Penting ke ESSENCE dalam skincare? - IBU ELLY DI SINI

Wednesday, 2 January 2019

Penting ke ESSENCE dalam skincare?

      Assalamualaikum wbt.

Selamat datang 2019! Excited ibuElly ni haa sebab tahun ni, dua-dua anak pergi tadika. Masya Allah! Besar dah anak-anak ibu. Sekejap sangat rasanya.

      Apa azam tahun baru korang? Bawak azam dari tahun lepas ke? Hehe. Ala gurau pun tabole. Awat serius sangat?

      IbuElly nak cerita pasal ESSENCE harini. Korang tahu ke apa essence tu? Pernah tengok tak?

πŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”Ά

Essence ni kalau orang Korea, dia suka pakai sebelum tidur dan selepas mandi. Macam ibuElly yang peminat k-drama ni haa, selalu nampak mereka tuangkan atas tapak tangan, dap-dap dan setel!

πŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”Ά

Essence fungsi dia lagi superb daripada pelembap biasa yang kita selalu pakai tu. Dia masih lagi berfungsi untuk melembapkan kulit juga membersihkan pori-pori kulit jauh ke dalam lapisan kulit kita. 

      Kita orang Melayu ni masih ramai lagi tak tahu dan tak kenal apa itu essence. Meh nak tunjuk sikit,

Korang ada yang dah mula pakai essence ke?

      Alhamdulillah. IbuElly mula ber essence since awal Disember 2018 aritu. Masa tu masuk Watsons nak beli wet tissue je pun. Emm terlajak la beli benda lain sama kalau dah masuk tu. 

      Biasalah manis mulut betul kakak cashier tu, " cik taknak tambah apa-apa? Purchase with purchase? "

Adeh, tergugat iman iolss tau. Ambik juga lah Bio Essence Rose Water yang saiz comel 30ml tu. Masa tu offer jatuh rm15 sebotol. Nampak macam menarik je kan.

Haa ni lah dia wajah Bio essence rose water 30ml. Comel kan? 

Essence ni essence kedua yang ibuElly cuba. Sebelum ni pernah try Loreal essence  yang ada ekstrak pegaga tu. Emm rasa tak best sebab dia buat kulit ibuElly melekit dan rasa lagi berminyak. Mungkin tak sesuai. Pakai seminggu je, pastu pass ke suami. 

      IbuElly sememangnya mempunyai masalah kulit berminyak dan mudah naik jerawat. Jadi kalau boleh ibuElly nak produk yang boleh kurangkan minyak dan tak buatkan kulit ibuElly melekit. 

      Bio-essence ni best sangat sebab dia tak buatkan kulit melekit, lepas sapu terus meresap ke dalam kulit, dan kecutkan jerawat sekaligus! Haa sebab tu pada kali pertama guna, terus jatuh cinta! 

      Berbaloi la guna yang kecik ni dulu. Nanti boleh beli yang besar pulak kan. Tak sabar nak guna yang besar pulak.

KENAPA ESSENCE PENTING UNTUK KULIT? 

1) Kelembapan insentif
Kulit kita ni sama ada berminyak, kering, kombinasi mahupun normal sekalipun, kulit WAJIB kena sentiasa lembap! 

Bila kulit lembap, baru pori-pori dapat bernafas dengan baik. Dan seterusnya dapat memberikan efek glowing pada wajah. 

2) Vitamin tambahan untuk kulit. 
Selain serum, essence juga membantu dalam meremajakan kulit. 

Sebab essence ni partikel dia lebih halus dan mudah menembusi kulit berbanding dengan serum. 

Dan ada sesetengah individu yang tak sesuai gunakan serum, boleh gantikan dengan essence. 

Macam ibuElly, rutin setiap malam tu lepas je essence, pakai lagi serum. Kihkih. 

      Tu lah specialnya essence. Apa yang serum tak boleh buat, dia kasi lancarkan. Pori-pori kulit pun akan lebih terpelihara dan tak nampak ketara sangat lubangnya nanti. 

      Jadi, korang pun dah boleh la mula masukkan essence ni dalam skincare korang. Bukan untuk kulit orang lain, kulit kau jugak! 

Kahkahkah! 

No comments:

Post a Comment