Nak pudarkan parut cara pantas macam mana? - IBU ELLY DI SINI

Friday, 22 February 2019

Nak pudarkan parut cara pantas macam mana?

    
Masa ni lepas baik demam campak. Jun 2018

Assalamualaikum. Apa khabar korang? Sihat?

Haa, ibuElly tahu korang memang suka sangat tajuk ni kan. Suka sangat nak cara PANTAS sangat tu. Kahkah.

      Ok pantas tu takde la pantas sangat. IbuElly dah buat eksperimen kat kulit sendiri. Rasa macam ok la boleh tahan cepat la untuk produk semulajadi dan bebas bahan kimia merbahaya ni untuk menampakkan kesan dia.

      Kalau kau nak yang jenis 2-3 hari nampak kesan tu, baik kau pakai KRIM TIMBANG KILO yang warna warni tu je. Kahkah. Ala kau ni gurau pun tabole. Kenapa serius sangat?

Ok la taknak cakap banyak sebab korang pun nampak macam dah tak tak sabar sangat dah tu kan.

◾◾◾

Ok ibuElly terangkan langkah demi langkah ye macam mana korang nak dapat kesan pantas pudarkan parut ni. Laa tanya lagi? Guna Cosmoderm la apa lagi cekk oii!

1) MESTI kena rajin scrub kulit! 

Ini WAJIB! Sebab bila kita scrub kulit, secara tidak langsung kita akan buang sekali sel kulit mati dan kotoran di atas permukaan kulit tu.

      Ni bukan apa. Untuk licinkan dan bersihkan pori-pori kulit agar segala produk yang kita pakai lepas tu akan meresap elok ke dalam kulit.

      Kesannya, of course la kulit akan jadi lebih halus, cerah (sebab tona kulit dah sekata) dan licin.

IbuElly guna yang facial scrub. Sebab kulit berminyak. Kalau kulit korang kering atau normal, boleh guna yang magic exfoliating gel. Sama je fungsi. 

2. Kena rajin pakai serum! 

      Haa, sapa kat sini dah mulakan rutin pakai serum setiap malam? Serum ni tekstur dia lagi halus daripada pelembap. Kalau pakai serum ni lagi senang dia nak meresap ke dalam kulit. 

      Bayangkan masa korang tidur, serum ni tadi akan bekerja keras untuk membina semula sel-sel baru yang dah banyak sangat rosak pada waktu siang tadi.

      Kita tidur, dia buat kerja. Perghhhh, dah tentu-tentu lah kulit jadi flawless habis! Nak lagi berkesan untuk pudarkan parut, guna serum yang ada kandungan vitamin E, rosehip oil dan juga vitamin A. 

Sebab bahan-bahan ni yang paling utama untuk pudarkan parut tau! IbuElly of course lah guna yang ini aje 👇

Serum pencerah siri Luminous Pearl Cosmoderm. 

3) Sapu krim parut tiap-tiap malam! 

      Haa, ni lagi lah WAJIB! Dah kau nak pudarkan parut, takkan nak pakai krim jeragat pulak kan? 

      Mesti lah kena ada krim parutnya. Krim parut ni kalau dalam produk Cosmoderm, ia adalah daripada siri vitamin E (kuning). 

      Siri kuning ni bagus sangat sebab nilai IU dia tinggi weh. IU ni maksudnya International Unit. Untuk kita tahu berapa banyak kandungan Vitamin E dalam sesuatu produk. Cuba periksa produk hilangkan parut yang korang pakai sekarang ni berapa IU?


Haa, ni set asas je tau. Ada pelembap + serum sekali. Senang je pakai ni, janji kena konsisten SETIAP MALAM! Baru dia jadi. Kalau setakat pakai selang-selang pastu kau claim kata ibuElly pentipu, aii cili jari tu nanti! 😜

      Ni ada yang ful set kalau korang jenis kulit NORMAL atau NORMAL TO DRY tau. 



Beza hanya pada pelembap dan serum je. Yang lain semua sama. Serum dia tu untuk kulit sensitif pun boleh guna tau. BEBAS PEWANGI. 

4) Bersihkan kulit guna penanggal mekap

      Yang ini ramai yang suka salah faham. Even korang tak makeup pun, korang tetap kena bersihkan kulit sebelum guna pencuci muka tau. 

      Sebab guna pencuci muka sahaja tak cukup. Sebab tu skincare Korea ada selitkan sekali double cleansing (iaitu guna oil cleanser). Pencuci muka tak cukup kuat nak tanggalkan kotoran lagi-lagi kalau korang yang memang suka mekap tu. 

      IbuElly yang tak mekap ni pun memang gigih bersihkan muka guna makeup remover. Apatah lagi korang yang selalu mekap kan? 

Kantung minyak pun dia boleh bunuh kasi meninggal. Jangan main-main weh! 

◾◾◾

      Ok ini tips kulit daripada ibuElly. Buat eksperimen sendiri, dan alami sendiri. Bukan main sauk testimoni daripada pelanggan tau.

Ni kalau tak silap masa bulan September ke Oktober. Allah lupa la pulak. Tapi nampak kan parut pudar? Sori eik, no makeup tebal atau foundation ok! Masa ni malas sangat ku pakai pelembap Tea Tree Oil aje.

      Kalau korang nak kesan macam ni, kena cuba dan KONSISTEN! Bukan pakai selang 2-3 minggu ye. 

Kalau korang malas nak keluar cari semua barang ni, haa kau klik je kat nombor telefon ibuElly ni terus wasap tau : 0175604426

      Dan kalau nak ambik masa tengok-tengok, boleh jenjalan kat fb page : Cosmoderm IPOH

Atau kat instagram pun boleh : cosmoderm_personalcare

Selamat survey-survey ya! 








2 comments:

  1. wow. aida ada survey pasal set ni jugak last week. kebetulan. utk anak. since bwh umur, tak jadi la beli.
    tapi tu la, nampak elok set nyer kan. complete.

    ReplyDelete
  2. Cosmoderm ni kalau untuk skincare seawal 12 tahun boleh guna dah. Hehe sebab takde bahan terlarang. Lagipun halal, orang Islam kita buat. Memang best. IbuElly oily skin, pakai campur-campur kuning dan hijau. Eh merah sekali!

    ReplyDelete