Trip Hatyai 2019! (PART 1) - IBU ELLY DI SINI

Wednesday, 15 May 2019

Trip Hatyai 2019! (PART 1)

      Assalamualaikum bloggers. Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati ibuElly nak buat entry pasal trip ke Hatyai itu hari. Bapak la padahal trip ni bulan Januari lepas kot. Kahkah!

Trip ni ibuElly pi ramai-ramai dengan geng-geng ibu-ibu je. Konon nak ber'me time' kami warga ibu sahaja jalan-jalan,cuci mata, shopping-shopping. Hehehe. Best ke? Best la. Tapi lagi best kalau ada suami dan anak-anak. Dasar tak boleh tinggal keluarga. Hahaha.

      Trip ni kitaorang pergi under agen. Means bukan pergi terjah sendiri macam tu jela. IbuElly join trip kawan ni. kawan dalam kelab Citra suami. Group wife-wife aje. Jadi la kan, jenjalan ngan kengkawan lagi best daripada berjalan entah dengan strangers mana. Hihihi.

      So tanpa membuang masa lagi, ayuh la kita menikmati suasana di Hatyai Januari 2019 yang lalu. Walaupun dengarnya masa tu Thailand ada pengeboman bagai, tapi ahhh! Kami redah juga! Hahaha! Well, kami kan otai??

Mula-mula, mesti la kena tukar duit dulu,

      Masa Januari 2019, ibuElly tukar rm300 dulu kat Malaysia. Lagi rm200 tukar kat sana, Rm300 ni dapat la 4000 baht masa tu. Jadi la kan, buat bekal dulu. Agagk-agak tak cukup, baru tukar, hahaha! Bukan la cukup-cukup rm300 dapat 4000 baht tu. rm316 rasanya. Now tak tahu la sebab currency berubah-ubah setiap hari kan, Kena pergi tanya la.


Kami naik ETS je ke Padang Besar. Lepas tu ada agen yang akan tunggu kami kat sana, Tak naik flight bagai pun. Kata nak trip bujet kan? Haa memang bujet la ni, Hahaha. Tapi best. Seumur hidup ni ibuElly tak pernah lagi naik ETS. Gila laju ETS ni macam kereta viva ibuElly daaa.. Kihkih.

      Msa ni pukul 1.30 pagi. Ye, kami naik train pagi-pagi buta. Sebab nak kejar sampai sana awal sikit. Siang-siang baru syiokk jalan-jalan kat sana. kalau gerak malam dari Malaysia, sampai sana pagi sangat pulak. Beza masa Malaysia dengan Thailand ni sejam je pun. Makanya elok sangat la kami gerak pagi dan sampai sana Subuh. Lepas tu boleh la jenjalan kan? Bijak tak kami?

 Group dari Ipoh kami ber4 je, Yang lain semua naik train dari batu Gajah. Deme semua orang Ayer Tawar. Tu pasal naik di Batu Gajah.

 Untuk trip ni, ibuElly bawak bonda tersayang. Saja ajak, ingatkan taknak, Hahah. Tajaan sepenuhnya ditaja oleh ibuElly 💗

Laju ke tak laju ETS ni wei? Tapi best la tak rasa apa pun. sedar-sedar dah sampai Negeri lain. Hahaha.

Kami 10 orang semuanya

      Sebab pakej yang kami ambik ni rm1800 termasuk penginapan, van dan insurans. Jadi kalau nak murah, rm1800 share la 10 orang. So sorang just bayar rm180 jela. Hehe. Ohh ya pakej kami ni pakej 2 hari 1 malam, Tapi serius tak cukup wei! So korang pergi la 3 hari 2 malam. Hahahah.

      Sampai je kat Padang Besar punya stesen kereta api ni, korang kena jalan tau sementara nak sampai ke Thailand tu. Van kitaorang ada tunggu kat sana. Adoi dah la tangga bertingkat-tingkat. Jauh pun ye. Memang bergegar ni semua lelemak ibuElly yang dah terperam lama dalam badan ku ini haa. Tapi takpe juga kan. Warm up dulu sebelum nak jenjalan jauh lagi ni. Hahahaha.

Jenuh jalan. Hahaha.

Van kami kat sana.

      Pemandu kami ni orang Thailand Muslim tau. Pandai cakap Melayu, bawak tempat makan halal, dan yang paling best dia bawak ke tempat yang murah-murah je! Kahkahkah! Kitaorang panggil dia Man. Hensem,tinggi lampai, tapi AWAS! Dia sudah berpunya, Dah kawen wei, ada anak sorang rasanya.

Jom cekidaut keadaan dalam van macam mana :

 Besar sangat! Memang muat kami 10 orang dalam tu. Dan van sangat selesa ok!

 Masa ni masing-masing kol keluarga bagitau dah sampai. Walaupun pukul 5 pagi. Hahaha

ibuElly duduk depan. Gila kuat dapat ekon. Hahaha.

      Ohh ya. IbuElly ke sini pakai passport warna hijau tu. Passport berkumpulan deme kata. Passport ni maksimum boleh buat 20 orang. Kena lantik sorang ketua, sebab gambar ketua kena duduk dekat depan sekali. Adoi gambar passport takde la pulak. Passport gini tak boleh jalan jauh-jauh kata deme. Setakat dekat-dekat ngan Malaysia ni boleh la. Harga sama macam korang buat yang 5 tahun tu, cumanya boleh la share 10 orang. rm200 bahagi 10 orang rm20 seorang je kena bayar. Memang bujet betul ni. Hahahaha.

Lepas dah cop passport

Man bawa kami bergambar kat sini dulu sebelum betul-betul masuk Thailand. Hehehe. Paham-paham je Man ni perasaan orang pempuan macam kami yang suka bergambar. Hahaha.

      Lepas tu kami solat Subuh dan Man bawak kami breakfast jap, Lepas breakfast baru la kami ke hotel. Jom la cekidaut gambar apa lagi. Hahahaha.

 Kami makan berempat ni

 sup ikan

strawberry bread

      Kat sini makan ok, harga tak mencekik darah sangat. Tempat ni Man yang bawak. ibuElly belanjakan kat sini kurang 100 baht. Yela makan pagi je pun. IbuElly jenis tak boleh makan berat pagi-pagi. kang sakit perut. Hihihi.

Ok korang ibuElly stop sampai sini dulu. nanti ibuElly sambung Part 2 eik. Boleh? Rasa panjang sangat pulak nak habiskan semua dalam satu entri. Kosabar jap eik.

TO BE CONTINUED...............


No comments:

Post a Comment