April 2019 - IBU ELLY DI SINI

Wednesday, 24 April 2019

April 24, 2019

Rimas kulit badan terlalu kering!

Rimas kulit badan terlalu kering!
      Hai korang, sihat ke? Sedar tak sedar April dah nak sampai ke penghujung dah. Tak lama lagi nak masuk Ramadhan kan? In shaa Allah, moga kita ditemukan lagi dengan Ramadhan Karim. Aamiin.

      Tak lama lepas tu nak raya pulak. Time raya, kita lebih banyak di luar berbanding di rumah. Lebih banyak berpeluh berbanding hanya rileks di rumah.

      Bila kulit badan terlalu kering atau tegang, tu yang senang mengelupas, naik gatal-gatal dan badan jadi tak selesa.

IbuElly jenis kulit berminyak. Baik muka atau badan. Kulit berminyak ni lain pulak fe'el nya. Kulit cepat berpeluh, senang naik jerawat badan, senang berbau. Tapi jangan risau, untuk itu ibuElly dah ada jalan penyelesaian. Kihkih.

      Korang yang rasa kulit badan kering ni. Selalu korang buat macam mana? Hadap je ke? Aduh, tak selesanya macam tu kan?

      Dah alang-alang korang guna skincare Cosmoderm tu, apakata korang guna sekali bodycare dia, set Vitamin E untuk badan (Body Exfoliating Scrub & Body Serum spf 15). Haa, itu diaaa!

      Body serum pun ada spf weh! Jangan ingat untuk muka je ada spf tau! IbuElly dah pernah cuba dah dua-dua ni. Serum badan dia berminyak sikit la sebab ibuElly ni KUAT BERPELUH, sebab tu macam berminyak kot.

      Tapi scrub badan dia ok. Bau lembut sangat!

      Lepas gosok badan dengan scrub, kulit jadi super lembut + wangi sangat! Satu tiub tu 125 ml, rm13.90 aje.

      Bukan setakat lembut kulit, hilangkan bau badan, scrub ni juga kalau korang rajin amalkan, dia boleh pudarkan parut di badan juga tau.

      Lepas mandi, sapu pulak dengan serum badan spf 15 tadi tu, haa lagi la umphhh kesan dia! Tapi biasa la weh, benda-benda macam ni kena konsisten & rajin! Kalau pakai kejap-kejap mana gaya nak hilangnya parut tu?

      IbuElly now kurang berserum badan. Scrub badan tu rajin. Hehehe. Jap nak tunjuk gambar ada tak. Maklong lah, Isnin ritu fon anta repair, data semua dah masuk dalam OTG Pendrive. Tapi bila nak restore balik udah takmau pulak. Emmmm.

      Sat eik nak cari :

Alahai, kedai Shopee je jumpa. Kahkah! 

      Tah bila la nak pergi balik kedai tu minta diorang restore balik data dari pendrive ni haa. Nak keluar tu ya Allah malas yakmat! 

      Dalam Shopee ni pun ada set vita E tu. Haa kejap la ibuElly screenshoot sat eik. 

Haa jumpa pun! 

      Haa ni rupa dia kalau korang nak purchase kat Shopee ibuElly eik. Macam biasa belian rm40  & ke atas, dapat lah FREE SHIPPING! Korang memang suka benda-benda free ni kan? Tau dah! Hihi. 

      Nak lagi senang, korang boleh wasap ibuElly terus di 0175604426 ataupun korang boleh ke instagram, cosmoderm_personalcare atau lagi satu boleh ke page facebook, Cosmoderm IPOH 

      Haa jangan segan-segan la nak contact ke eik. Kalau nak beli terus pun lagi bagus! 🤗🤗😍

Ok babai. Sayang kulit tu. Jangan nak guna produk tak tentu hala tau. 


Tuesday, 23 April 2019

April 23, 2019

Hadiah Berpantang Paling Best!

Hadiah Berpantang Paling Best!
Assalamualaikum semua.

      Ok lah tengok tajuk pun tahu dah kan ibuElly nak cakap pasal apa?

      Biasanya apa hadiah-hadiah yang korang akan bagi pada ibu berpantang? Haa, ibuElly tahu!

Biasanya kita ni terlintas nak bagi hadiah untuk baby je kan? Jarang kita bagi hadiah dekat si ibu kan? Kesian ibu. Walaupun dia tak cakap, tapi jauh di sudut hati si ibu mesti si ibu pun teringin nak hadiah kan?

      Nah, ibuElly tunjuk hadiah yang sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu berpantang.

Bukan kawan je boleh bagi kat ibu berpantang ni, tapi para suami pun boleh tau bagi kat isteri masing-masing!

      Jom check it out apa yang menarik tu!

Set berpantang untuk ibu BERSALIN NORMAL

      Haa gambar kat atas tu sesuai dihadiahkan untuk ibu bersalin secara normal. 

      Set ni best tau sebab dia ada item untuk kegunaan ibu dan bayi sekali. Cosmoderm memang TAK PERNAH pilih kasih tau. Ada untuk ibu, ada lah untuk si anak 😋

Item dalam set ni ada :

✔️ Lotion Talc
- sesuai untuk ruam susu, ruam lampin, dan lebih sesuai untuk kanak-kanak. 

✔️ Magic Body Lotion
- untuk keselesaan ibu-ibu semasa dalam pantang. Kurangkan kegatalan dan mengurangkan bau badan. 

✔️ Krim Vitamin E 3000 IU
- Untuk disapu pada stretch mark dan boleh juga disapu pada kulit wajah juga! Berseri-seri wajah si ibu nanti! 

✔️ Pencuci Intim Manjakani
- Untuk cucian di kawasan intim. Bagi merawat luka dan mengetatkan kembali miss V. Bau Manjakani yang lembut dan dingin tu jugak akan memberi keselesaan buat si ibu. 

      Selain tu, ada juga set berpantang untuk ibu yang bersalin secara pembedahan. 

Item dalam set ibu berpantang (untuk kelahiran secara pembedahan) lebih kurang sama je macam set ibu bersalin normal. 

Cuma ada tambahan Minyak Vitamin E 30 000 IU je. 

✔️ Minyak Vitamin E 30 000 IU
- Kandungan Vitamin E yang paling tinggi bagi merawat parut pembedahan pada perut ibu. Bukan setakat parut ceaser, stretch mark pun boleh! Campur pakai dengan krim 3000 iu tadi, lagi umphhhh! 

Set berpantang untuk ibu bersalin secara pembedahan

      Sama kan? Haa si ibu dapat hadiah macam ni, barulah tak stress masa berpantang. Sebab dia tahu ada juga yang menghargai usaha si ibu bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah ke dunia. 😊

      Kalau kita sendiri dapat hadiah macam ni masa dalam pantang, kita pun seronok kan? 

      Berbunga-bunga je hati ni kan? 

      Nak dapatkan set macam ni senang je kalau korang contact terus ibuElly. Nak ibuElly bungkuskan dalam hamper pun boleh takde masalah! 😍 

Best kan? Haa boleh contact ibuElly kat 0175604426 kalau nak senang. Wasap je terus kan. Nak godek-godek barang Cosmoderm lain boleh scroll kat Cosmoderm IPOH atau boleh tengok kat instagram cosmoderm_personalcare 

      Haa jemput cuci-cuci mata tau. Sambil cuci mata boleh grab sekali. Kihkih.