Movie Animation Park Studio, MAPS Ipoh Perak. - IBU ELLY DI SINI

Monday, 31 December 2018

Movie Animation Park Studio, MAPS Ipoh Perak.

      Baru-baru ni ibuElly ke MAPS (Movie Animation Park Studio) di Meru, Ipoh.

IbuElly pergi ramai-ramai. Ada sekali adik ipar dengan anak dia dua orang, adik ipar sorang lagi, anak-anak ibuElly dan suami.

      IbuElly dapat tiket rm50 seorang. Jadi lah daripada nak ke kaunter sampai rm100+. Mahal sangat rasanya. Emm

      First time datang kan, teruja la sikit. Heheheh. Biasa dok baca review orang je. Kali ni merasa juga jejak kaki dalam MAPS tu haa.

Kebetulan masa kami sampai, ada show kartun-kartun ni

      Dia mai bersalam dengan anak-anak kecil, buat persembahan. Ok la terhibur la juga hati ibu ni. Hehe. Dia ada time dia. Diorang akan letak macam papan tanda, bagitau setiap show tu pukul berapa. 

      Boleh la kita bujet-bujet masa nak ke tempat lain dulu. Ada banyak show dan panggung lain. Semua tajuk kartun berbeza. 

      Kami masa ni masuk pukul 5 petang. Sampai la jam 10 malam. Sampai tutup la. Best memang best tapi banyak benda anak-anak kecik tak boleh main. 

      Setiap permainan dia ada ketinggian yang dibenarkan untuk masuk dan main. Kalau tak lepas, memang tak boleh nak main la. Kami hari tu pun gilir-gilir main. Hahah. Yela sebab nak kena jaga anak kecik kan. 

      Kalau anak-anak dah besar best bawak. Kalau bawah umur 7-8 tahun macam tak berbaloi bayar duit tiket. Sebab tak boleh main! 😩

Banyak untuk bergambar je. Tapi dalam ni anak-anak ketinggian bawah 80 cm boleh main. Bawak kereta menyelusuri jalan. Hehe

      Ni bawak anak-anak buah ibuElly. Diorang ni rapat sangat dengan suami ibuElly. Diorang takde ayah. Meninggal dah. Pakcik mereka yang sorang ni la tempat menumpang secebis kasih seorang ayah. 

      IbuElly pun dah pesan siap kat anak-anak. Layan Putra dan Putri (sepupu diorang) elok-elok. Banyak pahala dapat. 

      Diorang pun banyak gak benda tak leh main. Emm kena tinggal la. Gilir-gilir kami yang tua bangka ni main. Sebab kena jaga anak. Hehe. 


Masa ni tengah tengok show kereta

Besar dalam ni. Dinasihatkan pakai kasut (bukan selipar atau sandal) 

      Overall, untuk MAPS ni daripada 5 bintang, ibuElly bagi 3 bintang je. 

So-so jela tak seperti yang dibayangkan. Hahaha. Mungkin sebab banyak benda yang anak-anak takleh main. Rasa tak berbaloi bawak. 

Mana yang masih bujang nak datang ngan kawan-kawan, boleh je. Best! 




No comments:

Post a Comment