anak, somi dan adik beradik ibuElly tau! Haaa, korang kalau nak barang Cosmoderm, singgah-singgah la kedai online ibuElly di cosmoderm_personalcare kat instagram atau page facebook di Cosmoderm IPOH tau.

      Boleh scroll-scroll sebelum pinang barang apa yang kome nak. Nak lagi senang mai teruihh kol atau wasap ke hati ibuElly kat 017-5604426

Skang dah tau kan kat mana nak cari produk Cosmoderm murah, berbaloi dan dijamin ORIGINAL?

Jangan lupa singgah kedai online tu tau! Daaaa!








Monday, 10 September 2018

September 10, 2018

Ban Pecah, Tanjung Piandang Kuala Kurau

Ban Pecah, Tanjung Piandang Kuala Kurau
      Cuti banyak kan bulan September ni? IbuElly rasa dah berapa kali cuti dah ni haa. IbuElly macam biasa la kalau cuti, memang busy ngan kelas tuisyen.

      So, disebabkan ibuElly busy dan tak boleh nak overnight kat mana-mana, ibuElly just pergi tempat yang memang ada dalam Perak sahaja. 

Jom cekidaut mana ibuElly lepas Ahad lepas πŸ˜‹


Ban Pecah, Tanjung Piandang

      Haaa, cantik kan tempat ni? Sebelah sawah padi, sebelah lagi laut! IbuElly memang suka wei tempat-tempat yang ada laut ni. Tenang sangat rasanya!

      Ban Pecah ni terletak di Kuala Kurau, Perak. Ramai yang keliru antara Batu Kurau dan Kuala Kurau ni sebenarnya. 

      Batu Kurau tu dekat-dekat ngan Taiping nun. Tempat durian dan petai πŸ˜†. Kuala Kurau ni pulak kena lalu jalan nak ke Bagan Serai. Lalu jugak Taiping sebenarnya, tapi jauh lagi la dari Taiping nun.

      IbuElly tau tempat ni daripada Facebook jugak. Tak pernah tau weh sebenarnya kat Perak ada tempat yang cantik dan indah macam ni. Serius best!

      Somi ibuElly pun baru tau tempat ni wujud. Memang ceruk pun tempat ni. Dari luar nampak macam kampung biasa je. Tapi kat dalam sikit sapa tau ada jalan kecik menyelusuri laut indah πŸ˜‹


Masuk dalam je baru nampak signboard ni tau


Suasana di Ban Pecah

Ban Pecah ni dikatakan suatu masa dahulu adalah sebuah sawah padi yang luas dan besar. Ye, menurut sumber yang ibuElly baca, laut yang luas ni asalnya adalah sebuah sawah padi dan ada perkampungan la kat sini dulu.

      Dengarnya ban ni disumpah oleh anak yatim yang hartanya dibolot oleh bapa saudara mereka setelah kematian ayah mereka. Anak yatim ni terpaksa berhempas pulas cari sesuap nasi dan buat apa-apa sahaja untuk teruskan hidup. Walhal harta mereka ada je dan sepatutnya kehidupan tak lah sesusah yang mereka terpaksa lalui.

      So anak yatim ni bersumpah bahawa kampung tersebut akan mengalami musibah kerana harta mereka dirampas oleh bapa saudara mereka. 

      Tak tau la sejauh mana kebenaran dan kesahihan cerita Ban Pecah ni. IbuElly cuma menceritakan balik je berdasarkan apa yang ibuElly baca. Hehe. Janganlah kecam ibuElly pulak.


Batu-batu tu dibina supaya air laut tak melimpah sampai ke kawasan kampung



      Bb cream Cosmoderm ni tak boleh tinggal! Yela nak pi laut kan, kena la lindung kulit dari sinar uv penyebab jeragat tu. IbuElly kulit berminyak, jadi sesuai sangat lah yang warna hijau. Produk Cosmoderm boleh scroll kat instagram ibuElly, cosmoderm_personalcare atau page facebook ibuElly, Cosmoderm IPOH. Haa senang la korang nak cuci mata nanti kan.

