Amalkan ini kalau nak MURAH REZEKI! - IBU ELLY DI SINI

Monday, 26 November 2018

Amalkan ini kalau nak MURAH REZEKI!

Assalamualaikum wbt.

Ramai orang nak murah rezeki. Tapi ada pernah terikir tak macam mana nak tarik rezeki tu sendiri?

      Kita rasa macam hidup kita sentiasa dirudum masalah. Ada je yang tak kena. Ada je benda yang rasa tak cukup. Pernah tak rasa macam tu?

      Well, kalau pernah. Ayuh kita muhasabah balik diri kita. Selama ni kita jauh ke atau dekat dengan Allah? Selama ni dalam urusan harian kita. Kita selalu utamakan Allah tak? Ada kita Fikir sebab dan akibat daripada perbuatan kita tak?

Kalau selama ni kita jauh sangat terpesong dan sesat dari landasan yang Allah gariskan, haa ayuh! Mula perlahan-lahan untuk betulkan balik apa yang kurang. In shaa Allah, perubahan yang sedikit tu lama-lama akan mendatangkan perubahan yang besar dalam hidup kita.

Apa dia tips MURAH REZEKI yang ibuElly amalkan selama ni?



  1. BERSEDEKAH

    Kadang-kadang, kita ni sayang sangat nak keluarkan duit. Sayang sangat nak belanjakan duit untuk dapat redha dan berkat daripada Allah SWT. Dia tak tahu yang sedekah-sedekah ni semua la nanti yang akan tolong dia masa di alam kubur dan masa di akhirat kelak.

    Orang-orang yang pernah merasa hasil sedekah dia tu nanti akan turut bantu kita masa kat akhirat. Bukan tu je, hidup di dunia pun dipermudahkan oleh Allah. Buat apa pun lancar je. Ada je rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Ada je kesenangan dan kemudahan yang Allah bagi dalam menguruskan hal seharian. Tak nk ke macam tu?

    Apabila kita bersedekah, ia dapat menyucikan harta kita, minda  kita dan juga jiwa kita. Kita akan rasa lebih bersyukur sebab bila kita sedekah, baru kita akan nampak yang bahawasanya, ada lagi yang alami kesusahan lagi sukar daripada kita. Hidup ni bukan hanya tentang kita sahaja.
  2. BERHENTI BERKIRA DENGAN ORANG LAIN

    Menakjubkan! Adik lelaki ibuElly sakit baru-baru ni. Demam campak. Berhari-hari jugak la dia duduk di rumah ibuElly. Mak ibuElly takde, ada di Kuala Lumpur. Rumah ayah tiri kami. Adik ibuElly call ibuElly malam tu bagitau yang dia tak sihat. IbuElly mintak dia duduk ri rumah ibuElly untuk sementara.

    Bukan nak bangga diri tau. Tapi sepanjang dia duduk di rumah ibuElly, segala perbelanjaan dia ibuElly tanggung. Nak buah lemon, buah kelapa, bahan-bahan masak nak buat sup kegemaran dia guna duit ibuElly. Walaupun rasa macam banyak sangat dah duit keluar, tapi rasa macam duit makin banyak.

    Seluk sini ada rm60. Raba-raba dalam seluar ada rm10. Tu belum tempat lain lagi. Rupa-rupanya minggu ni banyak COD produk COSMODERM kat luar. Postage ada jugak. Tapi tak sebanyak COD. Means, duit kat tangan tu hari-hari ada. Hari-hari boleh beli air kelapa untuk surutkan demam campak adik ibuElly tu. Ada duit untuk beli bahan masak. Heheheh. Bukan mengungkit tau. Tapi kagum dengan kebesaran Allah.

    Saat kita rasa macam tak mampu dan tak mungkin, tapi dengan kuasa Allah. Allah sebut JADI, maka JADILAH! Srronok ksn kalau kita betul-betul pegang dan yakin dengan kuasa Allah?
  3. SELALU BELANJA SUAMI DAN ANAK-ANAK SERTA IBU BAPA DAN ADIK BERADIK

    IbuElly memang hobi suka makan tapi cita-cita nak kurus! Kahkahkah! Moga-moga suatu hari nanti tercapai la hendaknya. Hehehehe. IbuElly suka luahkan rasa gembira dan bersyukur dengan cara belanja ahli keluarga makan.

    Yela, nak taja sorang-sorang pi umrah belum cukup mampu. Hanya mampu taja makan je. Hehehehe. IbuElly puas hati sangat dapat tengok oahli keluarga makan dengan duit hasil titik peluh yang ibuElly cari sendiri. Duit tuisyen, cosmoderm. Hasil kerja keras ibuElly, ibuElly dapat tengok orang lain happy.

    Ni pun sama. malam tadi baru je belanja husband KFC. Terigin katanya. Dah belanja, tup-tup masuk lagi order Cosmoderm. Nak COD SET ANTI JERAWAT TEA TREE OIL. Best dan girangnya hati IbuElly bila bukak fon pepagi!
  4. DOA DENGAN SPESIFIK

    Hati-hati juga dengan cara kita berdoa pada Allah tu. Doa kena spesifik, kena hit terus pada fokus yang kita nak. Allah bukannya manusia korang nak kena cakap berkias, cakap bunga-bunga baru orang boleh paham. Cakap terus je senang. Rasa lega sangat tau.

    Nak order berapa banyak, nak untung berapa banyak setiap hari, kena push diri sendiri. Jangan malas-malas. Korang tengok orang lain rajin post kat pesbuk, instagram, blog. Tapi korang tau ke apa dia kena korbankan untuk jadi rajin macam tu? Heheheh. Tak tau memang senang bercakap. Kena tempuh sendiri dulu baru tau.
  5. RAJIN SOLAT SUNAT DHUHA DAN AMALKAN AL-WAQIAH SETIAP PAGI

    Tak dinafikan,ada orang yang akan cakap, ' eleh, buat semua ni sebab duit. Bukan sebab Allah! '

    Ye, mula-mula memang macam tu. Tapi nanti lama-lama, korang akan grow rasa sayang kalau tak buat dalam sehari tau. Korang akan rasa macam ada yang tak kena kalau sehari tak mengaji, sehari tak buat solat sunat, sehari tak berdoa sunguh-sungguh kat Allah. Allah ni sebenarnya sayang sangat kat kita. Kita je yang selalu siaa-siakan peluang yang Allah bagi pada kita.

    Dah la peluang tu bukan kena bayar pun. Free je! Tu pun ada ramai yang suka abaikan dan tak peduli akan kasih sayang dan cinta Allah pada kita. Tua nak buat benda yang Allah tak suka je. 
So ingat lah korang. Tak susah pun sebenarnya nak tarik rezeki. Asalkan tau macam mana nak kawal diri sendiri. Jaga pertuturan, jaga adab dan jaga semuanya supaya disenangi manusia dan lebih-lebih lagi Allah. 

      Ibaratnya, kalau nak Allah kurniakan rezeki yang luas pada kita, kita sendiri dulu kena korbankan seluruh jiwa raga kita untuk Allah. Mudah kan? 


No comments:

Post a Comment