Malas nak gores-gores kupon letak kereta? Online aje! - IBU ELLY DI SINI

Tuesday, 19 February 2019

Malas nak gores-gores kupon letak kereta? Online aje!

      Assalamualaikum. Ohoi lamanya ibuElly tak menulis kat sini kan. Busy sesangat ni maklumlah dengan kelas tuisyen lagi, anak-anak lagi. Hehe (macam kau sorang je ada anak)

Harini ibuElly nak share pasal kupon parking atau Bahasa Melayu dia, kupon letak kereta. 

      Ala, yang kena gores-gores tu. Yang korang malas sangat nak buat tu kan. Kahkah. (sama la macam iolss)

      Jadi harini ibuElly nak share sikit macam mana kita nak bayar untuk parking dengan hanya klik dan klik sahaja!

Jom ibuElly share kat bawah ni.

Pergi dekat google playstore atau applestore dan install apps ni. 

1) Taip negeri masing-masing

Cuba taip je ' negeri ' korang dan diikuti dengan ' park '. Contoh :

" Selangor park " 

Apa yang keluar kat apps tu haa cuba tengok satu-satu eik. 

2) Daftar korang punya details kat apps
Ni contoh Majlis Bandaraya Ipoh punya

Tulis je maklumat yang dia nak tu. Senang je kan? 

3) Selesai daftar, ready untuk bayar


Untuk pertama kali guna, apps ni akan minta korang topup sebanyak rm10 paling minimum. 

Ya, dia bukan macam kupon biasa. Yang korang boleh beli sama ada kuning (rm3.50) atau merah (tak ingat berapa ringgit). Ohh ya, ni untuk Ipoh sahaja tau. 

4) Log masuk ke online banking dan topup! 


Pilih bank mana korang nak guna untuk bayar

Log masuk! 

Lepas dah bayar, dia akan bagi resit macam ni. 

5) Dah boleh guna! 

#ibuElly dah try untuk kali pertama guna kupon online ni. Ok la senang juga yang penting, JANGAN LUPA  je. Hahahaha. 

Yela selalu kita nampak kupon parking depan mata, boleh terus gores. Kalau online ni takut lupa je terus kereta. Haha. Tapi keluar dari kereta baru key in pun takde masalah. 

Well, takkan tukang cek tu terus melompat depan mata kita kan?

Minimum memang boleh guna bermula daripada 1 jam. 30 minit not available. 

      Lagi satu yang best, kupon online boleh guna satu negeri. Kalau kupon gores biasa tu, lain kawasan kena beli kupon lain-lain. 

      Kita tak boleh guna kupon area Ipoh kat area Manjung kan? Kena beli yang Majlis Perbandaran Manjung punya. Kalau tak sia-sia kena saman. Kihkih

◾◾◾

So, korang faham tak step yang ibuElly tunjuk ni? Korang cuba taip yang negeri korang punya kat apps store. Rasanya sama je langkah dia. 

Korang cuba nanti ok?








No comments:

Post a Comment