      IbuElly ni cuma AGEN RETAIL DARIPADA HQ je tau. Jadi kalau kome nakkan jawapan macam, ‘ sis cosmoderm ni ada tak kat Guardian Sungai Petani, Watsons Ban Pecah? Jenuh cari takde pun? ‘ maaf, ibuElly memang tak tahu!

      Tapi kalau korang nak harga jimat dan siap ada orang yang guide, haa ibuElly la orang yang tepat!

      Ni haa jom layan lagi gambar-gambar di Ban Pecah. Cosmoderm tu iklan je hehe.


Tempat ni sebenarnya sangat sesuai untuk memancing! Kalau ada antara korang yang gemar memancing, boleh la terjah sini!


Jalan raya ni kecik je. Kalau berselisih salah sorang kena beralah ye. Tau kete kome cantik-cantik, tapi kalau boleh bertolak ansur lagi syantikkkk!


My son, Muhammad Iskandar


My daughter, Nur Dahlia


Untung la meow ni dapat ‘sushi’ freshhhhhh πŸ˜‹πŸ˜‹


Acah-acah je somi ni. Padahal bekas bagai semua tak bawak πŸ˜†


Bestnya meow ni bersantai bersulamkan angin laut. Kenyang makan sushi la tu


Already miss it!

Nanti hujung minggu boleh la bawak family korang pegi sini. Sini boleh mandi tapi masa kat tempat mula-mula tu je. Di pertengahan ni takde nampak orang mandi pun.


Jangan lupa singgah makan kat sini. Harga berpatutan sangat tau!


Mee udang special rm15 sahaja! Memang beratur udangnya weh!


Malas cakap banyak, sila datang dan rasa sendiri. Abc ni rm5 only!

Babai!














      

September 10, 2018

Suri rumah, cikgu tuisyen, agen Cosmoderm? Macam mana tu?

Suri rumah, cikgu tuisyen, agen Cosmoderm? Macam mana tu?
Assalamualaikum wbt.

      Apa khabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa 🎢🎢🎢 ehh menyanyi pulak kau ehh. 

      Actually ibuElly kat bengkel ni haa menggantikan brake pad kete yang dah haus ni. Sian dia dah 6 tahun rupanya tak pernah tukar. Ehh rasa kejap pulak ye. Lagi 3 tahun in shaa Allah habis la bayar cik Viva sayang ni.

      Korang kenal ke sapa ibuElly ni? Apa dia buat? Keje apa je dia buat untuk cari rezeki? 

      Haaa kalau korang nak tau, ibuElly tu ialah seorang ibu, anak, isteri, penjual online, cikgu tuisyen (full time) dan manusia biasa yang menumpang di bumi Allah. 

Haaa nampak macam senang je keje ibuElly ni kan? Yeka dok rumah, jaga anak. Bukan buat apa sangat pun kan? 

Emmm yela, orang yang tak tau, memang boleh cakap cenggitu. Padahal, orang yang dah merasa dan tempuh je tau! Apa korang ingat senang nak bahagikan masa di rumah, ngan anak lagi, keje tuisyen lagi, senang?

      IbuElly mula buat tuisyen lama dah. Sejak November  2013 lagi. Bulan 11 tahun 2018 ni genap 5 tahun berkecimpung dalam bidang home tutoring ni tau. Alhamdulillah, dengan izin Allah. IbuElly dapat la meneruskan hidup dengan membayar segala hutang yang ada (PTPTN, kereta, insurans, Coway, tadika anak dan pelbagai lagi) dengan hasil usaha mengajar tuisyen ni haa. 

      Masa tu ramai sangat yang kondem. Yela bunyi dia lebih kurang gini eik, ‘ ehh kau belajar tinggi-tinggi sampai degree, alih-alih buat keje merapu macam ni je? ‘

Masya Allah, masa tu newbies lagi. Apa orang cakap semua nak sentap! Sikit-sikit nak emo sikit-sikit nak nangis. Ate lantakkan aje la kan orang nak cakap apa pun. Bukan diantau apa yang kita tengah buat dan apa result yang kita bakal dapat.

