Pengalaman mengikuti kelas Shopee ( Intermediate Class) - IBU ELLY DI SINI

Saturday, 24 November 2018

Pengalaman mengikuti kelas Shopee ( Intermediate Class)

Assalamualaikum wbt.

      Alhamdulillah, ibuElly diberi peluang untuk join kelas Shopee (kelas intermediate) masa hari Rabu lepas, 21 November 2018. Kelas ni grand jugak weh. Buat kat Weil Hotel, sebelah Ipoh Parade tu.

      ibuElly pergi sorang je masa ni. Sebab takde kawan yang kenal yang dapat invitation daripada Shopee. Makanya, kena la beranikan diri pegi jugak sorang-sorang masa ni. Alhamdulillah, ibuElly selamat pergi dan balik dan berpeluang ceritakan untuk bacaan korang sekarang ni. 😬

Invitation dari Shopee via email 😋

      Ok first impression ibuElly is like, WOW! Ramai Chinese la masa ibuElly sampai kat sana. Even staf yang handle registeration pun Chinese jugak. Hahahahah. So memang masa ni kena tebalkan muka, kena beranikan diri speaking dengan diorang. Well, we have to act confident kan? We are just amazing as we are!

      So, ibuElly daftar kehadiran dulu. Kelas start pukul 7 malam. IbuElly sampai pukul 6.10 petang. Saja datang awal sebab nak cek la tempat nak solat jauh ke dekat. Berapa lama masa diambil kalau ibuElly boleh solat awal sejurus lepas masuk waktu pukul 6.59 petang masa tu. Hehehe.

      Well, ibuElly kau ni memang jenis seorang yang punctual dan suka bersedia untuk sebarang kemungkinan. Entah lah, mungkin ibu kepada ibuElly dah ajar macam tu sejak kecil lagi. Kihkih.

Nama pun kelas intermediate. So diorang ajar dan terangkan benda-benda yang sedikit advance. macam ADS, CAMPAIGN, HOW TO BE A PREFERRED SELLER, HOW TO GET THE ' LOWEST PRICE GUARANTEE ' TAG, macam-macam lagi la benda-benda berkaitan.

      ibuElly bersukur sangat sebab terpilih untuk join kelas ni tau. Padahal ibuElly pun baru bilis je dalam Shopee. Belum pernah lagi capai tahap PREFERRED SELLER macam semua orang idamkan tu.

      Tapi ibuElly kagum sebab Shopee nak jugak bagi peluang kat ibuElly untuk join kelas ni topup ilmu. Lepas ni akan terus buat dan buat sampai dapat result. Tak susah pun sebenarnya. Janji kena rajin.

      Diorang pun sebenarnya takde la bagi banyak sangat tips. Kebanyakannya diorang cuma bagi hint. Kita sendiri kena usaha selesaikan teka-teki tu. Hehehe. Yela, mana ada benda FREE dalam dunia ni weh. kau nak, kau kena usaha la kan??

Sijil penyertaan

      Kelas tu dalam masa 2 jam. Mula pukul 7, habis pukul 9 malam. Ala mula pun takde la tepat pukul 7. Masa tu kan waktu solat Maghrib. Diorang hormat la waktu tu dan tunggu sampai semua orang datang. Hehehe. Bagus sangat tau!

      Lagi best, last sebelum habis kelas diorang edarkan plastik kurier Shopee dan juga SIJIL PENYERTAAN. Best sangat. Tak sangka pegi kelas macam kelas Shopee ni pun layak dapat sijil. Gila terharu weh!

      Lepas ni kalau Shopee ada bagi invitation untuk event-event macam ni lagi, CONFIRM ibuElly akan pegi lagi! Pengalaman tu! Tak dapat nak beli kat mana-mana tau. Sangat berharga.

Korang kena selalu check notification kat apps Shopee tu. Apa-apa diorang akan update kat apps. Lepas tu baru diorang akan bagi email untuk kita confirm boleh datang ke tak. Yela nak print sijil kan.

      Korang kena grab tau peluang cam gini kalau dapat. Jangan sia-siakan tau! Janji eik?





No comments:

Post a Comment