      Masa tu memang hati tisu. Tapi awas sekarang ibuElly dah berhati sado! Lantak kau lah Labu apa yang korang nak cakap. Yang penting hasil duit mengajar tuisyen ni ibuElly mampu bayar hutang bulanan tanpa culas, mampu bawak mak ayah pi jalan-jalan, mampu gembirakan hati anak-anak dan somi, semuanya dengan duit hasil titik peluh sendiri. Padahal asalnya SURI RUMAH je pun!

      See, nampak tak kalau kita susah sekarang, tak semestinya selama-lama kita susah? Dan orang yang kaya sekarang tak selalunya mereka di atas? 

Itulah kehidupan. 


Alhamdulillah, now dah ada Pusat Belajar sendiri. Dulu buat kat rumah, sempit. Now luas sikit dan boleh ambil lebih lagi student.

      

Saturday, 8 September 2018

September 08, 2018

Rambut hapak ke? 😭

Rambut hapak ke? 😭
      Assalamualaikum uolsss!

Masya Allah, korang tak rindu ke kat ibuElly ni? Ase bersawang berkerak abeh dah blog ni haa. 

      Alhamdulillah, ibuElly dah selamat buka Pusat Belajar kat sebelah rumah je! Ye, sebelah rumah je! Bila dah buka Pusat Belajar, ibuElly boleh la meramaikan lagi student ibuElly yang ada ni. Hehe

      Ok lah. Nak cerita korang jaga rambut macam mana? Ke korang sibuk jaga muka je? πŸ™„ Weii, jangan pilih kasih tau! Rambut, kulit muka, badan, semua pun ahli keluarga badan korang tau. 

      Jangan lah anak tirikan diorang. Korang sibuk jaga muka je, rambut tu? Mentang-mentang la pakai tudung, tak nampak kan?! Korang buat tak reti jela kat rambut tu ye?

IbuElly nak share CARA JAGA RAMBUT SEPANTAS DUA SAAT! Ye, Senah dua saat je! Dua saat je rambut wangi, rambut lembut, rambut kurang gugur dan senang diurus! 

      Haa best tak best tak? Meh ibuElly belanja serum rambut ni haa. Jemput cuci mata ya. Belanja gambar jela. Nak belanja sebotol korang doakan ibuElly kaya dulu (kang ada pulak manusia yang kata, ‘ nak menderma tak perlu tunggu kaya 😹 ‘)

      Memang lah! Masalahnya ibuElly guna DUIT beli stok. Hahahah.


Dah nama pun cikgu tuisyen, photoshoot pun ataih buku latihan ye πŸ˜‚


Tak mahal pun. 100ml rm16.90 je wehh!

      Serum rambut ni bau Lavender tau! Wangi sangat-sangat! IbuElly seharian bertudung kat luar pun rambut maintain wangi. Ehhh, ni bukan overclaim tau. Anak-anak ngan somi yang puji! 🀣

      Dah kalau anak-anak yang puji, korang rasa diorang menipu ke? πŸ€ͺ

      Kihkih. Ala jangan lah marah. Gurau pun tabole. Serum ni senang je pakainya weh. Lepas mandi, lap sikit rambut tu (jangan bagi basah sangat) dan tunggu jap. Agak-agak dah rasa lembap tu baru picit serum atas tapak tangan dan sapukan ke rambut. Haa, semudah alif baa taa je kan?

      Dah la mudah, senang diurus dan yang penting WANGI! Ya Allah, berapa kali dah haku ulang wangi ni weh! Jadi kome memang kena try!

Ni haa kat bawah ni ibuElly bagi contact number, ig dan fb untuk korang cuci mata eik. Jemput la jari-jari dan mata bersenam πŸ˜†

Ohh ya, serum ni LELAKI, POMPUAN, KANAK-KANAK 3 tahun ke atas boleh pakai dah. Jadi apa tunggu lagi? Meh la grab sebotol. Aishhh tu pun nak ibuElly ajar 😜

No tel : 017-5604426
Page facebook : serum_rambut_berhantu